AIA GROUP LANCAR GERAKAN 'AIA ONE BILLION'


AIA Group Limited (“AIA” atau “Syarikat”; kod saham: 1299) hari ini mengumumkan pelancaran AIA One Billion, sebuah matlamat dan cita-cita berani untuk mencapai penglibatan satu bilion individu agar menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna menjelang tahun 2030. Sebagai sebuah syarikat insurans hayat dan kesihatan pan-Asia yang terbesar, AIA memulakan sebuah gerakan bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan individu serta membantu mewujudkan masa depan yang lebih mampan dan lestari di Asia.

Ketua Pegawai Pemasaran AIA Group, Stuart A. Spencer berkata, “Selama lebih seabad, AIA telah berusaha untuk memberi impak positif dan signifikan kepada para pelanggan dan komuniti kami. Pelancaran AIA One Billion memperluaskan lagi matlamat kami untuk membantu orang ramai untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna yang bukan hanya tertumpu kepada pelanggan kami sahaja. AIA One Billion menggariskan komitmen AIA untuk melibatkan, mendidik dan memberi inspirasi kepada komuniti di seluruh Asia untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental serta kesejahteraan alam sekitar disamping memperjuangkan inklusi kewangan.


Pandemik telah meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan dan kesejahteraan. Namun populasi di Asia terus menyaksikan peningkatan dalam penyakit berkaitan gaya hidup yang menyumbang kepada lebih 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran bahawa perubahan iklim akan meningkatkan lagi kadar morbiditi dan kematian, terutamanya di rantau Asia. Adalah sangat penting untuk AIA memainkan peranan positif dan menerajui usaha dalam membantu komuniti menangani isu-isu tersebut.”

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Ben Ng yang juga turut berkongsi sentimen yang sama berkata, “Dua tahun yang lalu telah mengubah cara kita menilai aspek kesihatan dan kesejahteraan. Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk memastikan bahawa matlamat kami untuk memperkasakan kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti benar-benar dapat

memberikan impak kepada semua rakyat Malaysia. AIA Malaysia berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada gerakan ini. Kami amat komited memainkan peranan dalam menyentuh kehidupan Satu Bilion individu bagi tempoh 8 tahun yang akan datang dan akan sentiasa berusaha membantu rakyat Malaysia mencapai aspirasi kesihatan dan kekayaan mereka.”


Menerusi pelbagai kerjasama, acara, program komuniti serta kempen, AIA One Billion akan merangkumi semua interaksi kami merentasi seluruh komuniti kami untuk melibatkan dan menggalakkan individu dari setiap lapisan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan pada masa yang sama dapat menjamin kelestarian alam sekitar. Sebagai langkah pertama untuk memulakan AIA One Billion, sebuah kempen media sosial serantau telah dilancarkan bagi menjemput orang ramai untuk sama-sama menyertai pejalanan ini (‘Join the Journey’). Duta-duta AIA di seluruh rantau termasuk Nicol David dari Malaysia akan turut serta menyokong inisiatif ini dan menyatukan komuniti untuk mengambil tindakan serta memacu perubahan tingkah laku positif yang meluas.

AIA berazam untuk menjadi peneraju global Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). AIA One Billion dibina atas strategi jangka panjang kami dalam mengubah pembangunan lestari komuniti kami serta menetapkan matlamat yang jelas, selaras dengan cita-cita kami untuk menjadi peneraju global ESG. Sebagai sebahagian daripada pelaporan ESGnya, AIA akan menjejak, menilai, dan melaporkan kemajuan berkaitan matlamatnya untuk mencapai penglibatan satu bilion individu untuk menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna menjelang 2030.

Maklumat lanjut mengenai AIA One Billion di aia.com/aiaonebillion

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!