GARNIER MALAYSIA PERKENAL PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH INISIATIF ‘GREEN BEAUTY’

Dari Kiri: Puan Nurhana binti Mat Rabu, Pegawai Kanan Pendidikan (Ko -kurikulum), Daerah Gombak; Puan Hajah Marpuaton binti Sastero, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah; Hanane Saidi, Pengurus Besar Consumer Product Division, L'Oréal Malaysia; Pn Norlia bt Abu Bakar, Pengetua SMK Darul Ehsan; Chris Chan, Ketua Garnier Malaysia dan  I.S. Shanmugaraj, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) 

Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Garnier Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelancaran program pendidikan sekolah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada inisiatif hijaunya di bawah kempen ‘Green Beauty’.

Pelancaran tersebut telah diadakan di SMK Darul Ehsan di Selayang Baru dan dihadiri oleh Puan Hajah Marpuaton binti Sastero, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan I.S.Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen Garnier Malaysia untuk memupuk generasi Hero Hijau yang seterusnya melalui pendidikan.

Pelancaran pendidikan sekolah di bawah inisiatif 'Green Beauty' yang telah diadakan di SMK Darul Ehsan di Selayang Baru 

Green Beauty adalah inisiatif global Garnier melibatkan pendekatan menyeluruh ke arah kelestarian. Komitmen ini mempunyai sasaran besar menjelang 2025 untuk mengurangkan impak keseluruhan Garnier terhadap alam sekitar secara menyeluruh. 

Matlamat kelestarian 2025 termasuklah memastikan produk tidak dihasilkan daripada plastik baharu, dan menukar bungkusan bagi memastikan semua bahan boleh diguna semula, dikitar semula dan boleh dikompos. Dengan mengambil langkah-langkah hijau dalam setiap perjalanan operasi jenamanya, Garnier juga komited memastikan tapak industrinya adalah neutral karbon menjelang 2025. Garnier juga berhasrat memperkasa 1,000 komuniti melalui program Penyumberan Perpaduan (Solidarity Sourcing).

Karya seni yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula yang dihasilkan bersama oleh pelajar-pelajar SMK Darul Ehsan

Bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan inisiatif ini di peringkat tempatan, Garnier Malaysia bekerjasama dengan MNS untuk menjalankan program pendidikan sekolah yang bermatlamat mendidik 1,000 guru dan beribu-ribu lagi pelajar tentang kitar semula, guna semula dan cara-cara untuk menangani pencemaran plastik. 

Pameran bergerak jelajah "Green Beauty" yang interaktif,

Para pelajar juga turut diperkasa untuk mengamalkan pengetahuan kitar semula yang dipelajari melalui tong sampah kitar semula yang disediakan oleh Garnier.

Inisiatif ini dimulakan dengan pameran bergerak jelajah yang interaktif, dipenuhi pelbagai aktiviti dan bengkel pendidikan yang menyeronokkan di SK Subang Bestari 2 dan SMK Seksyen 4, Bandar Kinrara. Acara ini menerima banyak maklum balas positif daripada pelajar dan guru.

Hanane Saidi, Pengurus Besar Consumer Product Division, L'Oréal Malaysia bersama karya seni yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula

Chris Chan selaku pemimpin Garnier Malaysia berkata, “Pencemaran plastik terus menjadi isu di Malaysia. Melalui inisiatif Green Beauty, kami ingin memainkan peranan sebagai sebuah jenama kecantikan yang lestari dalam mewujudkan impak, tidak kiralah kecil atau besar, ke arah kesejahteraan alam sekitar dalam jangka masa panjang. Kami percaya terhadap kuasa pendidikan dan program pendidikan sekolah ini akan memupuk pencinta alam sekitar yang akan menjadi generasi Hero Hijau yang seterusnya demi Malaysia yang lebih bersih dan lebih hijau.”

“Garnier sangat berbesar hati dapat berganding bahu dengan MNS untuk melaksanakan inisiatif ini memandangkan mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang meluas bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan dan kesan inisiatif, sekaligus membolehkan kami sama-sama mencapai keseluruhan matlamat yang ditetapkan,” tambah Chan.

Hanane Saidi, Pengurus Besar Consumer Product Division, L'Oréal Malaysia

SMK Darul Ehsan telah dipilih untuk pelancaran ini memandangkan sekolah tersebut cukup dikenali dengan pelaksanaan inisiatif hijau yang pelbagai di kalangan pelajar dan komuniti. Antara inisiatif hijau yang dilaksanakan di sekolah ini termasuklah membina rumah hijau, sistem tadahan air hujan, menyediakan kelas agrikultur dan hortikultur, dan juga hab pengumpulan untuk minyak masak dan fabrik terpakai. 

Pelajar memberi taklimat kepada para tetamu kehormat tentang pelaksanaan program ‘Eco-Brick’ di SMK Darul Ehsan

Sekolah tersebut juga dikenali dengan pelaksanaan ‘Eco-Brick’, di mana botol plastik diisi padat dengan sisa buangan plastik untuk digunakan sebagai bahan binaan bagi menghasilkan dinding penebat atau perabot luar.

I.S.Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia

I.S.Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia berkata, “Program pendidikan sekolah di seluruh negara ini bertepatan dengan matlamat dan tujuan kami ke arah mendidik pelajar bagi mewujudkan minat mereka terhadap kitar semula dan pengurusan sisa buangan plastik. Bengkel interaktif dan menyeronokkan adalah cara untuk memperkenalkan topik sebegini kepada kanak-kanak sekolah dan kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Garnier Malaysia untuk merealisasikan masa hadapan yang lestari dan alam sekitar yang lebih hijau.”

Aktiviti pembersihan di Pantai Remis

Selain menjalankan program sekolah di seluruh negara ini, Garnier Malaysia dan MNS juga dalam perancangan untuk melaksanakan aktiviti pembersihan di lima pantai terpilih di negara ini. Aktiviti pembersihan pantai yang pertama telah diadakan pada 25 Mei lalu di Pantai Remis, Kuala Selangor dengan kehadiran 80 peserta.

80 peserta telah mengambil bahagian dalam program pembersihan pantai di antai Remis bulan Mei lepas.

Peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Garnier Malaysia, Watsons Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah hadir ketika pembersihan di Pantai Remis. Peserta berkumpul di Pantai Remis walaupun dalam cuaca hujan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pantai yang pertama kali diadakan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Green Beauty oleh Garnier, sila layari www.garnier.com.my/green-beauty atau ikuti Garnier Malaysia di Facebook atau Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI