KARYA BARU AIMAN SIDEK, CINTA SEJATI TRENDING DI YOUTUBE DAN TIKTOK


Selepas menghasilkan debut single influencer TikTok pada awal tahun ini yang berjaya mencapai hampir setengah juta tontonan di Youtube 4U Entertainment, Aiman Sidek sekali lagi menghasilkan karya terbarunya yang dilancarkan minggu lepas yang diberi tajuk, Cinta Sejati.

Lagu Cinta Sejati merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek yang popular dengan single Cinta Terakhir yang pernah meraih lebih 10 juta tontonan di Youtube sejak lebih sedekad yang lalu. Diterbitkan oleh 4U Entertainment, Cinta Sejati dirakamkan secara duet bersama adik kandungnya sendiri, Alin Sidek, yang membuat penampilan sulungnya dalam industri muzik tanah air.

Menurut Aiman, “Cinta Sejati mengisahkan tentang cabaran dan dugaan dalam mencari erti cinta sebenar yang tidak dapat ditukar ganti. Saya berharap nukilan ikhlas dari hati ini dapat dirasai oleh pendengar-pendengar dan pencinta muzik tanah air.”

Rata-rata pendengar memberikan maklumbalas yang baik dan teruja berkenaan lagu yang dikatakan mempunyai vibe dan feel lagu-lagu hits dari seberang seperti karya-karya nukilan dan nyanyian artis hebat Indonesia seperti Melly Goeslow, Irwansyah dan lain-lain.

Sejak dilancarkan pada 1hb April yang lalu, jumlah tontonan di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih 200,000 tontonan, selain tersenarai dalam carta trending di Youtube selama lebih seminggu dengan pencapaian terbaik pada tangga ke-8. Lagu Cinta Sejati juga telah mendapatkan lebih 10,000 perkongsian di TikTok dengan anggaran jumlah tontonan lebih 10 juta sebelum ianya dilancarkan pada 1 April yang lalu, selain perkongsian yang aktif di platform-platform media sosial yang lain seperti Instagram, Facebook dan WhatsApp.

Lagu ini juga bakal menjadi OST telefilem Itulah Takdirnya yang akan bersiaran dalam masa terdekat serta telah mendapat perhatian beberapa drama dan telefilem yang lain, dan dalam perbincangan untuk bekerjasama.


Untuk mendengar dan menonton lirik video Cinta Sejati :

Cinta Sejati di Youtube 4U Entertainment - https://www.youtube.com/watch?v=Xg3HKyh_8zQ

Cinta Sejati di Youtube Aiman Sidek – Topic - https://www.youtube.com/watch?v=iQID64lIabw

Cinta Sejati di Platform Digital - https://bfan.link/cinta-sejati-1

Kongsian muzik di TikTok - https://vt.tiktok.com/ZSdjvbvYa/

-

Comments

Popular posts from this blog

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER