NIKMATILAH RASA BUAH-BUAHAN MUSIM PANAS & CERI AUSTRALIA
Alam semula jadi datang membawakan pelbagai hadiah dan ia penuh dengan rasa lazat dan pemakanan yang meningkatkan kesihatan! Jenama nasional yang mewakili industri hortikultur
Autralia, rangkaian buah-buahan musim panas yang segar Taste Australia, Cherries and Summerfruits – pic, nektarin, apricot dan plum – kini telah mendarat di Malaysia.
Ketua Perdagangan Antarabangsa Hort Innovation, Brei Mongomery, berkata peladang Australia melaburkan berjuta-juta dolar setiap tahun ke dalam industri mereka untuk menyediakan buah-buahan berkualiti bertaraf dunia. "Untuk menyokong Taste Australia, melalui Hort Innovation, peladang terus melabur dalam biosekuriti, penyelidikan perosak dan penyakit serta pembiakan, dan inisiatif pemantauan rantaian bekalan untuk memastikan pengeluaran Cherries dan Summerfruits dengan kualiti tertinggi," katanya.
Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Encik Paul Sanda, Menteri Kaunselor (Komersial) dan Pesuruhjaya Perdagangan Kanan – Malaysia & Brunei berkongsi, “Kami amat teruja untuk melancarkan ceri Australia dan buah-buahan musim panas di sini selepas setahun berbuah di kebun kami. Buah-buahan ini adalah cara terbaik untuk meraikan apa juga majlis atau untuk dihadiahkan kepada orang tersayang dan kami tidak sabar untuk semua rakyat Malaysia menikmatinya!”
Terkenal dengan khasiat dan rasa manisnya, Cherries and Summerfruits Australia ditanam mengikut proses ketat Australia, bagi memastikan hanya buah-buahan yang berkualiti dieksport ke Malaysia.
Buah pic, nektarin, apricot dan plum kaya dengan pelbagai vitamin A, E dan C, antioksidan yang membekalkan tenaga kepada badan serta meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan. Vitamin C juga untuk meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang cantik dan sihat. Sementara itu, ceri dipenuhi dengan serat dan potassium – nutrient penting untuk kesihatan yang baik. Paling penting, ia rendah kalori serta indeks glisemik, menjadikan ceri sebagai snek yang sempurna untuk mereka yang mementingkan kesihatan!
Sambung Encik Paul Sanda, “Cherries and Summerfruits adalah gandingan terbaik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan pada masa kini. Buah-buahan ini mempunyai antioksidan dan vitamin C, A dan K yang mempunyai pelbagai manfaat termasuk kesihatan jantung, menurunkan tekanan darah dan keseluruhannya memberikan rangsangan yang kuat kepada imuniti anda.”
Cherries and Summerfruits Taste Australia juga boleh digunakan dalam pelbagai cara dan ia amat sesuai untuk pai, tart atau pencuci mulut untuk makan malam percutian anda. Sama ada anda masukkan ke dalam inti pai atau gunakan ceri sebagai hiasan segar untuk tart anda, rasa manis yang lazat dijamin dalam setiap gigitan.
Untuk terus memacu kempen ini, Taste Australia mengadakan peraduan khas media sosial. Bertemakan Basket of Summer Joy (Bakul Kegembiraan Musim Panas), peraduan ini mempelawa rakyat Malaysia untuk menunjukkan kreatif masing-masing dengan menyusun bakul buah yang menampilkan mana-mana satu atau gabungan ceri Australia dan buah-buahan musim panas. Penyertaan yang paling kreatif akan memenangi wang tunai atau baucar pasar raya bernilai RM200!
Peraduan Basket of Summer Joy ini akan berlangsung dari 19 Disember 2021 hingga 26 Februari 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Taste Australia.
Rangkaian Cherries and Summerfruits Taste Australia kini boleh didapati di pasar raya utama seperti Jaya Grocer, Village Grocer, QRA, Lotus’s, dan pasar raya AEON di seluruh Malaysia. Untuk hidangan buah-buahan yang segar setiap hari atau untuk pemberian hadiah dan keperluan membakar, kunjungi kedai terdekat hari ini!
Comments
Post a Comment