BUDDY DRIVER MENAWARKAN LEBIH FLEKSIBILITI DALAM MOBILITI


Sememangnya kita mungkin biasanya suka memandu kereta, namun ada kalanya kita lebih selamat dan lega jika kita mempunyai pilihan untuk membenarkan orang lain memandu. 

Ini terutamanya apabila kita ingin bersantai di waktu malam dan kekal selamat dengan mengelak daripada memandu ketika mabuk dan disaman dalam sekatan jalan raya, atau menikmati janji temu dengan penuh gaya atau pergi mengembara bersama-sama yang tersayang tanpa perlu memandu sendiri! Mungkin juga, kita keletihan selepas bersenam di gimnasium atau seharian bekerja, atau tidak larat memandu kerana sakit atau mengalami kecederaan. Atau mungkin, kita tidak mahu membazir masa mencari tempat meletak kereta apabila bergegas ke mesyuarat dan semasa membereskan banyak urusan. Kita boleh juga menggunakan masa perjalanan untuk membalas e-mel dan panggilan apabila ada orang lain yang memandu. Semua contoh-contoh tadi jelas menunjukkan bahawa manfaat mempunyai pemandu peribadi sememangnya tidak terbatas!

Manfaat inilah yang boleh anda nikmati menerusi perkhidmatan Buddy Driver oleh SOCAR, yang boleh didapati di dalam aplikasi TREVO. Ianya merupakan penyelesaian dan perkhidmatan yang anda perlukan! Anda boleh menempah pemandu peribadi secara atas permintaan untuk membawa anda menggunakan kereta anda sendiri, dengan perkhidmatan yang tersedia 24 jam sehari, semuanya di hujung jari anda di dalam aplikasi TREVO.

“Konsep mobiliti di dalam dunia moden mementingkan fleksibiliti, di mana kita mengakui bahawa keperluan seseorang itu boleh berubah-ubah. Kita mahu memperkasakan mobiliti untuk semua, dan dalam usaha kami untuk mencapai matlamat ini, kami sentiasa berusaha mencari cara baru untuk membantu orang ramai bergerak mengikut keperluan mereka. Selain daripada itu, dengan menggunakan perkhidmatan Buddy Driver, anda boleh mendapat manfaat lebih daripada sekadar kemudahan peribadi. Sebagai contoh, dengan menggunakan Buddy Driver sebagai pemandu semasa keluar bersantai di waktu malam, kita boleh kekal selamat di atas jalan raya dan juga melindungi pengguna jalan raya yang lain, oleh itu kita boleh menjadi warga yang bertanggungjawab dan patuh kepada undang-undang sambil kita menikmati sepenuhnya waktu senggang kita,” kata Minhyeon Jo, Naib Presiden Perniagaan SOCAR.

Kemudahan akses

Mengutamakan keterangkuman, perkhidmatan Buddy Driver sememangnya mampu dimiliki pada harga hanya RM30 untuk jam pertama dan RM20 untuk setiap jam yang seterusnya. Beroperasi 24 jam sehari dengan perkhidmatan penuh dan sokongan bantuan pelanggan, tumpuannya terhadap fleksibiliti membolehkan pelanggan membuat tempahan dengan mudah, dalam masa sesingkat 1 jam sebelum Masa Tempahan Bermula, walaupun anda boleh membuat tempahan beberapa hari lebih awal.

Hanya tersedia di Lembah Klang pada ketika ini, setiap tempahan Buddy Driver boleh dibuat untuk tempoh sejam hingga 12 jam. Tiada had keseluruhan jarak perjalanan dan bilangan perhentian ditetapkan di sepanjang tempoh tempahan, selagi mana ia masih berada di dalam Kawasan Perkhidmatan iaitu Lembah Klang pada ketika ini.

Profesional, selamat, boleh dipercayai dan dilindungi insurans

Semua Buddy Driver adalah dilindungi insurans dan telah lulus ujian saringan sepenuhnya, serta mematuhi SOP kesihatan dan keselamatan. Mereka berusia sekurang-kurangnya 21 tahun, merupakan warganegara Malaysia, memegang lesen memandu yang sah, dan telah lulus latihan serta diperiksa dan disemak latar belakangnya dengan teliti. Semua Buddy Driver dan lokasi mereka dipantau sepenuhnya ketika mereka sedang bertugas.

Mula membuat tempahan anda

Buddy Driver ketika ini boleh didapati di dalam aplikasi TREVO. Untuk bermula, pastikan anda telah mengaktifkan aplikasi dan mendaftar akaun TREVO anda. Kemudian, untuk menempah, pilih opsyen Buddy Driver, dan nyatakan tarikh, masa dan lokasi yang diinginkan untuk dijemput dan diturunkan. Anda juga perlu memberikan butiran kenderaan peribadi anda seperti yang diminta. Selepas diproses, butiran pemandu yang ditugaskan akan dimaklumkan melalui aplikasi tersebut, dan Buddy Driver anda akan menghubungi anda secara terus. Mulakan persiapan anda sementara menunggu Buddy Driver, yang akan tiba di lokasi anda dalam tempoh 60 minit selepas pengesahan. Untuk keselamatan anda, pemandu anda akan menunjukkan ID Pintar Digital untuk pengesahan, dan anda boleh memulakan perjalanan!

Ikuti buddydriver.my di Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai destinasi tujuan kami pada setiap hujung minggu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Buddy Driver, sila kunjungi https://buddydriver.my.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!