MENANGI HADIAH LUMAYAN DAN DURIAN MELALUI PERADUAN "SWISH & WIN" DENGAN LISTERINE®


Listerine® dan Watsons menjemput anda untuk menikmati durian kegemaran anda sambil memastikan nafas anda segar! Mulai 31 Mei hingga 30 Jun 2022, sertai peraduan “Swish & Win” dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000, termasuk jamuan durian yang melimpah ruah!

Bagi kebanyakan warga Malaysia, makanan merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan kita, yakni, perkongsian hidangan dengan rakan dan keluarga adalah budaya kami. Makanan kegemaran seperti durian dan hidangan sarat bawang putih rasanya enak, tetapi ia juga mempunyai bau yang kuat. Lebih teruk lagi, jika kita makan di luar, bau yang tidak menyenangkan akan kekal terperangkap dalam topeng muka kita selepas makan, yang menjadi sangat tidak selesa.

Orang kadang-kadang mengambil jalan keluar dengan memberus gigi untuk membersihkan mulut, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa memberus sahaja hanya mampu membersihkan 25%* daripada bahagian mulut. Ini bermakna bakteria masih boleh berkumpul dan membiak di ruang antara gigi anda, kawasan di bawah garis gusi, serta pada lidah dan dinding pipi!

Pakar menasihatkan untuk mengekalkan mulut yang bersih dan sihat, adalah penting untuk mengamalkan rutin penjagaan mulut yang lengkap. Berus, flos dan berkumur dengan pengkumur mulut sebagai langkah terakhir membantu mencapai kawasan yang kebiasaannya terlepas dengan memberus. Listerine® memberi perlindungan 24 jam** terhadap kuman yang menyebabkan masalah plak dan gusi, supaya anda tidak perlu lagi risau tentang nafas berbau, terutamanya selepas mengambil makanan dengan rasa yang kuat seperti durian.

Apa yang anda perlu lakukan adalah kumur mulut anda dengan Listerine® selama 30 saat selepas memberus pagi dan malam atau selepas makan untuk membersihkan sehingga 99.9% kuman*** dalam rongga mulut.


“Sebagai jenama yang dipercayai dan disokong oleh sains dengan hasil yang terbukti secara klinikal, kami memberi penekanan yang tinggi untuk memberikan semangat kepada orang ramai supaya meningkatkan kesihatan mulut mereka dengan menggunakan Listerine® dalam rutin harian mereka. Listerine® terbukti secara klinikal dapat menghapuskan sehingga 99.9%*** kuman mulut untuk memberikan mulut anda pertahanan yang kuat terhadap nafas berbau, plak dan bakteria yang menyebabkan masalah gusi. Oleh itu, kami sentiasa berinovasi untuk menyampaikan lebih banyak penyelesaian untuk pelbagai keperluan penjagaan mulut, seperti campuran perisa baharu yang berilhamkan botani Pomelo & Passion Fruit atau Aloe & Cucumber, untuk pengguna yang lebih suka rasa segar seperti buah-buahan dan membantu menjadikan hidup lebih segar dengan cara yang lebih mudah untuk semua orang, seperti Cool Mint Pocketmist baharu kami,” kongsi Stephen Tiu, Pengarah Negara, Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson bagi Malaysia dan Singapura.


Untuk melengkapkan rutin penjagaan mulut berus-flos-kumur anda atau untuk mendapatkan nafas segar di mana-mana sahaja anda berada, ataupun selepas hidangan yang lazat di luar rumah, Listerine® Cool Mint Pocketmist (7.7ml, RM26.90) membolehkan anda menikmati nafas yang lebih segar serta-merta! Tersedia secara eksklusif di Watsons, semburan mulut bersaiz poket ini dirumuskan dengan tiga minyak pati: Menthol, Eucalyptol dan Thymol, untuk memberikan keyakinan segar pudina sepanjang hari. Di mana-mana sahaja anda berada, gunakannya mengikut keperluan untuk membantu menyegarkan nafas dan membunuh kuman bau mulut!

Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, Watsons percaya dalam menyediakan terbaik dalam kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri kepada pengguna. Selaras dengan ini, Watsons bekerjasama rapat dengan Listerine®, jenama pengkumur mulut terkemuka untuk membawa yang terbaik dalam penjagaan mulut kepada warga Malaysia.

Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, turut melahirkan rasa terujanya berhubung kerjasama unik peruncit itu dengan Listerine®:

“Sebagai jenama farmasi dan kedai ubat No.1 di Asia, Watsons sentiasa berusaha untuk membawa produk terkini dan paling menarik kepada pengguna kami. Listerine® Cool Mint Pocketmist boleh didapati secara eksklusif di Watsons. Kami ingin ramai pengguna untuk sertai peraduan Listerine® X Watsons “Swish & Win”, di mana pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000, termasuk kegemaran warga Malaysia, durian! Lebih baik lagi, selepas menikmati durian, mereka masih boleh kekal segar dengan Listerine® dan kelihatan cantik dengan Watsons!”


“Swish & Win” dengan Listerine® X Watsons!

Kini, inilah peluang untuk menikmati nafas segar dan hadiah menarik termasuk jamuan durian!

Cara Menyertai:
  • Langkah 1 – Beli RM30 & ke atas produk Listerine® dalam satu resit di Watsons. (Pembelian atas talian layak mendapat 2X penyertaan!)
  • Langkah 2 – Jawab soalan mudah: Listerine® membasmi sehingga 99.9%*** kuman untuk mulut yang lebih bersih dan nafas yang lebih segar. (BETUL/SALAH)
  • Langkah 3 – WhatsApp resit anda dengan <NAMA PENUH> <JAWAPAN> ke 017-2529742
^Tertakhluk pada terma dan syarat bagi peraduan ini.

Hadiah:

· Hadiah Utama (2 pemenang)
◦ Durian bernilai RM1,500
◦ Hamper Johnson & Johnson bernilai RM150
◦ Kad hadiah Watsons bernilai RM50 setiap satu

· Hadiah Kedua (3 pemenang)
◦ Durian bernilai RM800
◦ Hamper Johnson & Johnson bernilai RM100
◦ Kad hadiah Watsons bernilai RM30 setiap satu

· Hadiah Istimewa (200 pemenang)
◦ Baucar Grab Food bernilai RM20 setiap satu

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, sila layari laman web rasmi Listerine® (https://www.listerine.com.my) atau ikuti Listerine® Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/ListerineMalaysia).

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?