KOLEKSI PUMA X AMI RAIKAN IKATAN KEKELUARGAAN DAN PERSAHABATAN


Jenama fesyen dari Paris, AMI menyertai keluarga PUMA dengan satu Kerjasama yang menggandingkan seni jahitan dengan rekaan pakaian sukan yang inovatif. Koleksi ini menampilkan Romeo Beckham dan Mia Regan dalam kempen yang diinspirasikan oleh keriangan yang tercetus oleh orang-orang yang dekat bersama anda.

Kemunculan sulung koleksi PUMA x AMI ini tidak dibatasi oleh takrif jantina, individu atau penampilan. Koleksi ini termasuk kasut PUMA dengan siluet klasik seperti Slipstream Lo, Suede Crepe, dan juga yang baru dilancarkan iaitu Suede Mayu. Pakaian koleksi ini merangkumi kemeja-T, polo, jaket, hoodie, seluar pendek, baju krews, seluar panjang, dan bra, yang boleh di suai-padankan secara “mix and match” mengikuti cita rasa anda. Kerjasama ini juga dilengkapkan dengan aksesori – topi bucket, topi, beg sandang, dan beg genggam.












Koleksi PUMA x AMI boleh didapati secara eksklusif di PUMA KLCC dan PUMA Sunway Pyramid mulai 31 Mac dengan harga dari RM 199 – RM 1599.


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM