LEE MINHO SERTAI DATO’ SRI SITI NURHALIZA SEBAGAI DUTA CUCKOO


CUCKOO International membangkitkan lagi kemeriahan pelancaran barisan produk baharu ini dengan memperkenalkan Lee MinHo sebagai wajah baharu jenama CUCKOO, di samping mengekalkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai dutanya. Kedua-dua personaliti ini mempamerkan pencapaian yang gemilang, bakat yang tinggi, serta usaha konsisten untuk mengejar kecemerlangan dalam segala yang dilakukan – tidak kira sebagi penghibur, pelakon, usahawan, suri teladan, mahupun dermawan.

“Lee MinHo dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza benar-benar menzahirkan falsafah Beyond Standards CUCKOO. Imej, tenaga dan semangat mereka amat sepadan dengan imej jenama kami yang sihat. Kami sangat teruja untuk memanfaatkan pengaruh positif mereka untuk mendampingi pelanggan kami serta mencapai lebih ramai rakyat Malaysia,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International.

Pengasas dan CEO CUCKOO International, KC Hoe (Hoe Kian Choon) dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengumumkan secara rasmi perlantikan selebriti Korea ternama, Lee MinHo sebagai duta jenama baharu CUCKOO.

Meneruskan momentum sebagai Healthy Home Creator (Jenama Pencipta Rumah Sihat) untuk rakyat Malaysia, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) telah memperkenalkan satu siri penyelesaian inovatif, termasuk penapis air ‘flagship’ serta rangkaian penyaman udaranya yang pertama. Di samping itu, CUCKOO International telah melantik artis Korea Selatan yang terkemuka, Lee MinHo, sebagai Duta Jenama baharunya, yang akan berganding tangan dengan duta Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bagi mewakili CUCKOO dan #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

“Segalanya bermula dengan secawan air minum yang bersih. Hari ini, CUCKOO International telah berkembang menjadi satu jenama isi rumah yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan sihat pelanggan kami. Tatkala tabiat harian dan persekitaran kita berubah, harapan terhadap kesihatan dan kualiti hidup lebih baik tentu akan meningkat.

“Pengumuman hari ini menyerlahkan semangat Beyond Standards kami untuk memenuhi harapan tinggi dan menyediakan tawaran luar biasa kepada rakyat Malaysia. Menerusi inovasi dan kerjasama berterusan kami dengan personaliti legenda ternama, kami merintis jalan untuk mengangkat CUCKOO International sebagai Pencipta Rumah Sihat No. 1 di Asia,” kata Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon).

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Inovasi Beyond Standards untuk Mewujudkan Kediaman Yang Lebih Sihat

CUCKOO International memacu fokusnya pada kediaman yang sihat menerusi empat tonggak tawaran holistik. Kemajuan terkini dalam empat tonggak Healthy Home tersebut membolehkan pelanggan menerapkan kesihatan ke dalam rumah secara lebih mudah dan bijak.

●  Tonggak ‘Healthy Appliances’ (Peralatan Rumah) dengan CUCKOO 

Selama bertahun-tahun, CUCKOO International telah mengembangkan rangkaian ciptaan berteknologi canggih, daripada penulen air ikonik dan penapis air untuk luar kediaman, sehinggalah penulen udara, periuk serbaguna, dan peralatan dapur menerusi jenama CUCKOO. Bagi memperluaskan lagi tawaran peralatan sihat Beyond Standards, syarikat ini telah melancarkan model ‘flagship’ serba baharu, Penapis Air Beralkali Ringan Bebas Tangki CUCKOO TITAN. Ia memaparkan teknologi paten CUCKOO yang membolehkan Penapis Air CUCKOO TITAN mengeluarkan air panas 100°C secara serta merta. Selain daripada itu, penapis air berinovatif ini juga mampu mengeluarkan air pensterilan yang dapat menghapuskan 99.9%* kuman dan racun perosak semasa/apabila digunakan untuk membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia juga dilengkapi dengan sistem pensterilan “IN & OUT” automatik untuk menjamin kebersihan penapis air serta airnya sepanjang masa.

Rangkaian generasi baharunya turut dikembangkan lagi dengan Penapis Air Beralkali Ringan CUCKOO WARRIOR, iaitu penapis air mekanikal pertama dengan fungsi pensterilan faucet, yang dapat menyingkirkan kuman dan menghalang pencemaran sekunder secara berkesan apabila air mengalir melalui saluran keluarnya.

● Tonggak ‘Healthy Living’ (Kehidupan Sihat) dengan CUCKOO Co-Creations 

Menerusi kerjasama strategik, CUCKOO International giat mengembangkan rangkaian ciptaan bersama bagi menaik taraf kehidupan di rumah. Terbaharu, syarikat ini telah menjalinkan kerjasama strategik dengan pengeluar penghawa dingin tempatan, Fujiaire untuk melancarkan Penyaman Udara Pintar CUCKOO Vita-S Inverter. Ciptaan canggih ini boleh didapati mulai April 2022, dan didatangkan dengan sistem penapisan yang dapat memusnahkan bakteria secara berkesan, di samping membebaskan Vitamin C ke udara bagi melindungi kulit dan imuniti keseluruhan.

Bagi membudayakan tidur berkualiti demi kesihatan yang baik, Tilam CUCKOO A-Series kini tersedia dalam saiz super single bagi meningkatkan ruang untuk lebih keselesaan tanpa mengorbankan lebih ruang atau bajet. Rangkaian berkualiti tinggi ini adalah hasil kerjasama antara CUCKOO International dan pengeluar tilam lateks natural terbesar di Malaysia, LSK Napure®.

● Tonggak ‘Healthy Lifestyle’ (Penjagaan Kecantikan) dengan WonderLab Group 

Pada Disember 2021, CUCKOO International mengasaskan WonderLab Group, cabang korporat strategiknya untuk memacu pendekatan lebih holistik dengan menyatukan kecantikan dan kesihatan. Kumpulan ini yang menerajui jenama WonderLab, WonderDewi dan BeauSiti x WonderLab, menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan minuman berkhasiat yang luas.

WonderLab dengan rangkaian produk penjagaan kulit pra-penuaan Bel-aek Ageless terbukti dapat membantu dalam menentang isu pra-penuaan. Rangkaian produk ini dirumus dengan teknologi Korea terkini, dinamakan Trio Black Complex™, menggabungkan kebaikan beras hitam, bijan hitam dan kacang hitam. Pada majlis pelancaran, WonderLab juga menambah dua lagi produk baharu dalam rangkaian produk ini iaitu Bel-aek Ageless Eye Cream dan Bel-aek Sleeping Mask, yang dipertingkatkan dengan ginseng hitam sebagai ramuan mujarab untuk memelihara kulit awet muda.

Selain itu, peminat WonderDewi pasti akan teruja dengan pengenalan WonderDewi-C Minuman Jus Buah Campuran Kurma dan Nanas, sebagai tambahan perisa baharu kepada rangkaian jus berkhasiatnya yang lazat.

● Tonggak ‘Healthy Home Care’ (Penjagaan Rumah) dengan WonderKlean

Seiring kemuncak pandemik, CUCKOO International berazam mengaktifkan pembasmian kuman untuk melindungi kakitangan perkhidmatannya. Idea ini seterusnya berkembang menjadi tawaran perkhidmatan yang pertama seumpamanya untuk pelanggan setianya menerusi WonderKlean. Dilancarkan pada Mei 2020, WonderKlean menyediakan servis penjagaan dan pembersihan kediaman profesional yang komprehensif, termasuk pembasmian kuman dalaman, serta perkhidmatan pembersihan untuk mesin basuh, peralatan dapur, penghawa dingin dan tilam. Disokong oleh lebih 2,000 pakar terlatih, CUCKOO International akan terus mengembangkan rangkaian perkhidmatan dan kepakaran WonderKlean.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International


Membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan bahagia

Siri pengumuman ini muncul susulan prestasi kewangan syarikat yang kukuh pada 2021 walaupun menghadapi persekitaran yang mencabar. Sejak penubuhannya pada 2014, CUCKOO International berjaya mengekalkan pertumbuhan kukuh untuk tujuh tahun berturut-turut dengan rekod hasil melebihi RM1.13 bilion pada tahun lepas. Selain dedikasinya terhadap inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan, kejayaannya sebahagian besar dipacu oleh model perniagaan berasaskan langganan yang fleksibel.

GOOODPlan™ merupakan teras penting untuk memastikan produk dan perkhidmatan CUCKOO International mampu diakses dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Pelan bayaran yang unik, termasuk servis rutin dan waranti percuma, mewujudkan halangan lebih rendah untuk masuk bagi peralatan yang biasanya dianggap mahal untuk kebanyakan keluarga.

Rahsia pelaksanaan strategik dan kejayaan model sedemikian telah dirakamkan dalam buku, “Rent-Subscription Business Model” yang dikarang oleh KC Hoe (Hoe Kian Choon). Tersedia dalam bahasa Mandarin, buku ini meletakan CUCKOO International sebagai kajian kes untuk memberi inspirasi kepada pemilik perniagaan serta perusahaan kecil hingga sederhana yang ingin mengubah perniagaan mereka dengan pendapatan yang berterusan dan berulang.

KC Hoe (Hoe Kian Choon) berkata, “Semua perkara baik wajar dikongsi. Sejak permulaan kami yang sederhana, kami telah menyatukan amalan, disiplin dan pelajaran penting yang menjadikan CUCKOO satu jenama yang diyakini lebih 4.7 juta pengguna isi rumah di Malaysia hari ini. Kami ingin berkongsi ilmu pengetahuan ini untuk memperkayakan orang lain, kerana saya teruja untuk melihat rakan-rakan perniagaan Malaysia berjaya, khususnya ketika ekonomi sedang beransur pulih.”


Untuk maklumat lanjut tentang CUCKOO International, hubungi:

CUCKOO 
Laman web: www.cuckoo.com.my 

WonderLab 
Laman web: www.wonderlab.com.my 

WonderKlean

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!