22BAND LANCAR SINGLE PERTAMA 'HIDUP' BERSAMA LUNCAI EMAS

Dari kiri : Apis (Gitar)  , Bun (Gitar)  , Eqmal (Vokal) , Ijan (Drum) dan Reen (Bass) (22BAND)

22BAND, sebuah band baru berasal dari Lembah Klang, dan muzik yang di perjuangkan dalam konsep pop alternatif terkini. Mereka berkata bahawa banyak mendapat maklum balas dan komen yang baik dengan susunan muzik pop yang terkini. Oleh disebabkan itu, sekali gus menjadikan single terbaru 22Band yang bertajuk 'Hidup' yang mempunyai cerita rasa lain dari yang lain.

22BAND terdiri dari Eqmal (Vokalis) , Bun (Gitar) , Apis (Gitar) , Reen (Bass) dan Ijan (Drum) . 

"Nama band dipilih 22BAND kerana pada asal nya band ini hanya sekadar projek band tetapi disebabkan keserasian bersama dalam misi perjuangan muzik dengan secara rasmi nya pada tahun 2022, kami memilih 22BAND (twentytwoband) sebagai nama rasmi untuk memperingati wabak Covid-19 yang melanda negara"- menurut 22BAND .

Single perdana mereka 'Hidup' merupakan hasil ciptaan bersama ahli 22BAND manakala lirik oleh Apis sendiri . 'Hidup' mengisahkan kisah seseorang melalui kehidupan harian yang sukar terutama masyarakat masa kini di waktu fasa endemic kini .

Titik pertemuan 22BAND dengan sebuah syarikat label telah menjadikan single 'Hidup' ini diedarkan secara jualan digital dan penjagaan hakciptanya di bawah Luncai Emas Sdn Bhd. 

"Kami memilih Luncai Emas kerana Luncai Emas adalah salah satu platform yang melahirkan lagu dan bakat baru yang sangat segar dalam industri muzik ini dan seperti diketahui ramai syarikat itu dinaungi oleh Dato’ M.Nasir . Kami sendiri pun amat menginspirasikan beliau dalam perjalanan karier muzik kami sebagai pemuzik dan juga composer" – Jelas 22BAND .

Sejujurnya mereka tidak pernah menyangka bahawa hasrat untuk bertapak dalam industri muzik ini tercapai ,walaupun dalam keadaan yang berbeza pada beberapa tahun di sebab kan Covid-19 dengan harapan hasil karya-karya mereka itu diterima ramai .

Rancangan mereka selepas ini dikatakan akan menghasilkan lebih banyak single baru masa kini mengikut peredaran zaman serta mengikut trend lagu semasa yang disukai pendengar setiap lapisan masyarakat .

Kini, audio rasmi 'Hidup' oleh 22BAND telah pun berada di semua saluran digital seperti JOOX, Deezer, Spotify, Itunes dan juga Apple Music manakala video lirik boleh ditonton ramai bermula 24 Jun 2022 (5 Petang) ini di saluran youtube Luncai Emas.

"Kami berharap, dengan single terbaru 22BAND bertajuk 'Hidup' ini, 22BAND dapat melebarkan sayap lebih tinggi lagi, dengan sokongan dari semua’’ – 22BAND .

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING