FORCEPARKBOIS TERUS MEMECUT DENGAN SINGLE TERBAHARU ‘TOPBOI’
Di kalangan penggemar muzik hip hop Asia Tenggara, nama FORCEPARKBOIS bukanlah sesuatu yang asing, tetapi bagi krew hip hop terfenomena ini, perjalanan seni mereka baharu sahaja bermula.
Krew hip
hop yang berasal dari Johor Bahru ini dianggotai 11 orang kesemuanya, mereka
terdiri daripada Chik (chikpap), Nakalness (nakalness), Noel (actualnoel), Blxckid (yungfriyay), Aset.bo
(asset.bo), Han Panas (han.panas), Pab (shaf_pablo), Laws (laws.prayboi), Aali.3gp
(aali.3gp), N$H ( fpbnishy) dan Fuegone (Fuegone).
Terbaharu,
FORCEPARKBOIS tampil dengan single
berjudul ‘Topboi’, single kedua mereka buat tahun 2022,
hasil nukilan mereka sendiri, terbitan FORCEPARKBOIS
WORLDWIDE, dan perlesenan rasmi oleh Warner
Music Malaysia.
“Kami
sedang dalam rangka menyiapkan album dan ianya hampir siap tidak lama lagi, single ini juga bakal dimuatkan dalam
album tersebut.
“Kami
masih tidak menyangka kejayaan yang dikecapi hari ini bermula sekadar suka-suka
sahaja, semuanya terjadi melalui sesi rakaman tidak sengaja single pertama yang dilakukan di dalam
kereta, dan kereta bagi kami, mempunyai signifikasi yang sangat besar dan
menjadi memori terindah buat kami,” kata Chik.
Single Topboi
yang diinspirasikan oleh Nakalness, tercetus ketika mereka berada di bengkel
kereta, terdetik di hatinya, bagaimana mereka mula-mula menapak di industri
muzik tanah air.
“Lagu
ini menceritakan tentang pencapaian yang kami peroleh sekarang, dan kereta
merupakan metafora terbaik kerana segala-segalanya bermula di sini.
“Selain
itu, kereta juga menjadi simbolik kepada betapa lajunya untuk kami sampai ke
tahap ini, dan enjin sesebuah kereta harus mantap dan padu, sama seperti
karya-karya kami terdahulu,” jelas Nakalness.
Single Lotus
ciptaan mereka berjaya melonjakkan nama FORCEPARKBOIS ke mercu kejayaan dengan
jumlah tonton melebihi 18 juta di YouTube, bukan itu sahaja, ia turut mendapat
perhatian artis rap antarabangsa dari Korea Selatan, Jay Park.
Jay
bersama barisan rapper daripada label
muziknya, H1ghr Music, berminat menghasilkan versi remix single hit tersebut
dengan pembuka kata yang cukup menarik ‘Apa khabar, it’s Jay Park’.
Single Topboi
mengangkat elemen trap yang rata-rata
kini menjadi muzik pilihan kebanyakan artis hip hop, namun FORCEPARKBOIS tetap
mengunggulinya dengan tidak mejadi stereotaip dan mengetengahkan nuansa
alternatif rap yang paling santai, di mana ke sebelas mereka masing-masing ada verse tersendiri melalui penyampaian
yang pelbagai.
“Kami
memperuntukkan 2 hari bagi sesi rakaman kerana setiap ahli mahu berikan yang
terbaik walaupun proses tersebut mengambil tempat hanya di stesen minyak Petron
yang viral di Genting Highland dan bengkel kereta, SDW Workshop.
“Bagi
video muziknya (MV) pula, sesi penggambaran dilakukan di bengkel yang sama
dengan menampilkan konsep lumba kereta jalanan ala Fast & Furious selain mempromosikan servis yang disediakan SDW
Workshop,” ulas Noel.
Walaupun
masih baharu, FORCEPARKBOIS berjaya mengecapi kejayaan dalam masa yang singkat
kerana arah tuju muziknya yang berpaksi kepada konotasi hip hop bukan generik
yang mereka jadikan sebagai pegangan.
“Bagi
kami, kesemua pemuzik di Malaysia ada keistimewaannya, yang membezakan kami
adalah setiap ahli FORCEPARKBOIS mempunyai karakter yang unik dengan pembawakan
rap yang tersendiri.
“Setiap
karya yang kami hasilkan adalah yang terbaik, dengan usaha 100%, dan kami akan
buat sehingga lagu tersebut jadi ‘sedap’,” tambah Blxckid.
Ujar
Aset.bo: “Semoga pendengar muzik terutamanya penggemar hip hop dapat menerima Topboi dan terus meledak.
“Agar
semua dapat enjoy dengan karya ini dan teruslah menyokong pengkarya muzik
tempatan.
Lagu ‘Topboi’ boleh dimuat turun di iTunes
dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua
syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada
bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify,
Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala
MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube FORCEPARKBOIS WORLDWIDE.
Comments
Post a Comment