CAHAYA FESTIRA TEMA FESTIVAL RAMADAN SELANGOR 2022


SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Festival Ramadan Selangor, menjadikannya pusat atau lokasi membeli-belah yang wajib dikunjungi setiap kali menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri.

Dianjurkan oleh PKNS Real Estate (PREC), Festival Ramadan Selangor atau ringkasnya dipanggil FESTIRA merupakan festival tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan. Ia dikatakan sebagai Festival Ramadan terbesar di Malaysia, yang menyasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.

Memasuki fasa peralihan ke endemik bermula April ini, PREC menyifatkan FESTIRA’22 mampu menjadi pemacu dalam merancakkan semula sektor perniagaan yang telah tiga tahun suram. Justeru, tema “Cahaya FESTIRA” menjadi pilihan FESTIRA tahun ini demi menyokong usaha negara dalam mencapai sasaran keseimbangan di antara kelangsungan ekonomi seiring dengan kesihatan awam.

Sejarah membuktikan bahawa, FESTIRA sememangnya memainkan peranan yang amat signifikan terhadap peningkatan sosioekonomi rakyat terutamanya, dari segi penyediaan peluang pekerjaan dan perniagaan. Di mana secara tidak langsung, ia turut membantu golongan sasaran meningkatkan pendapatan. Apa yang penting, FESTIRA berjaya melahirkan komuniti usahawan yang dapat dibanggakan.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani berkata, keterbukaan FESTIRA’22 kali ini membolehkan lebih 500 peniaga menjalankan perniagaan mereka. Dari booth yang menjual pelbagai pilihan busana untuk persiapan Aidilfitri, sehinggalah Bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa bermula 3hb April 2022 nanti.

Menurut beliau, seperti tahun-tahun sudah, FESTIRA kali ini masih mengekalkan persembahan artis jemputan - buat halwa telinga pengunjung ketika membeli-belah. Antara barisan artis yang bakal menghiburkan adalah, Haiza, Nomad, Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Juga dibawakan, persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan.

Cuma bezanya, selepas mengambilkira keadaan semasa, lokasi acara pentas telah ditukar ke pentas utama yang didirikan di tapak terbuka di luar SACC Mall, atau lebih dikenali sebagai Dataran Barat.

Bersesuaian dengan bulan beribadah, FESTIRA’22 turut membawakan ceramah hujung minggu yang akan disampaikan oleh pendakwah dan juga personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Imam Muda Nazrul. Kedua figura ini juga sering dilihat memberi tazkirah di kebanyakan acara rasmi dan tidak rasmi, menjadikan mereka antara celebrity ustaz yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.

Menariknya lagi, FESTIRA’22 bakal menampilkan adik Qalif Nasurdin, seorang tahfiz berusia 13 tahun, yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kulim, Kedah. Kebolehan menghafal Al-Quran dari usia yang sangat muda, membuatkan beliau sering diundang ke acara ilmu sejak kecil lagi. Adik Qalif bakal melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran di pentas utama SACC Mall Shah Alam pada setiap hari Sabtu sebelum berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

Tidak ketinggalan, aktiviti untuk si kecil. Buat para ibu, anak-anak mereka bakal dihiburkan dengan penampilan badut belon atau lebih dikenali sebagai ballonist clown yang akan mewarnai sesi petang di pentas utama setiap Sabtu bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Belon akan diberikan secara percuma kepada 150 kanak-kanak yang berada di sekitar Cahaya FESTIRA’22 di SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam.

Sementara itu, di PKNS Bangi, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan Buskers Kerohanian yang diadakan setiap petang, bermula 8hb Mac 2022 dari jam 5.00 petang hingga 9.00 malam.

“PREC juga terus kekal dengan aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan melalui kolaborasi bersama syarikat rakaman terpilih untuk beberapa Majlis Berbuka Puasa bersama NGO yang bakal diumumkan kelak. Selain itu, acara turut bertujuan mempromosikan produk selebriti syarikat terbabit, dalam masa yang sama menyerikan majlis dengan persembahan mereka”.

“Menariknya FESTIRA’22 kali ini, lebih banyak aktiviti seperti pertandingan, ganjaran dan cabutan bertuah menanti pengunjung dengan pelbagai tawaran hadiah yang menarik! Selain itu, kesemua ciri-ciri tradisi festival ini seperti program bubur lambuk, kaunter zakat dan wakaf, serta penyediaan ruang solat yang besar dan selesa termasuk solat tarawih masih diteruskan,”ujar beliau menutup ucapan.

SERTAI TIKTOK. IPHONE 13 UNTUK DIMENANGI

Inilah masanya untuk pengguna TikTok tegar memenangi iPhone13, melalui perkongsian video TikTok sama ada ketika berbelanja, ketika makan, atau apa sahaja aktiviti yang mereka lakukan di SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam atau di Kompleks PKNS Bangi. Mereka hanya perlu memuatnaik video berserta hashtag #festira22 #festirachallenge dan tag @bazaarlokal @bazaarlokalflagshipstore

GANJARAN KREDIT TOUCH ‘N GO

Sejajar dengan insiatif kerajaan mempromosikan pembayaran tanpa tunai, FESTIRA’22 turut memberi sokongan dengan mengadakan kempen ganjaran kredit Touch ‘n Go eWallet. Untuk setiap pembelian menggunakan pembayaran aplikasi terbabit, pengunjung layak mendapatkan pulangan sebanyak:

a. Pembelian RM150.00 – Percuma Kredit Touch ‘n Go RM5
b. Pembelian RM300.00 – Percuma Kredit Touch ‘n Go RM10

Dalam masa yang sama, PREC turut bekerjasama meyokong kempen “Ramadan dan Raya Bersama Touch ‘n Go”, bagi melayakkan pembeli mendapatkan pulangan berganda. Setiap perbelanjaan minimum RM15 melalui Touch ‘n Go eWallet di kedai peniaga yang mengambil bahagian semasa tempoh promosi, pembeli bakal mendapat pulangan kredit RM10.00! Jumlah pulangan tunai yang dipilih secara rawak akan dikreditkan ke dalam Touch 'n Go eWallet pengguna secara automatik selepas transaksi yang layak.

EKSKLUSIF SAMPUL RAYA, PELITUP MUKA FABRIK DAN HAND SANITIZER

Adalah menjadi agenda wajib, pemberian eksklusif “Sampul Raya FESTIRA’22” setiap kali penganjuran FESTIRA. Pengunjung bakal menerima 2 paket sampul Raya untuk pembelian RM100.00 dan ke atas. Juga pemberian pelitup muka eksklusif FESTIRA’22 dan Hand Sanitizer dari Bazaarlokal. Pengunjung hanya perlu menjawab atau kongsikan pandangan jujur mereka tentang penganjuran FESTIRA’22 bagi melayakkan diri memperoleh kedua barangan eksklusif tersebut.

CARA MENEBUS HADIAH, GANJARAN & CARA MENYERTAI PERTANDINGAN

Penebusan boleh dibuat di meja urus setia yang terdapat di SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi. Peyertaan juga boleh dibuat secara online. Tertakluk terma dan syarat.

CABUTAN BERTUAH MENAWARKAN HADIAH BERJUMLAH RM10,000!

Antara hadiah mega lain yang ditawarkan adalah melalui aktiviti “Cabutan Bertuah”. Caranya mudah sahaja! Pengunjung hanya perlu berbelanja mengikut jumlah berikut dan sertakan penyertaan mereka melalui online atau hantar maklumat berserta resit di meja urus setia untuk melayakkan mereka memenangi:

a. Pembelian RM500.00 – Menangi Hamper Bazaarlokal bernilai RM200.00
b. Pembelian RM3000.00 – Menangi Barang Kemas Bernilai RM3,000.00

Penyertaan dengan perbelanjaan RM500 ke atas layak membawa pulang hamper “Bazaarlokal X Selebriti Raya”. Sementara pengunjung bertuah yang berjaya melakukan pembelian sebanyak RM3,000 dalam resit yang terkumpul untuk jangka masa sehari pula, berpeluang merangkul hadiah utama iaitu barang kemas bernilai RM3,000.00. Perbelanjaan boleh dibuat di mana-mana lokasi FESTIRA’22.

HAMPER “BAZAARLOKAL X SELEBRITI RAYA”

FESTIRA’22 dilihat mampu membariskan Bazaarlokal sebagai salah satu saluran yang berpotensi kepada kumpulan PKNS Real Estate (PREC). Sejajar dengan perkhidmatan jual-beli atas talian, dan kepakaran pemasaran digital yang ditawarkan, Bazaarlokal yakin kerjasama di antara “BazaarLokal X Selebriti” yang diwujudkan untuk FESTIRA’22 kali ini dapat membantu keduanya menjana lebihan pendapatan selain memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan lebaran kali ini.

Malah, kolaborasi ini turut meliputi sinergi bersama platform anak syarikat PKNS, di mana kandungan pemasaran digital untuk hamper yang ditawarkan telah pun dimuatnaik ke laman www.bazaarlokal.com yang disokong oleh SELDEC.

Terdapat lebih sepuluh (10) hamper raya artis popular tanah air untuk dimiliki melalui program ini. Menggunakan mekanisme pra-tempahan, peminat dan pengunjung boleh memiliki hamper artis kesayangan semua secara eksklusif dengan membuat tempahan dalam talian di www.bazaarlokal.com.

Pengunjung boleh mendapatkan katalog “Bazaarlokal X Selebriti Hamper Raya” di mana-mana meja urus setia FESTIRA’22. Untuk tempahan dalam kuantiti yang banyak, tempahan boleh dibuat melalui nombor WhatsApp yang tertera.

Antara yang menjayakan program ini adalah, Anzalna (LOVETA); Shuib (LOVEMAN Kurta); Mark Adam (hamper raya); Haiza (hamper raya); Nomad (hamper raya) dan Bob Yusof (hamper raya). Turut terlibat, Syafiq Naser (hamper); Salma (rendang dendeng); Moleque, Aliff Idham dan kumpulan Unknown masing-masing turut menghasilkan hamper raya eksklusif sempena program ini.

Menariknya, harga hamper bermula RM50 sahaja! Yang pasti, ia sememangnya sesuai untuk dihadiahkan kepada rakan strategik, rakan kongsi atau kenalan anda. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkongsi rezeki bersempena Ramadan ini!

EKSKLUSIF “SHOPPING BAG BAZAARLOKAL”

Bazaarlokal, secara kreatifnya turut memperkenalkan “Shopping Bag FESTIRA’22” untuk kempen tahun ini.

Berdasarkan pengalaman, melihat gelagat pengunjung semasa membeli–belah, yang kadangkala tidak cukup tangan memegang barangan, Bazaarlokal hadirkan sebuah shopping bag khas untuk memudahkan pengalaman membeli belah / shopping experience pengunjung.

Ianya, ringan, trendy, malah sesuai untuk jumlah muatan yang banyak.

“Shopping Bag FESTIRA’22” ini boleh didapati di www.bazaarlokal.com, atau terus dari meja urus setia di mana pembelian boleh dilakukan melalui transaksi perbankan atas talian.

Untuk pembelian early bird, iaitu pada sebelum 31hb Mac 2022, beg dijual pada harga RM18 sahaja. Selepas 31hb, harga bakal bertukar menjadi RM20.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut serta hashtag #festira22 #festirachallenge di laman instagram dan twitter.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!