PANDEMIK CETUS PERUBAHAN DALAM TABIAT SARAPAN GEN Z & MILENIAL

 

Bukan mudah untuk membentuk tabiat baharu. Hakikatnya, kita memerlukan keazaman, kesungguhan, dan persekitaran yang sesuai untuk memulakan amalan baharu. Hasil penyelidikan mendapati bahawa secara purata, kita mengambil masa 66 hari, iaitu bersamaan lebih dua bulan, untuk memastikan tabiat baharu menjadi kelaziman.

Dalam tempoh dua tahun yang lepas, pelbagai tabiat baharu terbentuk apabila kebanyakan rakyat Malaysia meluangkan banyak masa di rumah akibat pandemik. Menurut Tinjauan Tabiat Sarapan Asia Pasifik 2021 yang dikendalikan oleh Herbalife Nutrition untuk memahami kesan pandemik semasa ke atas sikap dan tabiat sarapan pengguna dan pilihan tingkah laku kumpulan demografi berbeza, dua daripada lima (35 peratus) Gen Z dan Milenial di negara ini didapati mula makan sarapan secara lebih kerap dan hampir separuh daripada responden yang mula berbuat demikian berkata mereka menikmati sarapan enam hingga tujuh hari seminggu. Tinjau selidik itu mendapati dalam kalangan responden Malaysia, 75 peratus menyedari pentingnya amalan mengambil sarapan yang sihat setiap hari.

Apabila membincangkan tabiat sarapan positif, ada dua faktor penting untuk dipertimbangkan – iaitu kekerapan mengambil sarapan dan kandungan khasiat pemakanan untuk menjadikannya sarapan yang sihat.

Seperti yang didedahkan oleh tinjauan tersebut, Gen Z dan Milenial lebih kerap bersarapan kerana mereka ada lebih banyak masa untuk menyediakan sarapan (61 peratus); bertekad untuk menambah baik kesihatan dan kesejahteraan (59 peratus) dan keinginan untuk menggunakan masa di rumah bagi membuat perubahan gaya hidup positif (51 peratus). Selain itu, mereka juga telah mula makan secara lebih sihat dengan mengambil makanan dengan kandungan khasiat yang lebih seimbang (54 peratus); minum lebih banyak air (51 peratus) dan menggunakan bahan segar dalam sarapan mereka (50 peratus).

Sungguhpun mereka telah membuat perubahan positif dalam tabiat sarapan mereka, komitmen dan kesungguhan diperlukan untuk meneruskan pengambilan sarapan sebagai amalan harian.

Susan Bowerman, Pengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia, Herbalife Nutrition, memberikan petua-petua berikut untuk menyediakan dan menikmati sarapan yang sihat dan cara untuk meneruskan tabiat sarapan yang positif.

Apa yang Dimaksudkan dengan Sarapan Sihat?

Makanan yang anda makan semasa sarapan boleh mempengaruhi perasaan dan prestasi anda sepanjang pagi. Berikut ialah manfaat sarapan untuk anda.

Sarapan sihat boleh…
  • Memastikan anda kekal bertenaga hingga masa makan atau mengambil snek atau seterusnya. Sarapan yang seimbang sepatutnya membolehkan anda mengekalkan tenaga. Elakkan nasi lemak dan pilih makanan berprotein untuk menghilang rasa lapar, dan ambil makanan berserat tinggi untuk memastikan anda rasa kenyang.
  • Membekalkan tenaga untuk badan dan otak anda. Pada waktu pagi, bekalan tenaga badan anda hampir kosong. Bila anda mengambil makanan yang sesuai untuk sarapan, anda membekalkan tenaga yang diperlukan oleh otot dan otak anda untuk mencapai prestasi optimum.
  • Elakkan kenaikan gula darah dan kawal nafsu makan. Makanan seimbang yang mengandungi protein dan karbohidrat yang sihat boleh membekalkan tenaga kepada seluruh sistem anda, dan membantu mencegah turun naik ketara gula darah anda yang mencetus keinginan untuk mengambil makanan manis atau makanan lain yang tidak sihat. (Selagi anda tiada sebarang masalah perubatan membabitkan keupayaan badan anda untuk mengawal gula darah.)
  • Membantu anda membuat pilihan makanan yang lebih baik sepanjang hari. Mereka yang tidak mengambil sarapan selalu mengalami keinginan untuk makan makanan manis dan berlemak yang mungkin berterusan sepanjang hari, menyebabkan ramai yang makan aneka macam kuih tempatan sebagai snek. Dengan mengambil sarapan, keinginan untuk makan manisan akan berkurangan dengan ketara. Sarapan yang kaya dengan protein juga boleh mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan masin dan berlemak. Jadi, makanan yang sesuai pada waktu pagi boleh membantu mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan tidak sihat kemudian, dan mendorong anda untuk membuat pilihan lebih sihat.
  • Ambil protein secukupnya untuk menyokong kesihatan otot. Pengambilan protein secukupnya pada waktu pagi bukan sahaja membantu menghilangkan rasa lapar, tetapi juga menjaga kesihatan otot. Bagi ramai orang, sarapan pagi setiap hari membekalkan hanya sedikit protein, lebih banyak pada waktu makan tengah hari, dan paling banyak semasa makan malam. Corak pemakanan sebegini mungkin bukan yang terbaik untuk membina dan membaiki tisu otot. Sintesis protein otot adalah lebih baik jika apabila pengambilan protein lebih seimbang sepanjang hari.

Jangan abaikan sarapan

Memandangkan begitu banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada sarapan yang sihat, kita tidak sepatutnya mengabaikan sarapan.

Bagaimanapun, sama ada anda bekerja dari rumah atau di pejabat, memang amat mudah untuk mengabaikan sarapan sekadar untuk mencuri beberapa minit tambahan tidur, lebih-lebih lagi pada hari yang begitu mencabar untuk bangun ketika hujan turun pada waktu pagi atau apabila kita tidur lewat pada malam sebelumnya.

Untuk mengatasi kecenderungan ini, mungkin kita boleh membuat beberapa perubahan ringkas kepada kehidupan harian kita – seperti bangun 15 minit lebih awal setiap hari untuk menyediakan sarapan segera yang berkhasiat,

Menyediakan sarapan berkhasiat setiap hari

Apabila memilih apa untuk dimakan untuk sarapan setiap pagi, kita perlu memastikan makanan yang sihat dan seimbang membekalkan kandungan protein yang secukupnya (sebaik-baiknya 20-30 gram). Ini membantu menghilangkan rasa lapar dan menyokong kesihatan otot. Ditambah dengan sedikit karbohidrat yang sihat untuk memberikan tenaga dan serat. Karbohidrat seharusnya mengandungi sedikit buah-buahan atau sayuran. Jika mampu, anda boleh menambah sedikit bijirin penuh.

Pada hari-hari anda memerlukan sarapan segera serba lengkap yang memberikan pemakanan seimbang untuk badan anda, minuman shake protein sarapan adalah pilihan yang bijak untuk dipertimbangkan, seperti Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink Herbalife Nutrition. Minuman ini mudah disediakan dan membekalkan segala nutrien yang anda perlukan untuk memulakan hari anda dengan sempurna.

Pengambilan sarapan yang sihat boleh memberi banyak manfaat dalam jangka panjang. Anda hanya perlu sedikit masa dan komitmen untuk menyediakan dan menikmati sarapan yang sihat setiap hari!

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING