COMVITA MERAIKAN PEMBUKAAN KEDAI PERTAMANYA DI MALAYSIA YANG MEMBAWAKAN KHASIAT MADU TERBAIK DARI AOTEAROA NEW ZEALAND


Madu Manuka dihasilkan dengan bantuan lebah yang mendebungakan bunga Manuka yang berasal dari New Zealand, di mana tempoh mekar hanya sepanjang dua hingga enam minggu setiap tahun. Dengan mengandungi lebih daripada 2,000 sebatian semula jadi yang berbeza, madu Manuka mempunyai ciri bioaktif yang unik serta sifat anti-bakteria, anti-radang, antioksidan, dan modulasi imun. Ciri-ciri ini bukan sahaja menyokong kesihatan badan dari segi pencernaan, malah juga mengekalkan kesihatan sistem imuniti dan penjagaan kulit.

Comvita, pengeluar Madu Manuka No. 1 New Zealand yang mempunyai hampir lima dekad pengalaman profesional dalam penternakan lebah, telah membuka kedai pertamanya di Malaysia yang bertapak di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sejak permulaannya sebagai jenama yang merendahkan diri pada tahun 1974, Comvita kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat Madu Manuka terkemuka dan dipercayai ramai di New Zealand yang berteraskan penyelidikan sains dengan budaya warisan yang kukuh.

Sempena majlis pelancaran pembukaan kedai pertama Comvita, Rommel Irwan sebagai Ketua Bahagian Asia Tenggara untuk Comvita, mengatakan bahawa hidup di bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, perlu berhadapan dengan persekitaran sesak dan gaya hidup sibuk. Kehidupan sebegini akan mengakibatkan pelbagai jenis tekanan, penyakit dan juga masalah kesihatan.

"Para pengasas Comvita percaya bahawa makanan adalah penawar yang terbaik, dan alam semula jadi ada jawapannya yang tersendiri. Oleh itu, kami bersemangat untuk membantu orang ramai menjaga kesihatan mereka serta memahami khasiat yang berasal daripada alam semula jadi. Kami komited untuk membangunkan produk kesihatan semula jadi yang berinovatif, dengan sokongan penyelidikan saintifik yang boleh dipercayai,” katanya.


Acara pelancaran berkenaan dihadiri oleh Her Excellency Pam Dunn, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand; Andrew Bayley, pengerusi Malaysia New Zealand Chamber of Commerce (MNZCC) (MNZCC); dan Catherine Rusby, Pesuruhjaya Perdagangan New Zealand untuk Malaysia & Brunei.

Profesor Dr. Sargunan Sockalingam, Ketua Reumatologi dari Pusat Pakar UM (UMSC) juga dijemput untuk berkongsi membincangkan kepentingan sistem imun bagi kesejahteraan tubuh badan manusia, serta jenis makanan semula jadi yang membantu menyokong dan menguatkan sistem imun.

Pilihan Makanan Semula jadi Yang Tepat untuk Sistem Imun & Kesihatan Tubuh Badan

Profesor Dr. Sargunan berkongsi bahawa sistem imun badan manusia merangkumi rangkaian sel, tisu dan organ yang rumit yang bergabung mempertahankan tubuh kita daripada ancaman 'penceroboh asing yang bahaya’, seperti kuman, bakteria dan virus. Beliau menjelaskan bahawa dengan adanya sistem imun yang sihat, ia boleh bertindak sebagai penghalang yang mencegah pencerobohan penyakit yang memudaratkan kesihatan.

“Setiap bahagian badan anda, termasuklah sistem imun anda, berfungsi dengan lebih baik apabila ia terlindung daripada ancaman penceroboh asing dan diperkuatkan dengan gaya hidup yang sihat. Contohnya, gaya pemakanan yang sihat. Apabila kita jatuh sakit, kita sering mengambil makanan yang dikatakan dapat meningkatkan imuniti atau mempunyai ciri untuk menyembuhkan badan."

“Apabila anda demam atau selsema, anda akan minum buah sitrus, sup ayam, atau teh yang dicampur dengan madu dan lemon; untuk menguatkan kesihatan usus, anda mengambil makanan prebiotik seperti bawang putih, atau makanan probiotik seperti yogurt; anda akan mengambil kunyit dan kurkumin sebagai rawatan anti-radang; dan mengambil madu Manuka yang membantu melegakan sakit tekak atau penyembuhan luka.”

