SWEET QISMINA DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA KECANTIKAN NANOWHITE


Nanowhite, pakar penjagaan kulit pencerah terkemuka di bawah syarikat induk Tohtonku, melantik Sweet Qismina sebagai duta jenama baharunya untuk membina hubungan yang lebih erat dengan rakyat Malaysia yang muda, urban dan bercita-cita tinggi. Jenama ini akan bekerjasama rapat dengan selebriti Malaysia untuk membantu mengukuhkan hubungan dengan lebih mendalam dengan pengguna sasarannya.

Untuk memulakan kempen, Nanowhite akan membuka ‘pop-up store’ di Pusat Beli-Belah MyTOWN bermula 15 April hingga 24 April yang bertujuan membolehkan orang ramai merasai pengalaman jenama ini dan mengambil bahagian dalam usaha amalnya bagi membina jenama yang lebih baik, ‘Pop-up store’ akan turut menampilkan aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif, iaitu peluang untuk mengalami rangkaian Nanowhite Double Action, tempat ‘Instagrammable’, tapak pameran konsultasi kecantikan dan banyak hadiah serta promosi yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan untuk membeli stok rangkaian produk Nanowhite mereka.

Dari kiri: Pengurus Jenama Nanowhite Shayne Lim, Sweet Qismina, Pengurus Besar Tohtonku Patrick Ee, Pengurus Pemasaran Tohtonku Ashley Sin, Pengurus Jualan Watsons Jasmine Ho

Mengulas mengenai pelantikan itu, Pengurus Besar Tohtonku Sdn Bhd Patrick Ee berkata, “Kami mahu mengukuhkan komitmen jenama kami kepada pengguna kami. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama rapat dengan Sweet Qismina yang menjiwai semangat anak muda Malaysia, kami akan dapat memahami dengan lebih baik cara mereka berfikir dan bertindak, dan seterusnya memenuhi keperluan mereka dengan lebih tepat. Kami mahu mereka tahu bahawa kami memahami mereka dan sentiasa berusaha menambah baik tawaran kami dan memenuhi keperluan khusus mereka. Kami percaya Sweet Qismina adalah personaliti yang sempurna untuk bercakap dengan hati dan fikiran pelanggan Malaysia kami.” Sebagai pengguna setia produk Nanowhite, Sweet Qismina adalah duta jenama yang ideal bagi mewakili aspirasi jenama dan anak muda Malaysia yang bercita-cita seperti beliau. “Saya benar-benar berbesar hati dipilih sebagai duta jenama untuk Nanowhite. Saya telah menjadi pengguna setia produk Nanowhite sejak muda dan saya sangat menyukai cara produk ini membantu saya menangani masalah kulit saya. Sama seperti saya, ramai rakan sebaya saya mempunyai aspirasi sama dan bekerja keras untuk mencapai cita-cita mereka. Oleh itu, saya berminat untuk bekerjasama dengan Nanowhite bagi membantu orang lain seperti saya menjaga diri mereka sambil berusaha mengejar impian mereka,” katanya. Seiring dengan kempen baharu mereka yang dinamakan ‘Ayu Berseri, Seindah Aidilfitri’ yang memfokuskan kepada erti kecantikan sebenar, Nanowhite mahu pelanggan mudanya mengetahui bahawa kebaikan, bersifat pemurah dan mengamalkan nilai-nilai murni adalah perkara yang benar-benar menjadikan seseorang itu cantik dari dalam.

Mengambil kesempatan melancarkan kempen baharu ini sempena bulan Ramadan yang mulia, Nanowhite telah terinspirasi oleh pelanggan Muslimnya yang memerhati dan melakukan banyak amalan baik sepanjang tempoh ini. “Kami terinspirasi dengan mereka dan kami mahu jenama kami mencerminkan kebaikan tersebut. Dua tahun lalu telah mengajar kami bahawa pelanggan kami sedang mencari pendekatan holistik untuk kecantikan. Dengan memahami keperluan dan kehendak mereka, kami telah mengambil langkah besar dalam merombak rangkaian utama kami dan memperkenalkan pembungkusan baharu serta formula yang dipertingkat pada Jun 2021,” ujar Patrick Ee. Rangkaian Nanowhite Double Action terbaharu dirumus khas untuk menangani masalah kulit utama yang timbul berikutan gaya hidup yang sibuk. Kehidupan yang sibuk boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan kusam. Rangkaian ini mengandungi bahan-bahan efektif iaitu Arbutin dan Asid Hyaluronik untuk memberikan pengguna kulit yang berseri dan terhidrat. Dengan penggunaan biasa dan teknologi Nanoencapsulation yang membolehkan formula 10 kali lebih menyerap ke dalam kulit, pengguna boleh mengalami tona kulit yang lebih cerah dalam masa 7 hari sahaja. Semua produk Nanowhite diuji secara dermatologi dan disahkan Halal.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti https://www.facebook.com/nanowhite/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!