GEDUNG 3-DALAM 1 THAI DIBUKA DI PAVILION BUKIT JALIL


Pavilion Bukit Jalil hari ini mengalu-alukan ketibaan gedung berprestij dari Thailand, Siam Piwat dengan membawa tiga jenama ‘Buatan Thailand’ - Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT ke presint Thai di pusat membeli-belah tersebut.

Gedung 3-dalam-1 ini - Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT dengan keluasan 11,000 kaki persegi ini menampilkan keunikan jenama barangan yang kreatif, mesra-alam dan bergaya.


Ecotopia bakal menjadi tumpuan komuniti yang mempunyai kesedaran eko yang terdiri daripada mereka yang bersependapat serta percaya kepada moto 'Bersama-sama, Kita Mencipta Dunia yang lebih Baik'. Ia menampilkan 12 pengkarya bersama yang menghasilkan menampilkan produk-produk mesra alam. Antaranya, Seasun Society, rangkaian penjagaan kulit eko,dan Magfish, sebuah jenama yang mencipta karya seni dan kraftangan daripada bahan kitar semula.



Absolute Siam mengetengahkan fesyen avant-garde Thailand. Ia merupakan satu platform untuk mempamerkan kreativiti pereka-pereka Thai yang sedang meningkat naik. Lebih 60 jenama fesyen, seni, teknologi, dan gaya hidup yang berjiwa Thailand dibawakan di bawah satu bumbung. Mahanakon, TA.THA.TA, Coralist, Sue dan Anona adalah antara pereka Thai terkenal yang diperkenalkan di Absolute Siam, dengan produk popular seperti kemeja-T Durian Run Run Mahanakon, Seluar bercetak Sue dan Beg TA.THA.TA.































ICONCRAFT membuka peluang kepada lebih 800 tukang mahir kraf, pereka, dan masyarakat setempat di seluruh Thailand untuk meluaskan perniagaan mereka ke luar negara. Ia menawarkan beraneka barang kemas, barangan perhiasan rumah, perabot, kraftangan, karya seni moden, haruman, snek premium dan minuman seperti teh dan kopi bermutu tinggi. Antara jenama yang ditampilkan adalah Bangkok Baskets – rangkaian beg buatan tangan dengan rekaan moden, dan Kitt. Ta. Khon yang menawarkan perabot anyaman tangan moden.











Susulan pembukaan Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT yang menjadi sebahagian presint Thai dengan kurasi yang tersendiri di Pavilion Bukit Jalil, Sukhumvit 38, sebuah ruang selera berkonsepkan Thai yang diterajui oleh cef-cef Michelin Star bakal dibuka pada masa yang terdekat.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-bukitjalil.com, atau ikuti akaun media social melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan di +603-8092 8888.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"