PELITUP MUKA PEMBEDAHAN HYDROCHARGE™ BAWAKAN TAHAP KEBOLEHNAFASAN TANPA MENJEJASKAN CIRI KESELAMATAN


Selepas mengharungi lebih daripada dua tahun sekatan COVID-19, Malaysia kini telah memasuki fasa endemik. Berikutan itu, kerajaan baru-baru ini telah melonggarkan banyak peraturan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, yang memberikan kelegaan kepada banyak pihak, terutama bagi mereka yang akhirnya dapat berhubung semula dengan ahli keluarga, atau menikmati percutian yang dinanti-nantikan bersama orang tersayang selama ini.

Namun, satu persoalan yang sentiasa berlegar di fikiran semua orang adalah – berapa lama lagi kita perlu memakai pelitup muka? Menurut pakar kesihatan, walaupun pelitup muka tidak lagi diwajibkan pada peringkat akhir endemik, namun, memakai pelitup muka dalam persekitaran sosial adalah cara yang paling selamat untuk melindungi diri kita dan orang lain daripada COVID-19, disebabkan oleh kes baharu masih direkodkan pada setiap hari.

Selaras dengan pengumumunan terkini tentang pemakaian pelitup muka di dalam bangunan, MEDICOS telah melabur dalam inovasi teknologi termaju yang meningkatkan tahap kebolehnafasan dan keselesaan pelitup muka selama berjam-jam memakai di dalam bangunan.


MEDICOS merupakanpengilang pelitup muka terkemuka dan terulung di Malaysia, menyedari keperluan untuk menawarkan penyelesaian yang selamat dan selesa bagi memastikan pengguna dilindungi semasa mereka menjalani rutin harian mereka. Sebagai salah satu pengilang perintis pelitup muka pembedahan di Malaysia dengan kemudahan pembuatannya sendiri, MEDICOS telah membekalkan pelitup muka kepada hospital dan pakar penjagaan kesihatan selama lebih 30 tahun, jauh sebelum serangan COVID-19.

Menurut Encik William Wong, Ketua Pegawai Eksekutif MEDICOS Malaysia, SOP terkini mengukuhkan kepentingan untuk terus memakai pelitup muka, terutamanya di dalam bangunan, kerana pelitup muka ini merupakan pertahanan terakhir bertindak seakan-akan perisai kita terhadap COVID-19. MEDICOS merupakan pengilang tempatan pertama yang menyediakan pelitup muka pembedahan di Malaysia sejak tiga dekad yang lalu dan kami terus berinovasi untuk menyokong rakyat Malaysia dengan menyampaikan "pertahanan terakhir" yang paling selamat, paling selesa, bergaya, berprestasi tinggi untuk warga Malaysia kita hari ini.

Pelitup Muka Pembedahan HydroCharge™ baharu ini direka untuk fasa endemik COVID-19, dengan material 4 lapis yang sehingga 50% lebih telap udara berbanding pelitup muka biasa. HydroCharge™, teknologi tercanggih MEDICOS setakat ini, membenamkan cas elektrostatik pada Penapis Sub Micron jenama melalui kaedah cas air yang unik, memberikan keupayaan sehingga 3X lebih tinggi untuk memerangkap zarah berbahaya berbanding pelitup muka biasa. Pelitup Muka Pembedahan HydroCharge™ juga bertaraf ASTM Tahap 2 (diuji oleh Nelson Lab, Amerika Syarikat), memberikan >98% kecekapan penapisan terhadap bakteria dan virus. ASTM (American Society for Testing and Materials) dikenali sebagai penarafan piawai emas untuk pelitup muka pembedahan.


Pada masa ini, Pelitup Muka Pembedahan HydroCharge™ juga merupakan yang pertama dalam kategorinya yang menawarkan pilihan saiz untuk kesesuaian secara paling optimum:
  • Slim Fit (Saiz S/M) – Gelung keselesaan
  • Regular Fit (Saiz M/L)– Gelung keselesaan
  • HydroCharge™ Junior – untuk kanak-kanak (4-12 tahun)
  • HydroCharge™ Hijab - Gelung kepala
Pelitup Muka Pembedahan HydroCharge™ (RM30 untuk 50 keping) boleh didapati dalam 4 pilihan warna: Hitam Onyx, Biru Oxford, Hijau Coral dan Merah Jambu Cotton. Beli atas talian dengan penghantaran di hadapan pintu melalui kedai rasmi MEDICOS di Shopee dan Lazada!

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA