MINGGU MASAKAN TURKI DI HOTEL SHANGRI-LA KL KETENGAHKAN DUNIA KULINARI TÜRKIYE


Masakan Türkiye merupakan elemen penting dalam pembentukan budaya Türkiye dan terkenal dengan citarasa dan persembahan kreatifnya. Bagi mempromosikan masakan unik ini ke seluruh dunia, Republik Türkiye mempersembahkan Turkish Cuisine Week dari 21 Mei hingga 27 Mei 2022. Di Malaysia, Turkish Cuisine Week akan diadakan di Lemon Garden, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Di bawah naungan Wanita Pertama Republik Türkiye, Emine Erdoğan, dan dengan arahan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Mehmet Nuri Ersoy, Turkish Cuisine Week telah diisytiharkan bermula dari 21 Mei hingga 27 Mei untuk menghargai kulinari tradisi Türkiye yang berakar umbi, diasaskan oleh budaya pelbagai tamadun selama lebih daripada beribu-ribu tahun.

Türkiye terkenal dengan hidangannya yang kaya, penuh perisa, dan pelbagai yang telah tersebar luas di luar sempadan İstanbul dan Anatolia hingga ke dunia Balkan, Eropah Timur, Afrika Utara dan Timur Tengah. Cita rasanya yang menarik dan pelbagai telah memikat hati rakyat Malaysia dan membawa kepada peningkatan permintaan untuk masakan asli Türkiye di Malaysia.

Majlis Makan Malam Gala anjuran Pejabat Pelancongan & Penerangan Kedutaan Türkiye di Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Duta Besar Dr Merve Safa Kavakçı, Duta Türkiye ke Malaysia telah diadakan di Hotel Shangri-La untuk melancarkan Turkish Cuisine Week. Majlis Makan Malam Gala turut dihadiri oleh Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, pegawai kerajaan, chef tempatan, tetamu jemputan, ahli media dan juga golongan influencer

Türkiye telah mula menjadi salah satu destinasi pelancongan kegemaran rakyat Malaysia untuk menikmati masakan, seni bina, serta gaya hidup dan budaya tradisional dan Islam. Selain daripada rasanya yang luar biasa, masakan Türkiye juga mementingkan aspek bebas sisa - sesuatu yang semakin penting dalam dunia hari ini. Bebas sisa telah menjadi ciri masakan Türkiye selama berabad, dan ia merupakan satu aspek warisan yang bijaksana. Masakan Türkiye menurut prinsip bahawa tidak ada apa yang patut dibazirkan. Contohnya, roti kering boleh dijadikan keropok buatan sendiri, dan kulit buah yang boleh dimakan digunakan untuk membuat jem. Perspektif ini, yang telah dipelihara berabad lamanya melalui usaha keras, kesabaran, dan kebijaksanaan, adalah sebahagian daripada budaya kulinari Türkiye dengan hidangan unik yang mengambil masa satu atau dua hari untuk disediakan.

Mereka yang ingin menikmati Masakan Türkiye boleh mengunjungi Lemon Garden, Shangri-La Hotel dari 21 Mei hingga 27 Mei. Hıdangan Bufet boleh dinikmati dengan harga RM168 bersih (Selasa - Khamis) dan RM188 bersih (Jumaat - Ahad & Cuti Umum) untuk makan tengah hari; RM188 bersih (Selasa - Khamis) untuk makan malam dan RM248 bersih (Jumaat - Ahad) untuk makan malam premium di mana tetamu juga boleh mencuba pelbagai makanan laut dan masakan tempatan Malaysia juga.

Bufet ini akan menyajikan 35 jenis hidangan yang terdiri daripada pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut. Hidangan yang tetamu pasti akan menantikan termasuklah Saksuka (terung dengan salsa tomato), Kadinbudu kofte (daging kambing goreng cincang & nasi), Yaprak Sarma (Daun Anggur Sumbat dengan Nasi), Kopi Turki dan Fıstıklı Baklava (Baklava dengan Pistachio). Bufet juga menawarkan banyak pilihan untuk diet para vegetarian dan vegan.

Masakan Türkiye, dipupuk dan dibentuk oleh sejarah Anatolia yang berakar umbi, menyerlah dengan ciri-ciri sihat, aspek kreatif dan strukturnya yang mampan. Baru-baru ini, İstanbul yang merupakan salah satu pusat pelancongan gastronomi terkemuka di dunia yang terletak di Türkiye telah diiktiraf dalam pilihan istimewa Panduan MICHELIN sebagai kompendium penarafan restoran paling bereputasi di seluruh dunia.

Sempena dengan Turkish Cuisine Week, sebuah buku gastronomi berjudul Turkish Cuisine With Timeless Recipes telah diterbitkan di bawah pimpinan Wanita Pertama Emine Erdoğan dan naungan Presidensi, dengan kerjasama Agensi Pembangunan dan Penggalakan Pelancongan Türkiye (TGA) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Buku gastronomi ini bukan sahaja menampilkan koleksi resipi yang mengagumkan tetapi juga membincangkan teknik penyimpanan dan masakan sihat yang digunakan dalam dunia gastronomi Türkiye.

Diterbitkan dalam bahasa Türkiye dan Inggeris, buku ini mempersembahkan 218 resipi untuk diet sihat dan alternatif, termasuklah resipi untuk hidangan bebas sisa, ditapai, tempatan dan bebas gluten dan bertujuan untuk merekod resipi tradisional bersejarahnya dalam bentuk asal supaya ia boleh diakses oleh generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Turkish Cuisine Week, para pengunjung boleh melayari turkishcuisineweek.com dan tempahan boleh dibuat di ‎restaurantreservations.slkl@shangri-la.com atau talian +6019-390 2257.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO