MUNCHY'S PERKENALKAN BISKUT CIP COKLAT LEXUS BAHARU


Tidak kira muda atau tua, warga Malaysia menggemari saat-saat yang meriangkan ketika menikmati snek. Tiada apa yang boleh menandingi perasaan menikmati snek yang begitu menyelerakan. 

Selama 30 tahun, Munchy's memberikan yang terbaik dengan keistimewaan kerangupannya. Menawarkan biskut yang sedap dan sihat untuk seisi keluarga, jenama biskut No.1^ Malaysia mencipta detik-detik gembira yang mengeratkan keluarga dan rakan.

LEXUS merupakan salah satu jenama popular di Munchy’s, terkenal dengan biskut sandwicnya yang penuh dengan inti lembut dan berkrim untuk adunan sempurna antara manis dan masin. Kini, LEXUS mahu anda untuk menikmati keindahan hidup dengan Biskut Cip Coklat baharu!

Biskut Cip Coklat LEXUS dibakar dengan lazat dengan nisbah sempurna serbuk koko dan cip coklat terbaik, kemudian ditabur dengan coklat yang kaya untuk hidangan yang bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi rasanya juga enak.

Tersedia dalam 3 perisa lazat: Original, Dark Chocolate (Coklat Gelap), dan Mixed Nuts (Campuran Kekacang), setiap keping Biskut Cip Coklat LEXUS adalah kesempurnaan coklat yang memenuhi selera anda. Disediakan dalam pek individu untuk memastikan kesegaran dan meminimumkan pembaziran makanan, anda boleh menikmatinya termasuklah semasa dalam perjalanan! Bawa Biskut Cip Coklat LEXUS kegemaran anda bersama dan kongsi kegembiraan dengan orang tersayang pada bila-bila masa, di mana sahaja!


Makan, Menari & Pos: Peraduan "Drizzle Food Dance" Biskut Cip Coklat LEXUS

Bersempena dengan pelancaran Biskut Cip Coklat LEXUS, Munchy’s mahu menyebarkan kebahagiaan kepada semua rakyat Malaysia. 20 orang pemenang "Drizzle Food Dance" yang paling kreatif akan menerima bekalan Biskut Cip Coklat LEXUS selama 1 tahun!

Cara untuk menyertai :
  • Ikuti @munchys.my di Instagram.
  • Cari #LEXUSDrizzleFoodDance di Instagram dan rakam versi video “Drizzle Food Dance” anda sendiri selepas menikmati Biskut Cip Coklat LEXUS.
  • Kongsi video tarian anda pada akaun Instagram anda.
  • Tag @munchys.my and hashtag #MunchysMY #LEXUSCookie #LEXUSDrizzleFoodDance
  • Tetapkan siaran sebagai umum.
Tempoh peraduan: 15 Mac hingga 14 April 2022

Tips Munchy’s: Untuk kepuasan maksimum, sejukkan Biskut Cip Coklat LEXUS di dalam peti sejuk!

Biskut Cip Coklat LEXUS Munchy’s boleh didapati di pasar raya dan pasar raya besar utama di seluruh negara dalam 2 saiz: 81g (3 pek mudah; RM2.10) dan 189g (7 pek mudah; RM5.70 [Semenanjung], RM6.00 [Malaysia Timur]).

Untuk maklumat lanjut, lihat laman web rasmi Munchy’s (http://www.munchys.com/) atau Instagram (https://www.instagram.com/munchys.my/).

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA