OH YESS! JUALAN AKHIR TAHUN GO SHOP KINI KEMBALI LAGI

 

Go Shop akan memulakan jualan istimewa bersempena dengan musim percutian akan datang ini dengan ‘Jualan Akhir Tahun & Kempen ‘Oh YESS!’ selama sebulan bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2021, dengan pelbagai tawaran menarik dan penuh dengan kejutan seperti ‘Set Bundle Dengan Hadiah Percuma’, ‘Istimewa 12.12’, ‘Pulangan Tunai Berganda’, ‘Tawaran RM21’, ‘Penghantaran Percuma Di Seluruh Negara’, ‘Diskaun Terhebat Sehingga 80%’, dan ‘Baucar Happy-Hour’.

Sepanjang berlangsungnya kempen ini kelak, pelanggan boleh menggunakan kod ‘GOSHOP28’ untuk dapatkan diskaun segera sebanyak RM28 dan tambahan potongan RM28 lagi untuk pembelian berikutnya di Go Shop. Pada masa yang sama, pelanggan akan turut menikmati banyak lagi tawaran-tawaran menarik, set-set ‘bundle’ eksklusif, produk-produk terbaharu dan penjimatan berganda-ganda untuk pembelian barangan rumah, dapur, digital, fesyen dan produk-produk kecantikan.

Berikut merupakan pilihan Lima Teratas (Top 5) produk-produk yang perlu dibeli:
  • [BELI 1 PERCUMA 1] Periuk Memasak Pelbagai Fungsi Mammakits 1.2L
  • [BELI 1 PERCUMA 2] Sarang Burung FGWalet dengan Betik & L-Cysteine
  • [BELI 1 PERCUMA 1] Minyak Zemvelo Omega 3 6 9 Sacha Inchi
  • [Mesin Urut Percuma] Treadmill Zero ZT-Romeo
  • [BELI 2 PERCUMA 2] Kitsui Fedloss Fibre DTox
Sepanjang berlangsungnya kempen ini, Go Shop akan menganjurkan dua acara istimewa, ‘Jualan Khas 12.12’ dari 6 hingga 12 Disember 2021 dan ‘Siaran Langsung Jualan Akhir Tahun’ pada 26 Disember 2021, di saluran Astro CH111 dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pelanggan berpeluang untuk membeli pelbagai produk-produk menarik dengan nilai dan diskaun terhebat.

Dalam pada itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton banyak program-program baru di saluran-saluran khas Go Shop seperti ‘Best of the Best’ dan ‘Go Cuti Cuti’. ‘Best of the Best’, sebuah program yang memaparkan produk-produk terlaris Go Shop bersiaran pada setiap hari Rabu dan Ahad, jam 11.00 pagi di saluran Astro CH118. Manakala ‘Go Cuti Cuti’ pula memaparkan barisan produk percutian dan gaya hidup, bersiaran pada setiap hari Jumaat dan Ahad, 10 pagi di saluran Astro CH120.


Jangan lupa untuk menonton saluran-saluran khas Go Shop setiap hari di Astro - Go Shop RUUMA CH118, Go Shop GAAYA CH120, Go Shop BAARU CH111, dan di saluran MYTV CH120, untuk dapatkan pelbagai tawaran menarik Go Shop bersempena dengan kempen ‘Oh YESS!’. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh membeli belah di saluran atas talian Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING