EVOLCARE LANCAR SIRI BIOTIK, TIGA RANGKAI YANG MENYEIMBANGKAN KULIT DENGAN MANFAAT PREBIOTIK DAN PROBIOTIK

 


Bagi menandakan ketibaan penjagaan kulit musim bunga, Evolcare melancarkan rangkaian produk Biotics Series yang merangkumi Toner, Serum dan Krim, yang dirumus menggunakan ramuan probiotik, prebiotik dan dengan ciri-ciri bioaktif yang boleh memulihkan mikrobiom .


Produk-produk ini berkesan untuk menangani masalah kerengsaan kulit yang disebabkan oleh faktor persekitaran luar yang ekstrem dan penggunaan pelitup muka yang berlanjutan. Faktor-faktor ini menyebabkan kulit hilang keseimbangan dan mengakibatkan kerengsaan yang kronik seperti kemerahan, bengkak dan jerawat.


Dibungkus menggunakan bungkusan signatur unidos Evolcare (satu dos), rangkaian Biotics ini tersedia dalam palet utama dengan warna putih dan warna-warna lembut yang elegan dalam koleksi ini.

Dikilangkan di Switzerland, Biotics Series memberi perlindungan dan pemeliharaan tambahan kepada rutin penjagaan kulit yang asas. 



Mulakan dengan “Harmony” Revitalising Toner yang dirumus untuk menyeimbangkan kulit dengan melindungi dan memelihara ekosistem kulit dengan ekstrak buah tin dan ekstrak bunga ros Alpine, bersama ramuan prebiotik dan probiotik. Toner ini bertindak sebagai lapisan perlindungan yang menghasilkan kulit yang kelihatan matte, berseri dan muda serta melenyapkan kemerahan.

“Rosé” Probiotic Serum dirumus dengan pelbagai manfaat agar kulit tampak remaja. Ia berkesan untuk menangani masalah harian kulit seperti jerawat dan kemerahan. Diperkayakan dengan Air Bunga Rosa Damascena, Asid Hyaluronik dan probiotic, serum ini memulihkan kerosakan kepada kulit yang disebabkan oleh faktor luaran dan merawat bengkak, dan menghasilkan kulit yang segar tanpa cela.

Lengkapkan Langkah penjagaan kulit anda dengan pelembap “Serene” Prebiotic Gel Cream, yang menjanjikan kulit yang licin dan lembut. Melembapkan dan menyamankan, krim gel bertekstur lembut umpama baldu mengekalkan keremajaan kulit dengan prebiotik dan bahan aktif semula jadi seperti ekstrak Echinacea, Minyak Bunga Matahari dan Minyak Kernel Aprikot. Di samping itu, tambahan Vitamin E juga melindungi kulit dari kerosakan yang terjadi apabila terdedah kepada faktor persekitaran.


Evolcare Biotics Series boleh didapati di semua kedai Evolcare di Malaysia dan secara dalam talian di www.evolcare.com dengan harga bermula dari RM 100.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?