CIPTA KENANGAN INDAH DI BULAN RAMADAN & RAYA INI BERSAMA COSTA COFFEE
Costa Coffee mengajak semua rakyat Malaysia untuk meraikan kedatangan Ramadan dan musim Raya tahun ini dengan unik menerusi kolaborasi pertamanya bersama dengan Sharina Shahrin, artis tempatan yang kian meningkat yang telah mereka cawan Costa Ramadan dan Sampul Raya eksklusif, khas untuk rakyat Malaysia.
Koleksi ini menampilkan interpretasi Sharina terhadap seni visual seperti motif batik, seni, dan budaya tempatan. Ini menampilkan sentuhannya yang tersendiri terhadap konsep kekeluargaan dan kebersamaan bagi musim perayaan ini.
Dalam norma baharu ini, Costa Coffee mengajak semua rakyat Malaysia untuk cipta kenangan baru dan nikmati saat indah bersama dengan orang tersayang dengan slogannya, Craft Memories, Savour Moments, yang melambangkan semangat mereka untuk menyediakan kopi enak bagi menikmati detik-detik indah. Bermula hari ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai hidangan dan minuman perayaan yang lazat, disajikan dalam cawan bercorak bertemakan Costa Ramadan bersama dengan kutipan duit raya dalam Sampul Raya eksklusif Costa.
Kolaborasi ini menampilkan visi Sharina untuk konsep Togetherness (Kebersamaan) seperti yang terkandung dalam seni dan budaya tempatan di atas cawan dengan corak bertemakan Ramadan pertama Costa Coffee. Antaranya ialah ilustrasi anak bulan sebagai simbol Raya di mana kemunculannya menandakan tarikh bermulanya Ramadan dan juga ketibaan Aidilfitri; Bunga Raya, bunga kebangsaan yang melambangkan perpaduan dan juga perayaan; dan Kuih Sempirit, antara pencuci mulut yang kerap dinikmati dan dikongsikan bersama orang tersayang pada musim perayaan.
Bagi mencerminkan semangat ini, rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan makanan dan minuman bermusim yang disediakan untuk iftar oleh Costa Coffee pada bulan puasa ini. Bermula 7 April, rakyat Malaysia boleh menikmati minuman bermusim terbaharu, Rasa Raya Vanilla Frappe dari Costa Smart Café, serta Bandung Oat Bandung, Chicken Rendang Wrap dan Pandan Crunch Cake dari Costa Coffee Stores. Bagi mereka yang akan pulang untuk bertermu orang tersayang di kampung halaman, mereka boleh nikmati menu bermusim dari Costa Coffee di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Langkawi seperti Salted Caramel Cappuccino dan Pandan Crunch Cake.
“Tahun ini menandakan saat pertemuan semula yang menggembirakan bersama dengan keluarga dan rakan-rakan selepas dua tahun terkurung akibat pandemik COVID-19. Costa Coffee meraikan perayaan tahun ini dengan sentuhan tempatan melalui kolaborasi kami dengan Sharina Shahrin untuk mereka bentuk cawan Ramadan versi Malaysia buat kali pertama yang menampilkan unsur budaya tempatan seperti Bunga Raya dan Kuih Sempirit. Dengan berpandukan reka bentuk yang sama, kami memperluaskan kerjasama kami dengan Sharina untuk menyediakan Sampul Raya rekaan eksklusif Costa Coffee,” kata Lim Ju Lee, Ketua Pemasaran, Costa Express Malaysia.
“Kerjasama kami mempamerkan komitmen Costa Coffee untuk menyediakan kopi yang enak kepada semua melalui kerjasama dengan bakat tempatan seperti Sharina yang percaya bahawa seni dan budaya patut dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Ini merupakan tujuan sama yang diperjuangkan oleh kami demi rakyat Malaysia bagi menghidupkan semangat untuk mencipta kenangan dan saat-saat indah bersama orang tersayang melalui kopi enak dan seni,” tambahnya lagi.
Sharina Shahrin berkata, “Raya adalah perayaan yang melambangkan kebersamaan, serta pertemuan keluarga dan rakan-rakan untuk menyambut bulan kedamaian, kemaafan dan kesyukuran. Saya gembira kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan jenama yang saya minati yang juga berkongsi nilai-nilai yang sama bersama saya untuk mengetengahkan dan meraikan warisan budaya unik rakyat Malaysia pada bulan Ramadan dan musim Raya ini.”
Walau di mana jua anda berada pada bulan Ramadan dan musim Raya ini, anda pasti boleh nikmati citarasa bermusim Costa Coffee. Cawan Ramadan edisi terhad Costa boleh didapati di Costa Coffee Stores dan Costa Smart Café di seluruh negara. Sampul Raya Costa Coffee yang tersedia dalam 3 warna (merah, krim dan hijau) boleh ditebus dengan pembelian minuman kegemaran Bandung Oat Bandung dari Costa Coffee Stores atau minuman tawaran terhad Rasa Raya Vanilla Frappe dari Costa Smart Café, bermula dari 7 April 2022, sementara stok masih ada.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau perkembangan terkini mengenai tawaran Ramadan dan Raya dari Costa Coffee, sila layari pautan di bawah:
● Laman Facebook di https://www.facebook.com/CostaCoffeeMalaysia/
● Laman Instagram di https://www.instagram.com/CostaCoffeeMalaysia/
Comments
Post a Comment