‘FIVE BLESSINGS AT YOUR DOORSTEP’ DI IPC SHOPPING MALL


Pusat Beli-belah IPC meraikan kedatangan Tahun Baru Cina dengan pengalaman beli-belah yang “berani” dan “garang” untuk memberikan ganjaran lima hadiah istimewa kepada para pengunjung bersempena dengan tahun Harimau. Mulai hari ini hingga 13 Februari 2022, para pengunjung bakal menikmati promosi istimewa dan ganjaran hebat menjelang Tahun Baru Cina apabila mereka membeli-belah di Pusat Beli-belah IPC.


Menurut horoskop Cina, tanda zodiak Harimau merupakan simbol kekuatan dan keberanian. Bagi menyambut kedatangan tahun Harimau, IPC akan membawakan tema ‘The Year of the Woohoo: Five Blessings at Your Doorstep’. Mengambil inspirasi daripada ‘Wu Hu Jiang’ atau lebih dikenali sebagai jeneral Lima Harimau, setiap Harimau mewakili penawaran teras yang terdapat di Pusat Beli-belah IPC - Kekayaan (Pasar raya), Kemakmuran (Fesyen), Kegembiraan (Makan minum), Kesihatan (Optik, Kesihatan, Kesejahteraan) dan Panjang umur (Rumah).


Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM188 dalam dua resit akan menerima amulet impian berwarna merah untuk menulis impian mereka dan kemudiannya menggantung amulet impian itu pada Tree of Blessings di Tiger Garden. Apabila impian di pokok semakin bercambah, lima pemenang bertuah akan dipilih secara rawak setiap minggu untuk menerima e-baucar dan ganjaran lain. Selain itu, pembeli-belah yang berbelanja RM200 dalam dua resit layak menerima E-Baucar Woohoo bernilai RM10, manakala mereka yang berbelanja sebanyak RM688 dalam tiga resit akan menerima set Fortune Bowl. Selain itu, ahli IPC Tack Club juga akan menikmati tawaran promosi yang sama pada nilai beli-belah yang lebih rendah.


“Pada Tahun Baru Cina ini, IPC berharap dapat menggalakkan dan berkongsi aura positif setelah kita berdepan dengan pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19. Ramai orang teruja untuk memulakan kehidupan baharu pada tahun 2022, dan kami ingin mencetuskan inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kedatangan tahun baharu ini dengan rasa gembira dan perpaduan bersempena dengan tahun Harimau. Kami berharap pada musim perayaan ini, IPC akan terus menjadi destinasi pilihan orang ramai untuk berkumpul dengan saudara mara, rakan dan insan tersayang bagi meraikan kemakmuran dan menerima ganjaran kebaikan tahun baharu,” jelas Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC.


Sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan jenama, pembeli-belah digalakkan untuk mengunjungi Tiger Garden dan mengimbas kod QR agar mereka dapat mengetahui promosi dan tawaran semasa yang disediakan oleh para penjual di Pusat Beli-belah IPC. Terdapat juga bengkel realiti terimbuh interaktif Kung “Hu” yang membolehkan orang dewasa dan kanak-kanak berseronok dan kekal aktif melalui beberapa pergerakan seni mempertahankan diri seperti “Crane Stance” dan “Tiger Fist” yang popular.

Pengunjung turut dihiburkan dengan aktiviti yang menyeronokkan lagi menarik seperti persembahan tarian singa yang mengasyikkan, penampilan “God of Prosperity”, persembahan budaya, bengkel kraf untuk kanak-kanak, kaligrafi dan banyak lagi.


Bagi memastikan ketenangan fikiran para pembeli-belah, IPC telah mempertingkatkan usaha sanitasi selain komited kepada standard kebersihan yang tinggi, penjejakan kontak serta protokol penjarakan fizikal mengikut arahan yang terkini daripada kerajaan untuk mengekang penularan virus demi memastikan keselamatan semua pembeli-belah, penjual dan komuniti.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘Woohoo Chinese New Year’ di Pusat Beli-belah IPC, layari www.ipc.com.my/woohoo2022 dan ikuti halaman Facebook serta Instagram kami untuk promosi terkini, acara dan kemas kini.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO