ATOME CIPTA PENTAS PERAGAAN MAYA TERPANJANG DI DUNIA DALAM PENCARIAN PENAMPILAN FESYEN & KECANTIKAN ASLI ASIA


Atome, jenama terkemuka Asia dalam konsep beli dulu bayar kemudian menjemput orang ramai termasuk generasi Milenial dan Gen Z, bersama kempen serantau terbarunya untuk memuatnaik ekspresi fesyen dan kecantikan mereka melalui platform media sosial, Instagram dan TikTok. 

Dilancarkan dalam tujuh pasaran termasuk Singapura, Malaysia, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Taiwan dan Filipina, kempen yang bertajuk “Own Your Expression” bakal memperlihatkan cara generasi muda Asia mencipta dan menggayakan penampilan mereka sendiri serta memberi kelainan dalam norma fesyen dan kecantikan konvensional. 

Memandangkan Atome sentiasa memberi sokongan kepada matlamat setiap individu dalam mengakses aspirasi mereka, kempen besar-besaran ini diharap dapat menggalakkan orang ramai untuk terus ke hadapan dengan rupa yang mentakrifkan mereka, bukan sekadar berpaksikan kepada takrifan konvensional orang lain. 

Kempen selama sebulan pada bulan Jun ini juga akan disokong oleh iklan-iklan luar rumah dan siri aktiviti dalam talian secara interaktif, sosial dan aktiviti lapangan untuk melibatkan pengguna di Asia dalam mencipta, menggaya dan mengekspresikan diri mereka melalui fesyen dan kecantikan. 

Dipelepori oleh duta global Atome, kumpulan super K-pop ASTRO, cabaran sosial kandungan janaan pengguna (UGC) "Own Your Expression" telah bermula pada 4 Jun dan dijadualkan berlangsung selama dua minggu. Pengguna-pengguna Atome di seluruh rantau ini akan dijemput untuk merakamkan diri mereka melakukan sesi peragaan pendek rupa asal, solekan dan pakaian mereka menggunakan filter "Own Your Expression" Atome dan memuat naik video pendek tersebut di akaun Instagram atau TikTok mereka sendiri. 

Seramai 30 pemenang di seluruh pasaran akan dipilih berdasarkan kreativiti dan keaslian penampilan mereka. Lebih 1 juta penampilan dan 1,200 batu panjang "runway" dijangka bakal dihasilkan dalam fasa kempen ini. Di penghujung cabaran ini, Look-a-Zine, majalah serta buku tinjau hibrid, akan dihasilkan untuk mempamerkan kolaj yang dimuatnaik yang menampilkan gaya fesyen dan kecantikan paling unik dan asli, dengan itu menjadi penerbitan yang mempamerkan cara orang Asia memperlihatkan diri mereka, berbanding buku tinjauan tradisional yang digayakan oleh profesional. 

Seorang pemenang dari Malaysia juga akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan peragaan fesyen, yang akan disiarkan secara langsung di seluruh Asia, pada 25 Jun di Suntec City West Atrium di Singapura. 

Sebuah kedai fizikal seluas 4,500 kaki persegi yang menampilkan jenama fesyen dan kecantikan seperti Zalora, ALDO dan SHEIN, juga akan beroperasi di lokasi dan waktu yang sama. 

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Atome dalam kempen terbaru mereka dalam memberikan pembeli akses kepada jenama gaya hidup dan fesyen kegemaran mereka. ZALORA komited untuk memberikan pengalaman membeli-belah atas talian terbaik di rantau ini dengan menyediakan produk-produk terkini, tulen dan dicari-cari dalam satu destinasi seterusnya dihantar terus ke pintu rumah pelanggan. Kerjasama kami dengan Atome membolehkan cara mudah untuk pelanggan membuat pembayaran pembelian mereka, memberikan lebih banyak peluang kepada mereka untuk lebih menikmati pengalaman pembelian secara atas talian. Kami juga teruja untuk melihat orang ramai mengeksperesikan diri mereka melalui fesyen dan tidak sabar menyaksikan penampilan-penampilan menarik dari mereka!” ujar Kannan Rajaratnam, Pengarah Serantau Bahagian Operasi Pelanggan dan Pembayaran, ZALORA. 

“Takrifan fesyen dan kecantikan, terutamanya di Asia, cepat berubah. Norma tradisional yang menyatakan apa yang patut dipakai atau penampilan seseorang sudah diberikan perspektif yang berbeza oleh generasi pengguna muda hari ini, yang mengekspresikan diri mereka dengan cara baru yang lebih kreatif, asli dan menyeronokkan dalam bidang fesyen dan kecantikan. Sebagai jenama fesyen dan gaya hidup yang menyerlah, Atome memberi penghormatan kepada permintaan berkenaan keaslian dan keterangkuman oleh penggunapengguna generasi baru Asia, yang sedang mengambil alih perspektif terhadap kecantikan, pilihan dan aspirasi fesyen mereka, serta pemikiran dan pandangan mereka.” kata Vangie Hu, Naib Presiden Pemasaran Atome. 

Kempen jenama boleh ditonton di saluran saluran YouTube Atome.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI