ZEBRA SQUARE BAWAKAN CITA RASA KAMPUNG DALAM BUFET RAMADAN

 

Buat julung-julung kalinya, destinasi selera dan ruang acara Zebra Square, Kuala Lumpur bakal menyambut Ramadhan 2022 dengan bufet iftar Ramadan yang menawarkan pelbagai pilihan masakan cita rasa Malaysia yang enak lagi menyelerakan.


Semarakkan semangat Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakandan nikmatilah bufet Ramadan ini bermula dari 7 April hingga 30 April 2022 di Zebra Square Kuala Lumpur.


Hidangan buffet Ramadan ini telah disediakan oleh Cef Eksekutif Mohamed Muzaffar bersama pasukan cefnya yang berpengalaman. Antara hidangan yang bakal menambat selera anda adalah Kambing Panggang, Daging Gulai Utara, Ikan Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu Perut, Lempeng Kelapa & Sambal Bilis dan pelbagai kuih-muih tradisional.

Ikan bakar 

Gulai Daging

Daging Tetel Asam Pedas

Ayam Palembang

Ulam-ulaman segar

Tempe

Ayam Goreng Berempah

Ikan Tiga Rasa

Tauhu Sumbat

Pucuk Ubi Masak Lemak

Ayam Masak Lemak Cili Api

Kangkung Belacan

Ikan Masin Nenas

Aneka Kerabu

Cendol

Kuih-muih & Pemanis Mulut

Aneka goreng-gorengan

Roti jala 

Buah-buahan tropika

Bufet Ramada Zebra Square boleh didapati dengan harga RM125 nett (Dewasa) dan RM55 (Kanak-kanak/Warga Emas). Untuk penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mendapatkan Promosi Beli 5 dapat 1 yang ditawarkan dari 1 Mac hingga 31 Mac 2022.

Kemudahan solat dan tempat letak kereta percuma juga disediakan utuk semua para pengunjung ke Zebra Square. 

Untuk tempahan, hubungi 017-570 7039 (Syafiq) / 017-251 6315 (Kay) atau emel info@moderndynamicgroup.com



Ramadhan Iftar Buffet
7 April - 30 April 2022
6.00 petang - 9.00 malam
RM125 (Dewasa) / RM55 (Kanak-kanak/Warga emas)

Zebra Square
Alamat: 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM