HIBURAN YANG TIADA HENTI BERSAMA ASTRO DENGAN LEBIH 135 SALURAN HANYA PADA RM99.99*


Strim kandungan hiburan tanpa henti dengan lebih 135 saluran termasuk sukan SECARA LANGSUNG, kandungan terbitan Astro Originals dan akses ke Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO dan TVBAnywhere+ hanya pada harga RM99.99* sebulan dengan Astro Premium 1, 2 dan 3 atau Pek Platinum selama enam (6) bulan, serta nikmati penjimatan sehingga RM95 sebulan! Promosi ini sah untuk pelanggan baharu Astro mulai hari ini dan slot berdasarkan pendaftaran terawal.

Tawaran istimewa ini datang tepat pada masanya memandangkan tahun 2022 merupakan tahun sukan yang terbesar dengan acara sukan SECARA LANGSUNG seperti Wimbledon, F1, Malaysia Open, FIFA World Cup 2022; keluaran hits antarabangsa termasuk drama bersiri yang memenangi pelbagai anugerah, Westworld S4; keluaran eksklusif HBO GO, House Of the Dragon; rancangan Netflix yang dinanti-nantikan, Money Heist: Korea – Joint Economic Area, Stranger Things S4, Resident Evil, The Gray Man; rancangan Disney+ Hotstar yang mendebarkan, Ms. Marvel, Doctor Strange, Obi-Wan Kenobi; dan rancangan kegemaran tempatan, Setelah Terlafaznya Akad 2, Muzikal Lawak Superstar S2.

Pada masa yang sama, pelanggan baharu Pek Platinum juga akan mendapat tambahan saluran Sports selama 2 tahun untuk menikmati rangkaian saluran sukan tanpa had termasuk WWE Network, RugbyPass dan Astro Cricket.

Pelanggan baharu juga boleh mula strim pada dua skrin TV secara serentak dengan akses percuma ke aplikasi Multiroom (Smart TV) selama 12 bulan. Hanya muat turun aplikasi pada Smart TV anda di bilik yang lain dan anda boleh mula menikmatinya!

Berminat dengan tawaran ini? Daftar untuk Pek Premium 1, 2, 3 atau Platinum hanya pada RM99.99 sebulan dengan melayari astro.com.my atau WhatsApp “Nak Astro” sekarang ke 03-9543 3838.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM