MERIAHKAN RAYA DENGAN KILAUAN KEEMASAN SYOKRAYA POH KONG


Poh Kong menyemarakkan lagi kemeriahan dan keseronokan Hari Raya dengan kilauan dan keanggunan koleksi barang kemas hiasan diri SyokRaya daripada jenamanya yang terkenal, Anggun dan Tranz. Koleksi yang merangkumi pelbagai rekaan menarik hati, dengan sentuhan seni hiasan moden dan juga klasik ini pasti memukau semua mata yang memandang. Setiap satu memperlihatkan kehalusan seni pertukangan, inovasi dan seni rekaan Poh Kong yang tiada bandingan.


KOLEKSI BUNGA RAYA

Loket ini diilhamkan oleh bunga raya dengan kegemilangannya sebagai bunga kebangsaan negara! Sesungguhnya mencerminkan kecantikan bunga yang berkembang mekar, sesuai untuk memperlihatkan keindahan fesyen dan dijadikan tanda kenangan yang teristimewa.


KOLEKSI KARYA ANGGUN

Seindah namanya, Karya Anggun memperlihatkan seni rekaan dan seni pertukangan barang kemas paling menarik di Malaysia. Cantik dipakai sebagai gelang dan menarik digayakan sebagai loket.

Mempersembahkan:
- Raja buah & ratu buah: durian, manggis
- Makanan tempatan kegemaran ramai: ketupat dan cucur udang
- Perkataan “Syok” diperindah dengan grafik kelapa


Sentuhan keanggunan menyerlahkan kehalusan seni rekaan gelang yang bertatahkan permata aneka warna ini. Sepastinya menyerikan lagi kehadiran atau penampilan anda, baik siang ataupun malam.

KOLEKSI MELUR

Koleksi ini mencerminkan kecantikan dan kesucian bunga melur. Keindahan bunga melur sebagai lambang kesucian diabadikan dalam pelbagai corak dan rekaan yang menjadikan anda tampak lebih terpesona di apa jua majlis. Merangkumi loket, cincin dan anting-anting. Loket dan cincin boleh didapati dalam tiga saiz: besar, sederhana dan kecil.


KOLEKSI MANJA

Si manja anda yang pandai bergaya pasti terpikat dengan kecantikan koleksi lengkap loket, cincin dan anting-anting ini. Motif flora yang diletakkan dalam bingkai berbentuk hati memberi sentuhan keanggunan, keremajaan dan kesempurnaan!


KOLEKSI ALAMANDA

Mewah dari segi gaya, halus dari segi seni buatannya, rantai tangan yang serba menawan ini pasti mencairkan hati setiap wanita! Keindahan ukiran hiasannya memastikan anda sentiasa menjadi tumpuan perhatian!


TRANZ

Cantik dan menawan! Direka bentuk untuk menyerlahkan sentuhan kelainan, rantai leher yang menarik ini memperlihatkan gaya retro dengan gelungan bujur dan berbucu yang tersendiri. Sedia memperlihatkan gaya kelainan yang membuat anda jatuh cinta!


KOLEKSI PRESTIJ

Membawakan sentuhan kebesaran diraja yang menjadi lambang kegemilangan zaman-berzaman, kerongsang yang boleh dijadikan loket ini bertatahkan berlian, emas putih dan emas ros. Barang pusaka untuk diwarisi turun-temurun.

Paduan dua cincin ini membawakan taraf keanggunan yang tersendiri. Direka cipta dengan hiasan permata berlian, emas putih dan emas kuning yang berkilauan.

Setiap pilihan barang kemas adalah hasil sentuhan dan kehalusan seni pertukangan, keanggunan dan inovasi yang tiada bandingan. Setiap perincian diberi perhatian, termasuk kancing berbentuk hati dan tukup hujung semua rantai tangan dan rantai leher terbaharu. Boleh didapati secara eksklusif di Poh Kong, Diamond and Gold by Poh Kong, Poh Kong Gallery dan Gold Boutique.



CARA UNTUK MENANG DENGAN SYOKRAYA!

Poh Kong berusaha sedaya upaya untuk menjadikan Hari Raya tahun ini lebih istimewa dengan menawarkan banyak cara untuk menang! Menggunakan setiap saluran, baik e-kedai Poh Kong dan gedung runcit fizikal mahupun platform media sosial, Poh Kong bukan sahaja membolehkan semua orang merasai keseronokan musim perayaan tetapi juga memenangi hadiah menarik!


SYOK HADIAH: BEG JUTE PERCUMA DENGAN PEMBELIAN

Menerusi jualan runcitnya, Poh Kong menawarkan peluang untuk anda memenangi Beg Jute PERCUMA dengan pembelian sekurang-kurangnya RM1,500 bagi ahli dan RM2,000 bagi bukan ahli!


CABUTAN SYOK: MENANG BARANG KEMAS BERNILAI RM 30,000

Untuk memenangi barang emas yang menarik dengan Cabutan Bertuah Syok Jeweland, anda hanya perlu muat turun aplikasi Poh Kong Jeweland! Pengguna boleh menukar Mata Jeweland dengan kelayakan penyertaan – lebih banyak penyertaan yang anda perolehi, lebih besar peluang untuk anda menang! Hadiah bernilai sehingga RM30,000 ditawarkan untuk rebutan! Anda juga boleh menebus baucar tunai Raya dengan mata lebih rendah!


TAWARAN RM 1

Tawaran Raya ini diperhebat dengan Promosi SyokRaya E-Dagang yang membolehkan anda membeli barang kemas koleksi Anggun eksklusif pada harga tiada tandingan, RM1, setiap minggu! Ikuti laman Facebook Poh Kong yang akan mengumumkan tarikh dan masa untuk membeli barang kemas pada harga RM1. Bukan setakat itu sahaja – dengan Promosi Pelancaran baharu kami, pengguna baharu e-kedai Poh Kong akan mendapat POTONGAN HARGA RM10 ditambah Penghantaran PERCUMA!

Tambahan lagi, anda boleh mengikuti saluran media sosial untuk menyertai Permainan Senang Menang yang menyeronokkan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!


Untuk maklumat lanjut, sila ke:
Laman Web Rasmi Poh Kong: www.pohkong.com.my
Facebook: pohkongjewellers
Instagram: pohkongmy

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA