MERAI SEGALANYA LOKAL BERSAMA GRAB DI HARI MALAYSIA


Di ambang meraikan Hari Malaysia, dan buat tahun kedua berturut-turut, kita menyambut hari bersejarah ini dengan mengamati penjarakan sosial. Tetapi ia tidak bermakna perayaan kali ini harus dilaksanakan secara suram. Hari Malaysia melambangkan perpaduan, dan dalam menyedari akan wujudnya perbezaan di antara satu sama lain, kita tidak dapat menafikan bahawa hubungan kita telah lama terjalin sebagai satu keluarga.

Grab mengambil peluang memaparkan aspek-aspek yang menjadikan kita warga Malaysia – dari peniaga tempatan yang bertungkus-lumus menangani cabaran, sehinggalah ke pemandu dan rakan penghantaran di barisan hadapan yang bertugas dengan sesungguh hati. Bersempena Hari Malaysia ini, Grab memberi penghormatan kepada barisan individu istimewa dengan bekerjasama dengan talen tempatan merentas pelbagai sektor untuk menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna.


Paparan Sajian Makan Terhebat Malaysia

Dalam semua perkara, hanya satu yang dapat menyatukan kita – ‘hubungan cinta sejati’ kita kepada makanan. Ia adalah ciri sejati warga Malaysia. Kadang-kadang hal makan boleh jadi perbincangan panjang bahkan makanan juga boleh menyatukan kita tanpa mengira latar belakang masing-masing. Oleh itu, memulakan perayaan dengan mengetengah segala-galanya lokal adalah tema rakaman filem Grab untuk Hari Malaysia kali ini. Diberi tajuk ‘Malaysia’s Greatest Makan Hits’, video tersebut memaparkan restoran tempatan terbaik di negara ini yang memperkenalkan lebih 400 Grab Signatures. Untuk merealisasikan filem ini, Grab turut mendapat kerjasama daripada barisan talen tempatan terkemuka dan sedang menempa nama di arena seni termasuk artis, penyanyi dan penulis lirik.

Selain itu, Grab juga mempromosi ciptaan tempatan ini menerusi cabaran #GreatestMakanHits yang akan dilancarkan di TikTok mulai 15 September 2021. Cabaran ini akan memberi peluang kepada warga Malaysia merakam nyanyian dan tarian mengikut ciptaan dan olahan masing-masing, serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat bagi penghantaran/pos paling kreatif.

Untuk menonton filem Grab’s Greatest Makan Hits serta butiran lanjut mengenai inisiatif Hari Malaysia sila layari https://grb.to/MYmakanhits


 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI