SUNGEI WANG PLAZA MEMARTABATKAN INDUSTRI BATIK DENGAN PROGRAM 'BATIK REVIVAL 2022'


Pusat membeli-belah legenda Malaysia, Sungei Wang Plaza, salah satu pusat membeli-belah yang paling lama beroperasi di Malaysia sejak beberapa dekad telah memartabatkan industri Batik Malaysia dengan Perasmian Pertunjukan Fesyen Inkubator Batik Revival 2022. Pertunjukan Fesyen tersebut diadakan di Center Court pusat membeli-belah di mana 24 finalis telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.


Sungei Wang Plaza telah menganjurkan ‘Batik Revival 2022’ – satu program inkubator dengan tujuan untuk memperkasakan usahawan masyarakat serta membudayakan seni batik dalam masyarakat Malaysia. Inisiatif itu terdiri daripada beberapa siri program bermula daripada pendaftaran peserta, bengkel, program bimbingan sehingga hari ini, peringkat akhir.


“Selaras dengan inisiatif Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Malaysia dalam mempromosikan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia serta produk pelancongan sebagai pemangkin utama pertumbuhan sektor pelancongan dan kebudayaan negara, kami amat gembira bahawa kami berpeluang menyaksikan pameran akhir program Pusingan Akhir Inkubator dan 'Batik Revival 2022' di sini di Sungei Wang Plaza," kata Pengerusi Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang, Encik Ng Yih Chen. Pelancaran itu disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr Santhara JP; Encik Ng Yih Chen, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang; Yang Berbahagia Dato' Mike Loh, Presiden Persekutuan Runcit & Francais ASEAN dan Encik Joseph Teo, Pengurus Pusat Sungei Wang Plaza.

“MOTAC mengalu-alukan sebarang idea dan ingin memberikan komitmen kerajaan untuk mempromosikan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia. Hari ini, kami berbesar hati untuk menyokong acara Batik Revival 2022 ini yang dimulakan dan dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza untuk memelihara batik dan menginkubasi keusahawanan dalam industri pelancongan dan seni,” kata Yang Berhormat Datuk Seri Dr Santhara J.P.


Seramai 24 finalis menyertai acara tersebut; dimana mereka telah terlibat terlibat dalam program inkubator selama (4) bulan dan telah membantu kerajaan memperkasakan industri batik.

Program inkubator ini tidak akan berjaya tanpa sokongan Kraftangan Malaysia atas bimbingan dan sokongan teknikal kepada semua peserta, serta kehadiran rakan kongsi program ini yang terdiri daripada Persatuan Kebangsaan Institusi Pendidikan Swasta (NAPEI), Persatuan Usahawan Pendidikan Swasta Malaysia (PEEAM), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Institut Kraf Negara dan kepada koordinator kami D’Bilique.

Tampil anggun dan menawan Raya ini dengan tema Batik kerana Sungei Wang Plaza akan terus mempamerkan warisan seni negara Malaysia mulai hari ini sehingga 7 Mei 2022 di mana anda boleh membeli-belah dan memiliki karya-karya indah ini. Abadikan keindahan dan kenangan Raya tahun ini dengan bertemakan ‘Seni Raya Batik’ bagi menyemarakkan lagi semangat perayaan.


PERSEMBAHAN

Saksikan persembahan Raya bersama Sungei Wang Plaza seperti Silat Cekak Hanafi, Tarian Aidilfitri Senandong, Orkes Melayu Rojer, Tarian Hari Raya Datang Lagi dan Raya Live Band yang akan membawa keceriaan dan keseronokan kepada pengalaman membeli-belah anda bermula 2 April hingga 17 April 2022.


BAZAR BATIK & SYIOK FEST

Raikan Ramadan yang akan datang ini dengan reka bentuk yang memukau dan indah dari Bazar Batik kami bermula 25 Mac hingga 6 April 2022, bertempat di Centre Court. Anda boleh membeli-belah untuk pelbagai pilihan Raya di Syiok Fest yang akan berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei 2022.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sungei Wang Plaza di www.sungeiwang.com atau semak kemas kini masa nyata di halaman Facebook Sungei Wang di www.facebook.com/sungeiwangplaza.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM