SELEBRITI MIRA FILZAH DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA COWAY


Selebriti kesayangan ramai, Mira Filzah telah dilantik secara rasmi sebagai duta jenama untuk Coway Malaysia. Berganding bahu, dua nama terkenal ini akan berusaha mengubah kehidupan semua komuniti di seluruh negara, satu komuniti pada satu masa.

Pelakon, model dan usahawan terkenal ini telah menambat hati rakyat Malaysia, dengan lebih 7.3 juta pengikut di akaun Instagramnya. Namanya kini menjadi sebutan ramai dan seperti Coway Malaysia, beliau sinonim dengan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia. Dengan Mira menjadi sebahagian daripada keluarga Coway, Syarikat Best Life Solution ini berharap kolaborasi ini akan mengukuhkan kedudukan jenama Coway di Malaysia dan menyediakan pengalaman yang lebih indah.

“Kami teruja kerana selebriti kesayangan Malaysia ini sudi menjadi sebahagian daripada keluarga kami dan kami yakin Mira sesuai menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama Coway Malaysia. Mira bukan sahaja telah menempa nama di pentas seni tanah air, tetapi dia juga mempunyai ramai peminat dan pendiriannya sejajar dengan semangat ‘Cowayian’ kami. Kami menjangkakan kerjasama ini akan dipenuhi dengan keterujaan, terutamanya daripada pelanggan setia kami yang juga merupakan peminatnya. Berganding dengan Mira, kami di Coway akan terus menambah baik kehidupan seluruh rakyat Malaysia demi masa depan yang lebih sihat, mesra alam dan indah,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Sebelum ini, Mira juga berpeluang untuk menjadi Cody (Coway Lady) untuk sehari, di mana dia mengikuti seorang Cody untuk menjalankan servis produk di rumah pelanggan. Hanya dengan menjadi seorang Cody untuk sehari, beliau dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengikutnya tentang peluang pekerjaan ini yang amat sesuai bagi ibu-ibu tunggal dan juga ibu yang mempunyai anak kecil di rumah.

“Kami yakin ini merupakan cara terbaik untuk membantu ibu-ibu di luar sana yang mencari pekerjaan berpendapatan tinggi yang stabil. Mereka boleh menjadi bos dengan jadual kerja mereka sendiri dan pada masa yang sama mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga mereka,” kata Choi.

Selain daripada itu, Coway Malaysia juga ingin mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama yang bersesuaian untuk keluarga melalui kolaborasi ini, dengan produk dan perkhidmatan yang boleh menambah baik kehidupan keluarga Malaysia. Memandangkan Mira kini berbadan dua dan bakal memulakan lembaran baharu dalam hidupnya, beliau adalah orang yang paling ideal untuk berkongsi bagaimana Coway telah memainkan peranan dalam menambah baik kehidupan sehariannya semasa hamil dan juga kehidupan baru keluarganya pada masa depan.

“Saya berbangga untuk dipilih sebagai duta jenama Coway Malaysia dan saya tidak sabar untuk mengubah kehidupan orang ramai bersama Coway. Saya sudah lama menjadi peminat tegar produk Coway dan saya kagum bagaimana inovasi pintar mereka boleh mengubah kehidupan, menyenangkan dan membolehkan saya sekeluarga menikmati gaya hidup lebih sihat. Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Coway dan saya tidak sabar menunggu apa yang akan datang,” kata Mira yang bakal menyambut hari jadinya pada 2 April.

Memandangkan hari lahirnya semakin hampir, Coway Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Mira, dan semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan. Kepada semua peminat Mira di luar sana, nantikan kempen dan produk menarik Coway yang bakal menampilkan Mira pada bulan-bulan akan datang.


Untuk maklumat lanjut tentang Coway Malaysia, sila kunjungi https://www.coway.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN