FILEM 'MY SASSY GIRL' ADAPTASI INDONESIA BAKAL KE PAWAGAM MALAYSIA OGOS INI


TGV Pictures bakal membawakan filem komedi romantik terkenal Korea Selatan My Sassy Girl yang telah diadaptasikan semula di Indonesia. My Sassy Girl dinobatkan sebagai rancangan televisyen komedi Korea Selatan dengan kutipan tertinggi pada tempoh itu. 

Berikutan popularitinya, filem yang dibintangi oleh Cha Tae Hyun dan Jun Ji Hyun itu telah diadaptasikan semula ke versi Amerika Syarikat, China, Jepun, Thailand, dan Filipina.

Kini, rumah produksi Falcon Pictures telah menghasilkan My Sassy Girl versi Indonesia arahan Fajar Bustomi.


Dibintangi Jefri Nichol, Tiara Andini dan Raja Giannuca, filem ini dinanti-nanti peminat filem My Sassy Girl. Keserasian antara Tiara dan Jefri menjadikan filem ini sangat menarik dan dekat dengan remaja masa kini.

Pengarah filem Fajar Bustomi berkali-kali mendabik dada bahawa My Sassy Girl adalah filem kegemarannya. Filem Korea Selatan 2001 ini dikatakan sebagai filem pertama yang dikenalinya semasa kelas filem.

Kini apabila dia diminta menjadi filem Indonesia yang diadaptasi semula daripada karya arahan Kwak Jae-yong, Fajar Bustomi menjanjikan satu perkara: dia ingin menghasilkan filem My Sassy Girl dari sudut pandangannya.


"Saya sedang membuat filem versi sudut pandang saya, penafsiran saya. Dan saya ingin membuat filem yang mana ketika orang menontonnya, akan terasa Indonesia banget gitu," kata Fajar di hadapan media.

Saksikan ‘My Sassy Girl’ di pawagam pada 4 August 2022.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM