DRAMA KOREA “IF YOU WISH UPON ME” <당신이 소원을 말하면>, LAKONAN JI CHANG WOOK & CHOI SOO YOUNG BAKAL TIBA DI VIU OGOS INI
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka, dengan bangganya mengumumkan bahawa siri drama Korea paling dinantikan ramai, If You Wish Upon Me <당신이 소원을 말하면> akan ditayangkan pada 10 Ogos secara eksklusif di 16 pasaran Viu. Siri Viu Original ini dibintangi pelakon sensasi Korea Ji Chang-wook dan Choi Soo-young dengan jalan cerita percintaan menyentuh perasaan. Drama ini diarahkan oleh Kim Yong-wan, ditulis oleh Jo Ryeong-su dan diterbitkan oleh Climax Studio, syarikat penerbitan yang turut menerbitkan D.P dan Hellbound.
Ji Chang-wook memegang watak seorang lelaki bermasalah yang ingin membunuh diri, namun kemudiannya mendapat arahan khidmat masyarakat menjadi penjaga untuk pesakit tenat di sebuah hospital dan tanpa disedari dia cuba menunaikan setiap hasrat terakhir pesakit di sana. Ketika itu, dia menemui sebab untuk meneruskan kehidupannya. Choi Soo Young pula memainkan watak wanita utama dalam siri drama ini sebagai seorang jururawat hospital yang sangat dipercayai di kalangan pesakit tenat yang dijaganya.
Sesi Ramah Mesra Secara Virtual Bersama Pelakon Drama pada 27 Julai
Sebagai tanda penghargaan istimewa untuk peminat Viu, satu sesi ramah mesra secara virtual bersama dua pelakon utama, Ji Chang Wook dan Choi Soo Young akan diadakan secara eksklusif di laman web mikro yang direka khas, dimana peminat dapat mendekati bintang kegemaran mereka. Ia akan disiarkan secara langsung di empat buah negara termasuk Hong Kong, Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Satu peraduan sedang diadakan di pasaran-pasaran ini untuk memberi peluang kepada peminat untuk menemui bintang-bintang drama tersebut bermula dari 11 Julai hingga 22 Julai. Secara keseluruhan, 1,000 peminat bertuah daripada empat pasaran Viu ini akan berpeluang menemui selebriti tersebut.
Cik Helen Sou, Ketua Pegawai Perniagaan Asia, Viu, berkata, “Kami sangat teruja membawakan drama Viu Original yang dinantikan ramai ini, dibintangi Ji Chang-wook dan Choi Soo-young. Kami ingin memberikan lebih keseronokan kepada semua pengikut Viu dan rakan kerjasama kami. Sesi temu ramah dengan bintang drama secara virtual pada 27 Julai nanti merupakan peluang sekali seumur hidup yang pastinya akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Membentuk kumpulan peminat (fandom) adalah fokus kami bagi mendekatkan lagi kami dengan para pengguna kami dan mewujudkan peluang kerjasama yang lebih menyeluruh.”
If You Wish Upon Me <당신이 소원을 말하면 > akan mula ditayangkan di Korea menerusi rangkaian KBS dan Lifetime Korea pada 10 Ogos. Ini adalah kerjasama kedua antara A+E Korea dan Viu selepas Woori The Virgin, drama Korea pertama di bawah jenama A+E Studios.
Pengikut Viu boleh menonton If You Wish Upon Me <당신이 소원을 말하면 > dan pelbagai drama kegemaran ramai di senarai First-on-Viu dan drama eksklusif di aplikasi Viu yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih serta laman web www.viu.com.
Comments
Post a Comment