DAPATKAN TAWARAN HEBAT RESORTS WORLD GENTING DI MATTA FAIR 2022

 

Resorts World Genting (RWG), salah sebuah jenama terunggul industri pelancongan dan hospitaliti di Malaysia menjadi Penaja Rasmi Pusat Peranginan (Official Resort Sponsor) di MATTA Fair Kebangsaan yang bakal berlangsung pada 9 dan 10 April 2022 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Para pelawat bakal disajikan dengan pelbagai tawaran dan promosi hebat dari RWG, termasuklah untuk hotel dan Taman Tema Genting SkyWorlds yang baru dibuka. RWG akan menjadi sebahagian daripada Pavilion Pelancongan Pahang.

RWG diumumsebagai Penaja Rasmi Pusat Peranginan pada sidang media yang dilangsungkan di ibu pejabat MATTA hari ini.  RWG diwakili oleh Spencer Lee, Naib Presiden Kanan - Jualan & Pemasaran, Genting Malaysia Berhad (GENM) manakala MATTA diwakili oleh Mohammad Faeez bin Mohamad Fadhlillah, Setiausaha Agung Kehormat, MATTA.

“Penglibatan kami di MATTA Fair kali ini merupakan satu peristiwa yang penting, bukan sahaja untuk RWG, malah untuk industri pelancongan Malaysia. Ia adalah satu rangsangan yang bakal menyemarakkan lagi industri pelancongan yang telah terjejas sejak dua tahun kebelakangan ini. Melalui inisiatif ini, kami juga ingin menunjukkan sokongan kami kepada ejen-ejen tempatan yang bakal mewakili dan menjual pakej-pakej tawaran dari RWG. Kami menjangkakan peningkatan di dalam jualan, yang disumbangkan secara langsung oleh pelbagai tawaran hebat, diskaun dan promosi, secara dalam talian dan juga di tapak MATTA Fair,” kata Spencer Lee.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MATTA atas kerjasama untuk industri ini. Kami yakin ia akan mengukuhkan lagi hubungan sedia ada, sementara memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan juga membuka peluang penglibatan yang lebih luas di masa hadapan,” tambah beliau.

Lee turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan atas usaha mereka dalam menguruskan pandemik Covid-19, termasuk menjadikan Malaysia salah sebuah negara dengan kadar vaksinasi tertinggi di dunia. Beliau juga menyatakan komitmen RWG  untuk bekerjasama dengan MATTA dan para pengusaha industri untuk menerajui proses pemulihan negara.

“Kami telah bersedia untuk pembukaan semula sempadan negara pada 1 April. Kami merasa teruja untuk memperkenalkan Genting SkyWorlds – taman tema terulung di rantau ini – kepada seluruh dunia! Oleh yang demikian, kami telah membuat persediaan yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran para pelancong dari setiap pelusuk dunia, serta bekerjasama dengan MATTA, Tourism Malaysia dan para pengusaha utama di dalam industri ini. Kami mempunyai lebih daripada 8,000 orang warga kerja yang telah bersedia dan teruja untuk menjadi hos kepada semua pengunjung di RWG,” kata Lee.

Bersetuju dengan sentimen yang disuarakan oleh Lee, Mohammad Faeez berkata “Dengan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang tertinggi di dunia dan pembukaan semula sempadan negara, para pengusaha pelancongan tempatan telah bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara. Kami merasa optimistik terhadap prospek serta-merta yang bakal terhasil oleh inisiatif pemasaran dan aktiviti promosi, yang akan melonjakkan lagi ekonomi negara. Pada masa yang sama, ia turut membuka peluang kepada warga kerja sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik. Kesan berganda daripada perbelanjaan oleh para pelancong akan merangsangkan ekonomi tempatan dan banyak lagi sub-sektor di dalam industri pelancongan.”

Promosi yang ditawarkan di MATTA Fair merangkumi tiket Genting SkyWorlds, pakej kombo Genting SkyWorlds dan Awana SkyWay, dan juga pakej kombo Genting SkyWorlds dan Taman Tema Tertutup Skytropolis dengan diskaun tambahan 5% ke atas diskaun 20% sedia ada yang ditawarkan sempena pembukaan pra-pelancaran. Pas tunggangan tanpa had untuk 1 hari di Taman Tema Tertutup Skytropolis juga akan ditawarkan pada harga RM58 sahaja.

Hotel Genting SkyWorlds Theme Park yang baru dijenamakan (sebelum ini dikenali sebagai Hotel Theme Park) bakal dibuka pada 1 April 2022 dan kami akan menawarkan kadar istimewa RM228 untuk Bilik Perkongsian Empat (Quad Room) yang boleh memuatkan empat sekeluarga. Selain daripada itu, Hotel Crockfords, satu-satunya hotel di Malaysia yang mendapat penarafan 5 bintang yang berprestij daripada Forbes Travel Guide untuk tiga tahun berturut-turut (2019 – 2021), juga menawarkan kadar istimewa dengan RM898 untuk satumalam.  Hotel First World juga bakal menawarkan diskaun istimewa dengan kadar RM68 dan Resorts World Awana dengan RM278 untuk satu malam.  Di samping itu, terdapat juga tawaran-tawaran hebat untuk pusat-pusat peranginan GENM yang lain di dalam negara, termasuk Resorts World Langkawi dan Resorts World Kijal.

Promosi ini hanya tersedia di MATTA Fair Kebangsaan sahaja, dan sah untuk digunakan dari 20 April sehingga 30 Jun 2022. (Promosi penginapan juga akan tersedia di laman web rasmi RWG dari 9 sehingga 13 April 2022)

Senarai ejen yang menjual pakej-pakej Resorts World Genting:

No

Nama Agensi

Dewan

Nombor Tapak

1.

Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd

3

3042 - 3045

2.

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

3

3124 - 3125

3.

PDC Travels Sdn Bhd

3

3050 - 3051

4.

Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd

3

3121 - 3122

5.

My Perfect Travel & Tours Sdn Bhd

3

3138

6.

Travoyage Holiday Sdn Bhd

3

3017

7.

Japan Travel Bureau (M) Sdn Bhd

3

3132

8.

Golden Tropics Travel & Tours Sdn Bhd

3

3018 - 3019

9.

WWW Best Holiday Sdn Bhd

3

3157 - 3158 & 3161 - 3162

10.

Apple Vacations Sdn Bhd

3

3145 - 3156

11.

Golden Destination by Ice Holiday Sdn Bhd

3

3054 - 3065

12.

Roystar Travel & Tours Sdn Bhd

3

3193 - 3196

13.

Sri America Travel Corp Sdn Bhd

3

3072 - 3083

14.

Destination Explore Sdn Bhd

4

4005

 

Untuk sebarang pembelian yang dibuat di MATTA Fair Kebangsaan, ahli-ahli Genting Rewards layak untuk menebus cenderahati eksklusif Genting SkyWorlds dengan pembelian minimum RM300. Jika anda masih belum menjadi ahli, jangan bimbang. Kunjungilah reruai (booth) kami untuk mendaftar sebagai ahli baharu dan dapatkan ganjaran dengan serta-merta termasuk sebuah Buku Baucar Ahli Baharu. 

Tambah menarik lagi – untuk setiap RM200 yang dibelanjakan, para pelawat berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah seperti penginapan satu malam di Junior Suite Hotel Crockfords dengan sarapan, tiket Genting SkyWorlds dan cenderahati edisi terhad. Cabutan bertuah akan diadakan pada 10 April 2022.

Tawaran-tawaran menarik ini hanya sah dalam tempoh yang terhad sahaja. Jadi, dapatkan tawaran ini dengan segera!

Untuk maklumat tentang Resorts World Genting dan tawaran-tawaran yang tersedia, sila  layari https://www.rwgenting.com   

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA