ALAMILAH KEINDAHAN ‘BLOSSOMING HARMONY’ DI DA MEN USJ


Sempena Tahun Baharu Cina ini, Da Men USJ mempersembahkan ‘Blossoming Harmony’ – sebuah taman yang dihiasi indah dengan tanglung-tanglung merah. Turut menyerikan suasana perayaan adalah anak-anak Muhibbah Malaysia yang mengalu-alukan kedatangan anda ke pusat membeli-belah ini.


Roaring Bazaar di Aras LG dan G menampilkan pelbagai jenis gerai usahawan tempatan yang menjual produk untuk persiapan Tahun Baharu Cina seperti barangan perhiasan, kraftangan dan snek yang lazat.


Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan tarian singa akrobatik di aras G setiap hujung minggu dalam bulan Januari dan 6 & 15 Februari pada jam 3 petang. Persembahan orkestra Cina juga akan dibawakan oleh SEGI College, Tarian Jalanan oleh INTI, persembahan muzikal oleh dua berlainan upaya serta nyanyian Acapella oleh Taylor’s University pada hujung minggu yang terpilih. Da Men USJ juga akan menghoskan sebuah konsert mini yang menampilkan arts-artis tempatan seperti Nick Kung dan Ash Lu pada 22 Januari 22, jam 4.30 petang.

Sertailah permainan interaktif Zodiac Fortune Scan and Redeem dan cuba buru 12 haiwan dalam zodiak Cina di sekitar pusat membeli-belah. Mereka yang dapat mencari 12 haiwan zodiak berpeluang untuk menilik nasib bagi tahun 2022 dan menebus hadiah daripada kedai-kedai terpilih.


Anda boleh menebus satu set sampul Ang Pow eksklusif Da Men USJ dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit. Pembelian minimum RM180 (RM280 dengan resit Jaya Grocer) akan memberikan peluang anda untuk mendapatkan Lucky Pick Redemption untuk memenangi hadiah misteri. Pembelian minimum RM200 membolehkan anda membeli satu tin Soon Thye Hang Abalone yang bernilai RM90 dengan harga RM29 sahaja. Anda berpeluang untuk membawa pulang Faber Kettle dengan pembelian RM800 (maksimum dua resit). Sertai peraduan ‘Unlock Your Happiness’ untuk memenangi penginapan 3H/2M di Hard Rock Hotel Desaru Coast untuk 4 orang bernilai RM8,500 dengan pembelian minimum RM50, dan membuat dedikasi cinta dan menghitung jumlah hati yang terdapat di Atrium, Aras G.

Untuk maklumat lanjut, sila layari damen-mall.com, Facebook, Instagram, atau hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan di talian 03 8021 0222.

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

TEAL ASIA DAN WATSONS MALAYSIA BERGANDING BAHU SEMPENA HARI PENGHAPUSAN KANSER SERVIKS SEDUNIA WHO — GERAKAN HARAPAN, KETABAHAN DAN TINDAKAN

TIKTOK SHOP TINGKATKAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UNTUK PMKS MENJELANG 11.11, PERTUMBUHAN 200% TAHUN KE TAHUN BAGI JENAMA DI TIKTOK MALL