"Adalah penting untuk kita memahami bagaimana setiap jenis makanan semula jadi dapat membantu anda dalam menguatkan sistem imun dan kesejahteraan badan, di samping mempelajari jenis pemakanan yang sesuai untuk tujuan kesihatan umum atau rawatan yang tertentu," katanya.

Dari Sarang ke Rak, Kelestarian Sumber Asli

Comvita dipandu oleh prinsip 'Kaitiakitanga' (menjaga alam semula jadi) -- prinsip dari New Zealand berdasarkan pandangan dunia kaum Māori yang merangkumi pemuliharaan, pengisian semula dan kelestarian persekitaran. Rommel menjelaskan bahawa madu Manuka hanya boleh dihasilkan di kawasan yang kaya dengan bunga Manuka asli, sarang lebah Comvita terletak di antara kawasan yang paling terpencil dan tidak disentuh di New Zealand – terhad kepada beberapa kawasan yang boleh diakses dengan helikopter sahaja.”

“Untuk menghasilkan madu Manuka dengan standard tertinggi tanpa menjejaskan ekosistem kehidupan lebah, kami memastikan agar kami boleh menguruskan persekitaran di sekitar sarang kami. Kami mempunyai lebih daripada 40,000 sarang dan komited untuk membina kepercayaan dengan penternak lebah kami untuk menghasilkan Madu Manuka UMFTM yang berkualiti tinggi.”

“Dari sarang hingga ke rak - semua madu Manuka kami berasal dari sumber yang boleh dikesankan. Kami mengutamakan kelestarian untuk menjaga dan menjamin keaslian madu Manuka serta dan memastikan nektar yang sukar ditemui ini boleh kekal disediakan untuk generasi akan datang.”


Produk Madu Manuka Comvita Diperakui oleh UMF™

UMFTM (Unique Manuka Factor) adalah satu-satunya standard madu Manuka yang diuji oleh sebuah badan bebas berdasarkan kualiti (quality dalam Bahasa Inggeris) , ketulenan (purity dalam Bahasa Inggeris) , dan keaslian (authenticity dalam Bahasa Inggeris). Tanda persijilan hanya diberikan kepada

madu Manuka monofloral yang tulen dan berasal dari New Zealand. Dengan adanya tanda ini, ia memberikan jaminan keaslian produk tersebut kepada semua pengguna madu.

Produk madu Manuka Comvita mengandungi kuasa penyembuhan yang terbaik. Ujian ketulenan dan keaslian dijalani di dalam makmal Comvita yang mempunyai pengiktirafan bertaraf antarabangsa untuk memenuhi dan menjangkaui piawaian yang tertinggi. Setiap balang Madu Manuka Comvita perlu diuji lebih daripada 30 kali demi mencapai tahap kualitinya yang ditetapkan.


Menerajui Teknologi untuk Eksplorasi Madu Manuka New Zealand melalui Pelbagai Deria

Selepas acara pelancaran tersebut, para tetamu dan media dijemput untuk mencuba Pengalaman Explorasi Madu Manuka Realiti Gabungan yang dibangunkan atas kerjasama Microsoft HoloLens.

Pengalaman menakjubkan yang melibatkan deria penglihatan dan pendengaran untuk membantu memahami hubungan di antara rasa kompleks madu Manuka, kandungannya yang penuh dengan kebaikan serta sumbernya yang lestari. Malaysia merupakan negara kedua di mana Pengalaman Explorasi Madu Manuka Realiti Gabungan ini diadakan selepas penampilan pertamanya di Expo Dubai 2020.

Comvita mempunyai rangkaian produk madu Manuka yang memperoleh perakuan UMF™ di mana sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak

Kunjungilah kedai pertama Comvita Malaysia sekarang dan ketahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk madu Manuka untuk golongan dewasa dan kanak-kanak; atau ikuti Comvita Malaysia di www.comvita.com.my atau laman Facebook dan Instagram @ComvitaMY untuk aktiviti-aktiviti dan tawaran promosi pada masa akan datang.

Alamat: Lot P1.16.01, Level 1, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING