TRUECALLER LANCARKAN VERSI 12 DENGAN KEMASKINI CIRI-CIRI UTAMA


Truecaller, platform global terkemuka untuk ID pemanggil dan penghalang spam telah melancarkan kemaskini terbaharunya di Malaysia. Rekaan semula yang baharu itu didatangkan dengan beberapa penambahan yang memfokus kepada pengguna, menawarkan beberapa ciri baharu yang amat diingini seperti ID pemanggil video, antara muka yang menarik, Rakaman Panggilan, Panggilan Ghost dan Pengumuman Panggilan untuk negara ini. Selain ciri-ciri baharu itu, aplikasi tersebut mengekalkan kesemua ciri-ciri asalnya yang disukai pengguna.

Berucap di pelancaran Truecaller 12, Alan Mamedi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Truecaller berkata: “Kesemua ciri baharu ini akan membolehkan pengguna menikmati dan mengenakan lebih kawalan ke atas komunikasi mereka, menawarkan pengalaman yang selamat, menyeronokkan dan memuaskan. Kami bekerja keras untuk menambah pelbagai ciri baharu dan antara muka yang lebih menarik tanpa menambahkan kerumitan. Pada masa yang sama, aplikasi ini kini lebih cepat dan kemas, menjadikan operasinya lebih lancar dan mengurangkan penggunaan bateri.”

Membina kepercayaan dalam komunikasi telah sekian lama menjadi misi kami di Truecaller. Kami kekal fokus terhadap permintaan pengguna dan berusaha memenuhinya dengan pelbagai penyelesaian dan penawaran inovatif. Malaysia adala pasaran yang menjadi keutamaan buat kami kerana kami menyaksikan kenaikan mendadak aktiviti penipuan melalui telefon sejak tahun lalu. Kami berharap usaha-usaha mempertingkatkan pengalaman pengguna dalam aplikasi ini akan membuatkan lebih ramai pengguna memanfaatkan aplikasi ini untuk melindungi diri mereka dengan lebih baik daripada bahaya spam dan panggilan penipuan,” tambah Alan.


Ciri-ciri baharu yang diperkenalkan dalam Versi 12 termasuklah:

ID Pemanggil Video- ID Pemanggil Video adalah ciri menarik yang membolehkan anda menetapkan video pendek yang dimainkan secara automatik apabila anda menghubungi keluarga dan rakan-rakan. Pengguna boleh memilih daripada templat video yang disediakan atau menggunakan kreativiti masing-masing untuk merakam video sendiri. Ia menjadikan pengalaman panggilan lebih unik. Ciri ini boleh didapati oleh semua pengguna Android Truecaller.

Antara Muka Yang Lebih Kemas- Hasil maklum balas dari pengguna sejak setahun lalu, Truecaller telah memperkenalkan tab-tab yang berbeza untuk panggilan dan SMS. Dengan tab yang berbeza, pengguna kini boleh mengakses kesemua SMS, Perbualan Kumpulan Truecaller dan perbualan individu melalui satu tab sahaja.

Rakaman Panggilan- Sebelum ini, ciri ini hanya ditawarkan untuk pelanggan Premium, namun kini ia disediakan untuk semua pengguna yang menggunakan Android 5.1 dan seterusnya. Rekod kesemua panggilan masuk dan keluar sama ada pengeluar peranti tersebut menawarkan ciri itu atau tidak. Semua rakaman disimpan di dalam storan peranti dan tidak boleh diakses oleh Truecaller. Dengar atau buang rakaman menggunakan Truecaller atau pelayar fail. Rakaman juga boleh dikongsi dengan mudah melalui emel, Bluetooth atau mana-mana khidmat penghantaran mesej. Pengguna boleh memilih untuk mula merekod dengan satu sentuhan sama ada dalam mod Skrin Penuh atau Pop Up ID Pemanggil selepas proses persediaan awal.

Panggilan Ghost- Panggilan Ghost adalah helah yang pintar untuk membantu mengendalikan situasi yang rumit atau berjenaka dengan rakan-rakan. Panggilan Ghost membolehkan pengguna menetapkan nama, nombor dan gambar supaya ia kelihatan seperti anda menerima panggilan dari individu tersebut. Pengguna juga boleh memilih kenalan dari buku telefon dan menjadualkan panggilan Ghost untuknya pada waktu yang ditetapkan kemudian. Ciri ini hanya disediakan untuk pelanggan Truecaller Premium dan Gold.

Pengumuman Panggilan- Dengan ciri pilihan baharu ini, Truecaller akan menyebut ID pemanggil dengan jelas untuk panggilan masuk. Ini berfungsi untuk kenalan yang telah disimpan serta nombor yang dikenal pasti oleh Truecaller melalui panggilan suara biasa atau panggilan Truecaller HD Voice. Ia berguna untuk mengetahui siapa yang menghubungi anda tanpa perlu melihat skrin. Jika anda mahu, ia juga boleh ditetapkan untuk berfungsi semasa anda memakai fon kepala. Seperti Panggilan Ghost, Pengumuman Panggilan hanya boleh didapati oleh pelanggan Premium dan Gold.


Feature photo by: Business photo created by tirachardz - www.freepik.com


Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA