HERBALIFE NUTRITION GALAKKAN RAKYAT MALAYSIA TINGKATKAN KESIHATAN PENGHADAMAN


Sempena Hari Penghadaman Sedunia pada 29 Mei ini, syarikat pemakanan terkemuka global Herbalife Nutrition bertekad untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjaga kesihatan penghadaman mereka. Usaha ini penting seiring peralihan negara kita kepada fasa endemik Covid, kerana amalan pemakanan yang baik diperlukan untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

“Sistem penghadaman menguraikan makanan yang anda makan untuk membekalkan nutrien dan tenaga kepada badan, dan juga bertanggungjawab menyingkirkan sisa yang tidak dikehendaki daripada badan,” kata Susan Bowerman, Pengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia, Herbalife Nutrition. “Di samping itu, saluran penghadaman anda memainkan peranan penting dalam proses keimunan, kerana sel-sel yang melapisinya membantu melindungi badan anda daripada serangan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan anda jatuh sakit.”

Namun begitu, Bowerman menyatakan bahawa walaupun sistem penghadaman amat penting, orang ramai sering memandang ringan kesihatannya dengan mengambil makanan yang sangat terproses, makan terlalu banyak atau terlalu pantas, dan tidak memberi perhatian sewajarnya sehingga ditimpa kejadian tidak diingini.

Bowerman berkata, “Pada hakikatnya, apabila dibekalkan dengan diet yang sihat, saluran penghadaman memang direka untuk menjalankan tugasnya secara semula jadi. Diet seimbang yang kaya dengan nutrien membantu membekalkan khasiat kepada sel-sel badan anda, termasuk saluran penghadaman. Jadi anda perlu mengambil serat yang secukupnya dan memastikan anda minum air yang secukupnya dan kerap bersenam untuk memastikan fungsi sistem penghadaman yang normal.”

Orang dewasa seharusnya mendapatkan 30 gram makanan yang kaya dengan banyak serat setiap hari. Bagaimanapun, orang ramai lazimnya makan satu pertiga jumlah ini kerana gaya hidup yang sibuk menyebabkan mereka tidak berkesempatan mendapatkan makanan dengan kandungan serat tinggi.

Susan Bowerman, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia di Herbalife Nutrition

Bowerman menerangkan dua jenis makanan yang penting untuk kesihatan penghadaman: “Serat larut yang didapati dalam makanan seperti epal, oren, lobak merah, kentang, oat, barli dan kekacang boleh membantu mengenyangkan perut anda, memastikan paras gula darah lebih stabil dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran penghadaman. Manakala serat tidak larut, kadangkala dinamakan pelawas, boleh didapati dalam kebanyakan sayur-sayuran dan bijirin penuh, menyokong saluran penghadaman dengan menyerap air dalam saluran usus bawah, menjadikan serat lebih padat, dan mempercepatkan pembuangan sisa menerusi sistem penghadaman anda.”

“Anda juga perlu memastikan anda menerima bekalan probiotik, yang merupakan bakteria baik yang ditemui dalam makanan tertentu untuk mengekalkan keseimbangan sewajarnya bagi mikororganisme yang hidup dalam saluran penghadaman anda. Probiotik boleh didapati dalam yogurt dan makanan ditapai yang lain seperti tempe, tauhu, belacan, dan jeruk seperti acar, dan juga pemakanan tambahan probiotik.”

Bowerman juga menekankan kepentingan mengambil air yang secukupnya dalam cuaca panas dan lembap Malaysia, dengan meminum lapan gelas air dan minuman tanpa kalori lain setiap hari, yang diperlukan untuk kesihatan penghadaman dan kesejahteraan diri.

Untuk menyokong usaha rakyat Malaysia menambah baik kesihatan penghadaman masing-masing, Herbalife Nutrition kini menawarkan Pek Promosi Penghidratan untuk Penghadaman atau Pek Promosi Hydrate for Digestion, yang terdiri daripada Herbal Aloe Concentrate Mix dan Mixed Fibres with Inulin Powder Drink.

Layari https://www.herbalife.com.my/ untuk maklumat lanjut.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING