BERBUKA PUASA DENGAN CITARASA NUSANTARA DI RESTORAN KELUARGA BRICKS LEGOLAND

Ingin berbuka puasa bersama anak-anak dengan riang dikelilingi persekitaran bertemakan Lego? Jom kita ke Restoran Keluarga Bricks di Legoland. Restoran ini menampilkan hidangan bufet bertemakan 'Flavours of Nusantara' sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Anda bakal disajikan dengan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa yang pasti menyelerakan untuk berbuka puasa.


Antara hidangan yang harus dicuba adalah Gulai Kawah, Kambing Golek, Nasi Briyani Bukhara, Udang masak mentega dengan daun kari, Tikka Masala Ayam, Bubur Lambok, Lemak Rebung, Itik Salai dan banyak lagi.

Kepada yang gemarkan masakan Timur Tengah, anda boleh nikmati Mandy Ayam, dan Kofta Kambing. Jangan lupa untuk merasai Sate, Makanan Laut Segar, Cendol, Ulam-ulaman & Sambal serta masakan BBQ dan ikan bakar.

Restoran Keluarga Bricks di Legoland

Aneka makanan dihidangkan secara bufet. Pilih sahaja yang mana anda suka! 

Antara juadah tempatan dan antarabangsa dengan citarasa Nusantara yang disediakan.

Rojak buah-buahan


Seafood on Ice

Aneka makanan laut 

Panas! Panas! 

Ikan bakar

Aneka manisan 

"Cef" menanti ada di Restoran keluarga Bricks 

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Hidangan Bufet 'Flavours of Nusantara' boleh dinikmati di Restoran Keluarga Bricks, Legoland mulai 3 April sehingga 2 Mei, jam 6 petang sehingga 10 malam dengan harga RM138 (dewasa) dan RM70 (kanak-kanak/ warga emas).

Dengan setiap pembelian 'Hidangan Bufet 'Flavours of Nusantara' anda layak untuk mendapatkan tiket ke SEA LIFE dengan harga istimewa RM20 sahaja, jam 4 petang ke atas pada hari yang sama dengan makan malam. Sebelum berbuka puasa bolehlah bersantai-santai sambil menyaksikan lebih 13,000 hidupan laut yang dipamerkan di SEA LIFE!


Untuk tempahan, sila hubungi talian +607 597 8888 atau admin.fnbhotel@LEGOLAND.my

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING