FESTIVAL ‘BUILD THE THRILLS’ BAWAKAN KETERUJAAN PERLUMBAAN KERETA DI LEGOLAND


Para pencinta kenderaan dan perlumbaan, bersedialah untuk mengalami sebuah festival yang disediakan khas buat anda semua – buat julung kalinya, LEGOLAND® Malaysia Resort bakal ditransformasikan ke sebuah dunia berlitar perlumbaan untuk Festival ’Build The Thrills’.


Bermula pada 15 April sehingga 26 Jun, festival ini bakal membawakan pelbagai aktiviti serta hiburan yang menarik, termasuklah model ikonik LEGO® Ferrari 512 M yang telah diperbesarkan. Dengan berat 280kg, berdimensi 2700 x 1200 x 700 mm, vesi model 3D bersaiz sebenar, telah mengambil masa 164 jam untuk direka dan 480 jam lagi untuk dibina, menggunakan 78,496 biji brick LEGO®. Para pengnjung juga dialu-alukan untuk mempamerkan kreavitviti mereka untuk membina, menguji dan berlumba dengan kenderaan LEGO® ciptaan imaginasi mereka sendiri.


“Setiap aktiviti di festival ini telah dirancang dengan teliti untuk menerbitkan momen-momen indah di antara kanak-kanak dengan keluarga mereka ketika meluangkan masa bersama, belajar sambil bermain,” kata CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort.

Beliau menambah, “Para pengunjung boleh menyertai aktiviti yang melibatkan lakon peranan (role-play) yang bertema dalam cabaran persahabatan dengan hadiah-hadiah menarik serta meraikan momen-momen hebat bersama dengan persembahan secara langsung yang telah kami sediakan.”


Festival ini merupakan usaha sama yang terbesar di antara LEGO dan LEGOLAND Malaysia Resort, dicipta untuk menyemarakkan lagi minat terhadap kereta, imaginasi dan sudah tentunya, LEGO. Para pengunjung boleh menikmati pengalaman baharu di tarikan-tarikan popular di taman tem ini – termasuk, Driving School, atau Sekolah Memandu yang menawarkan lebih banyak jenis kenderaan yang selamat untuk kanak-kanak belajar memandu dan mendapatkan pingat Pemandu Terbaik (Best Driver Medal).

Antara aktiviti-aktiviti lain yang menarik adalah zon LEGO® Mindstorms, robotic maze racer, dan sesi membina dan menguji kenderaan menggunakan LEGO® Technic.

“Dengan kembalinya kanak-kanak ke sekolah setelah bercuti sekian lama, acara ini memberikan aktiviti pembelajaran melalui permainan tambahan dengan membolehkan mereka membina pengalaman yang imersif, mencetuskan imaginasi dan merangsangkan kreativiti mereka. Di Festival Build The Thrills, kami telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan kreatif seperti aktiviti membina di hentian pit stop dan pusat ujian, membolehkan mereka mengekspresikan diri mereka sendiri dan pada masa yang sama berinteraksi dengan kanak-kanak sebaya yang lain,” jelas CS lagi.



Aktiviti-aktiviti Festival Build The Thrills yang Menarik di LEGOLAND

Persembahan Live:

Menyanyi dan menari bersama bintang-bintang LEGO Friends dari Heartlake City, yang bakal membuat persembahan dengan pakaian perlumbaan baharu di Friends Rally Showcase. Jangan lupa untuk turut menyaksikan persembahan pembukaan dan penutup harian yang menampilkan aksi-aksi Stunt Shows, Tech Mech, dan Bike Stunts.

Sesi Temu Mesra:

Temui pasukan LEGO racers: Technical Builder, Speed Champion, dan City Racer, yang berpakaian perlumbaan. Saksikan juga penampilan watak-watak LEGO seperti Emmet, Wyldstyle, Elvie dan Bricky di persekitaran taman tema ini.


Aktiviti-aktiviti lain:
  • Aktiviti mencari kenderaan-kenderaan unik LEGO di serata taman tema LEGOLAND.
  • Pit Stop Building Activity – anda boleh membina dan menguji kereta perlumbaan atau stunt anda sendiri.
  • Rescue Academy. Jadilah keluarga pertama yang dapat memadamkan api untuk memenangi pingat bagi anak-anak anda.
  • Cabutan Bertuah harian pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hadiah-hadiah menarik bakal disampaikan di atas podium dalam acara penyampaian hadiah.
  • Kunjungilah Track Attack Showcase, di mana si kecil boleh mencuba kenderaan-kenderaan epik yang disediakan.
  • Jamu selera di Food Truck dan The Café, di mana hidangan kanak-kanak akan disajikan menggunakan pinggan berbentuk kereta, hanya tersedia semasa festival.
Untuk makluat lanjut tentang LEGOLAND Build The Thrills, layarilah https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/build-the-thrills/ dan ikuti laman media social LEGOLAND di Facebook dan Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!