‘SPILT GRAVY / KE MANA TUMPAHNYA KUAH…’ AKHIRNYA KE PAWAGAM MALAYSIA PADA 9 JUN 2022 SELEPAS TERTANGGUH LEBIH SEDEKAD


Filem komedi gelap yang ditunggu tunggu Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… akhirnya mendapat tarikh tayangan pada 9 jun 2022 selepas lebih sedekad melalui perbincangan dengan pihak berkuasa. 


Pada asalnya diklasifikasikan sebagai Tidak Sesuai Untuk Tayangan (TUT) oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), selepas diolah beberapa kali oleh pembikin filem, akhirnya mendapat kelulusan pada Mac 2020, tetapi terpaksa menunggu 2 tahun pula kerana rintangan oleh pandemik. Diadaptasikan daripada skrip pemenang anugerah oleh Allahyarham Jit Murad, Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… merupakan filem ulung oleh Dato’ Zahim Albakri. 


Dengan pengalaman lakonan dan pengarahan pentas dan layar yang merangkumi lebih tiga dekad, Dato’ Zahim bertanggungjawab dalam kesemua tiga peringkat pembikinan Spilt Gravy On Rice apabila ia mula menemui penonton Malaysia dan Singapura sejak 2002 hingga 2003. Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… menampilkan Dato’ Rahim Razali, Na’a Murad, Bernice Chauly, Sean Ghazi, Juliana Ibrahim dan Dato’ Zahim sendiri sebagai watak utama, dibantu oleh ramai pelakon pentas terkenal, TV dan personaliti filem. 


Berlatarkan ibu kota Malaysia Kuala Lumpur, filem ini berkisar mengenai sebuah keluarga Melayu kelas pertengahan atas yang agak porak peranda. Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… latar masa adalah dalam sehari, iaitu 8 Jun 2011. 

Bapak merasakan bahawa dia tidak lagi mempunyai masa yang panjang, jadi dia menjemput kesemua anak anaknya untuk makan malam petang berikutnya untuk membincangkan mengenai wasiat, di mana sebahagian besarnya adalah tentang rumah keluarga yang meliputi beberapa ekar di pusat bandar Kuala Lumpur itu. 


Satu lawatan tidak dijangka oleh dua orang asing menyebabkan Bapak menukar rancangannya dan menyegerakan makan malam di hari itu juga. Dia mengirimkan pesanan untuk anak anaknya tetapi mampukah mereka semua menerima mesej itu?

Lakonlayar Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… adalah diadaptasikan dari Spilt Gravy On Rice karya Allahyarham Jit Murad, yang asalnya dipentaskan di The Actors Studio, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 2002. 


Persembahan ini mendapat sambutan yang sangat baik, di mana setiap sesi sentiasa penuh hingga 2003. Ia telah menerima empat anugerah dalam 1st Boh Cameronian Arts Awards pada 2003 iaitu dalam kategori Skrip Asal Terbaik, Pengarah Terbaik, Rekaan Lampu Terbaik & Anugerah Pilihan Penonton. 

Tajuk asal filem ini ialah Spilt Gravy on Rice. Sejak tayangan perdana di Colombo International Film Festival pada 9 November 2015, ia tidak pernah ditayangkan di mana mana. Filem ini pertama kali dihantar ke Lembaga Penapis Filem (LPF) pada 2012 tetapi diklasifikasikan sebagai tidak sesuai untuk tayangan umum. 


Selepas beberapa kali Spilt Gravy on Rice diubahsuai dan dihantar semula mengikut garis panduan yang ditetapkan, Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… akhirnya diluluskan pada Mac 2020. 

Filem ini didedikasikan oleh Dato’ Zahim kepada arwah ayahnya, Dato’ Haji Ikmal Hisham Albakri, seorang arkitek yang terkenal di Malaysia. Beberapa hasil kerja senibinanya dipaparkan sebagai latar dalam filem ini. Lokasi utama ialah rumah keluarga Dato’ Zahim yang diduduki lebih 40 tahun. 

Ayahnya mengubahsuai dan memperluaskan rumah itu pada sekitar 1960an dan sekali lagi sekitar pertengahan 1970an, dengan memasukkan sentuhan uniknya. Ayah Dato’ Zahim meninggal dunia pada 2006 di usia 75 tahun. Keluarga Albakri dengan berat hati membuat keputusan untuk menjual rumah itu pada 2010, menyedari bahawa ianya akan musnah ditelan pembangunan, mereka mencari jalan bagaimana untuk memelihara legasi arkitek ayahnya dan rasa cinta mereka pada rumah tempat mereka membesar, maka Dato’ Zahim mencadangkan supaya rumah itu digunakan sebagai latar bagi filem Spilt Gravy on Rice yang dia sememangnya mahu hasilkan. Akhirnya hartanah itu dijual pada Januari 2011, dengan syarat mereka diberikan tempoh 6 bulan untuk mengosongkannya dan juga melakukan penggambaran di situ. Penggambaran bermula pada 7 Jun 2012 dan berakhir pada Julai 2012, hanya beberapa hari sebelum dikosongkan. 


Filem ini mendapat pujian dari beberapa individu yang berpeluang menontonnya sebelum tayangan umum. Tokoh akademik dan muzik Allahyarham Prof. Dr. Wan Zawawi Wan Ibrahim yang menonton pada bulan Februari menggelarkan filem ini sebagai “sebutir Mutiara untuk dinikmati rakyat Malaysia—ia memiliki semua ramuan yang mampu menyentuh hati setiap rakyat Malaysia…” Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… akan menemui anda pada 9 Jun 2022 di lebih 30 pawagam seluruh negara. 

Berdurasi 115 minit dan diklasifikasikan sebagai PG-13. 

Lawati laman web rasmi Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… dan akaun media sosial untuk kandungan eksklusif dan maklumat tambahan mengenai filem ini. 

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM