SURIA KLCC BAWAKAN KEINDAHAN TAHUN BARU EMPAYAR CHINA SILAM

 

Suria KLCC akan menyambut kehadiran Tahun Baharu Cina dari 7 Januari hingga 13 Februari dengan hiasan Istana Diraja China zaman silam. Dilhamkan dengan keindahan taman lanskap, Centre Court telah ditransformasi kepada sebuah Istana China zaman silam. Rekabentuk empayar yang gah itu turut disinambungi hingga ke Aras 1 Ramlee Mall dan kesemua pintu masuk utama yang turut dihiasi mengikut tema bagi menjanjikan peluang berfoto yang strategik. 


Rekabentuk istana replika di Centre Court mirip zaman kegemilangan sejarah China yang dikenali dengan kemajuan, inovasi dan mahsyur dengan kegemilangan kebudayaan. Istana China Kuno ini telah direkabentuk semula dengan teliti dengan setiap perincian diberi penekanan termasuklah ukiran batu berbentuk singa simbolik pengawal empayar, astaka taman bercirikan senibina China, kolam keratai, dan tanglung indah yang bergantungan. 


Tidak ketinggalan pepohon Sakura yang ikonik di samping keindahan lanskap yang mampu menjadikan latarbelakang yang mengagumkan untuk setiap foto atau video yang diambil. Sudah semestinya pengalaman melalui halaman istana kuno ini mampu membangkitkan semangat perayaan. 


Di samping itu kesemua sudut yang dihias indah mampu diabadikan di dalam instragram, turut juga dilengkapkan dengan sebuah photobooth yang disediakan mesin pencetak untuk cetakan gambar kepada pelanggan untuk dibawa pulang dan dikongsikan bersama yang tersayang Terdapat juga sajian pancaran visual bunga-bungaan interaktif di dalam Istana yang terletak di Centre Court bagi menggambarkan kedatangan musim bunga di Hemisfera Utara. 


Di perkarangan pusat membeli belah pula, replica pagoda yang tertinggi di Malaysia akan kembali tersergam di Esplanade KLCC. Penampilan terakhirnya pada 2020 telah berjaya meletakkannya di dalam Malaysia Book of Record sebagai replica pagoda yang tertinggi. 


Pelanggan dan pelawat pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama struktur yang berdiri megah ini. Untuk menambahkan lagi keterujaan, pelanggan juga boleh menyaksikan tarian singa tradisional di Centre Court dan tarian Singa Akrobatik di Esplanade KLCC pada setiap hari Sabtu bermula sekarang hingga 30 Januari. 


Bagi mereka yang gemarkan ‘terapi’ membeli-belah, ‘Suria KLCC’s Shoppers Reward Programme’ akan menghadiahkan baucar membeli belah bernilai RM100 dan set ‘Angpow’ Suria KLCC untuk mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1500. Bagi mereka yang berbelanja sekurangkurangnya RM3,000 pula akan mendapat ganjaran merupakan skarf EP YAYING yg bernilai RM999 setiap satu di samping Baucar tunai EP YAYING bernilai RM168. 


Ketika musim perayaan ini, Suria KLCC meneruskan tanggungjawab sosial korporat dengan pengumpulan dana untuk Program Kesedaran Kesihatan Mental melalui penjualan “Suria Ribbon Pin” yang bermula sejak 2021 lagi. 

Pelanggan digalakkan untuk menyumbang ke arah usaha murni ini dengan membeli pin tersebut pada harga RM10 setiap satu yang terdapat di Concierge Suria KLCC. Semua kutipan akan disalurkan kepada NGO yang menerajui program kesihatan mental ini.

Untuk info lanjut, layari: www.suriaklcc.com.my dan ikuti www.facebook.com/SuriaKLCCMall

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI