ONEPLUS MEMPERKENALKAN ONEPLUS NORD 2T 5G DAN ONEPLUS NORD CE 2 LITE 5G DI MALAYSIA

 

Jenama teknologi global OnePlus hari ini memperkenalkan dua tambahan terbaharu dalam OnePlus Nord, rangkaian telefon pintar mampu milik syarikat tersebut di pasaran Malaysia, iaitu OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G. Pelancaran dua telefon pintar ini merupakan pelancaran rasmi pertama OnePlus di Malaysia, memperlihatkan komitmen jenama ini terhadap pelanggan dan peminat OnePlus di Malaysia, seterusnya menunaikan janji mereka untuk ‘Never Settle’. 

Andy Shi, Presiden OPPO dan OnePlus Asia Pasifik (APAC) berkata, “OnePlus sentiasa berusaha membawakan teknologi terbaik kepada pengguna kami di seluruh dunia. Oleh itu, kami juga mempunyai komitmen terhadap pengguna di Malaysia, untuk memberikan hanya yang terbaik daripada segi prestasi, perisian dan pengalaman pengguna untuk pelbagai kategori harga, sama ada dalam rangkaian utama yang canggih dan premium, ataupun OnePlus Nord iaitu rangkaian telefon pintar kelas pertengahan mampu milik yang unggul.” 

OnePlus Nord 2T 5G merupakan gabungan sempurna untuk semua ciri hebat dalam rangkaian utama, sekaligus meletakkan telefon ini dalam kelasnya yang tersendiri. “Everything You Could Ask For”, ia menawarkan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC yang sama ditampilkan dalam OnePlus 10 Pro, cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1300 yang lebih laju dan telah ditambah baik secara holistik, kamera utama yang dipertingkatkan kecerdasan buatannya daripada OnePlus 10R, serta sistem operasi OxygenOS 12.1 untuk memberikan pengalaman yang pastinya pantas dan lancar pada harga hebat. 

Manakala, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G pula menjanjikan semua ciri teras dalam OnePlus yang menjadi pilihan pengguna pada harga paling berpatutan dalam jenama ini. Menawarkan “A Little More Than You’d Expect”, peranti yang dilengkapi kuasa penuh ini membawakan cip pemprosesan yang pantas dan tenaga efisien, bateri berkapasiti besar dengan pengecasan pantas dan paparan 120 Hz. Peranti ini juga hadir dengan pra pasang sistem operasi OxygenOS 12.1, mempunyai sambungan 5G dan mengekalkan ciri popular daripada siri Nord CE seperti bicu fon kepala 3.5 milimeter serta storan yang boleh ditambah melalui kad mikroSD. 

Beliau menambah, “Pengenalan OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G kepada pengguna dan peminat di Malaysia adalah selari dengan janji kami iaitu ‘Fast and Smooth has arrived’ yang mana kedua-dua peranti ini menjanjikan prestasi, ciri dan pengalaman pengguna yang menakjubkan. Selain itu, pengenalan ini juga mencatatkan peristiwa penting bagi kami sebagai sebuah jenama, kerana usaha ini memanifestasikan pegangan kami untuk menjadikan pengalaman OnePlus mudah dinikmati oleh semua. Meskipun begitu, ini hanyalah permulaan kerana kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak lagi produk yang akan membawa OnePlus lebih dekat dengan komuniti Malaysia dan pada masa yang sama memberi inspirasi kepada rakyat negara ini untuk Never Settle.” 



OnePlus Nord 2T 5G: Ciri Rangkaian Utama OnePlus yang Dipertingkatkan

Ciri rangkaian utama yang dipertingkatkan 

OnePlus Nord 2T 5G didatangkan dengan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, ciri utama yang sama seperti OnePlus 10 Pro, yang mampu menjana kuasa dwi-sel bateri berkapasiti besar 4,500 mAh daripada 1 hingga 100% dalam masa 27 minit. Hanya 15 minit diperlukan untuk menjana kuasa untuk sehari, 120% lebih pantas daripada OnePlus Nord yang asal. 

Peranti ini juga diperakui oleh TÜV Rheinland, sebuah syarikat yang diiktiraf di peringkat global, untuk pengecasan pantas dan penggunaan yang selamat. Bukan itu sahaja, OnePlus Nord 2T 5G turut dilengkapi dengan 9 sensor suhu siap pasang bagi memantau suhu pengecasan dalam masa nyata supaya telefon kekal selamat dan sejuk semasa proses pengecasan. Pada masa yang sama, litar bersepadu bebas atau integrated circuit (IC) menguruskan sistem pengecasan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan pengecasan. 

Terus berpegang pada janji untuk membawakan ciri rangkaian utama, OnePlus Nord 2T 5G menggabungkan unit kamera berkuasa tinggi di bahagian belakang, termasuk sensor 50 MP Sony IMX766 dengan penstabilan imej optik atau optical image stabilisation (OIS) seperti di OnePlus 10R, kamera ultra lebar 120° dan lensa mono 2 MP. 50 MP Sony IMX766 dipilih kerana saiz sensornya yang besar iaitu 1/1.56 inci, saiz piksel 1.0-μm dan sokongan terhadap sistem operasi yang apabila digabungkan dengan keupayaannya dalam membenarkan penembusan 56% lebih cahaya, membolehkan OnePlus Nord 2T 5G merakam foto yang lebih terang dan lebih terperinci dalam persekitaran yang bercahaya malap. OnePlus Nord 2T 5G turut menampilkan kamera ultra lebar 8 MP dengan keluasan pandangan 120°, membolehkannya merakam foto yang lebih luas.  

Tambahan lagi, OnePlus Nord 2T 5G menyokong mod Nightscape, yang boleh merakam foto dengan perincian tinggi dan warna semula jadi dalam cahaya malap. Diperkasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1300, fotografi pengiraan kecerdasan buatan (AI) pada OnePlus Nord 2T 5G dipertingkatkan untuk menghasilkan imej bercahaya rendah dengan kualiti terbaik dalam sejarah OnePlus Nord. 

Memanfaatkan kuasa teknologi pemprosesan imej DOL-HDR Sony, mod AI Highlight Video pada OnePlus Nord 2T 5G meningkatkan kecerahan, warna dan kontras klip video apabila merakam dalam persekitaran yang membelakangkan cahaya, pencahayaan tidak sekata atau pada waktu malam. Mod AI Highlight Video juga mengurangkan pendedahan pendek dan berlebihan dalam video supaya rakaman video lebih seimbang dan kelihatan semula jadi. Hasil daripada kuasa pengiraan yang dipertingkatkan dalam cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1300, OnePlus Nord 2T 5G mampu merakam video gerak perlahan pada kadar rakaman yang tinggi sehingga 960 fps, membolehkan pengguna merakam pergerakan pantas dengan tahap perincian yang hebat. 

Di bahagian hadapan, OnePlus Nord 2T 5G dilengkapi dengan sensor hadapan 32 MP yang sama seperti OnePlus 10 Pro. Kamera swafoto menyokong penstabilan imej elektronik atau electronic image stabilisation (EIS) dan algoritma penyahkaburan AI, yang meningkatkan kejelasan dan ketajaman foto serta video. 

Pantas dan Lancar 

OnePlus Nord 2T 5G dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1300 yang menawarkan pemprosesan okta-teras dengan kelajuan sehingga 3 GHz. MediaTek Dimensity 1300 dihasilkan menggunakan proses 6 nanometer, memberikan prestasi permainan yang lebih hebat, penggunaan kuasa yang lebih cekap dan kawalan suhu yang lebih baik dengan HyperEngine 5.0. MediaTek Dimensity 1300 disertakan dengan sehingga 12 GB LPDDR4X RAM dan sehingga 256 GB storan UFS 3.1 untuk memastikan pengguna menikmati pengalaman unggul OnePlus yang pantas dan lancar. 

Menarik lagi, OnePlus Nord 2T 5G menyokong teknologi Wi-Fi dan Bluetooth Hybrid 2.0, yang bukan sahaja membenarkan kelajuan data lebih konsisten apabila disambungkan ke rangkaian Wi-Fi, tetapi juga merendahkan kependaman audio apabila telefon disambungkan ke Wi-Fi dan peranti Bluetooth secara serentak. 

OnePlus Nord 2T 5G memaparkan paparan FHD+ AMOLED 6.43 inci yang besar dengan kadar segar semula 90 Hz, memberikan pengalaman menatal yang pantas dan lancar. Dengan sokongan HDR10+, pengguna boleh menonton video daripada aplikasi penstriman popular seperti Netflix dan Amazon Prime Video dengan warna yang lebih kaya dan lebih terang. Dwi sensor cahaya ambien pada bahagian hadapan dan belakang OnePlus Nord 2T 5G melaraskan kecerahan paparan secara automatik dengan cara yang tepat dan halus bersesuaian dengan persekitaran untuk pengalaman visual yang lebih baik serta selesa. 

OnePlus Nord 2T 5G didatangkan pra pasang dengan OxygenOS 12.1 pada Android™ 12, membolehkan multi-tugasan yang lebih baik, menambah baik penggunaan kuasa dan tontonan galeri yang lebih lancar. OnePlus Nord 2T 5G akan menerima dua kemas kini utama Android dan tiga tahun kemas kini keselamatan untuk memastikan pengalaman yang lancar dan dijamin selamat. 

Reka bentuk, dua warna yang menakjubkan 

Dengan ketebalan hanya 8.2 millimeter dan berat 190 gram, OnePlus Nord 2T 5G berasa selesa dalam genggaman. OnePlus Nord 2T 5G hadir dalam dua warna yang menakjubkan iaitu ‘Gray Shadow’ dan ‘Jade Fog’. Gray Shadow mempunyai kemasan batu pasir gelap dengan ciri anti-silau yang menonjolkan gaya tekstur berpasir disamping manik mikro yang meningkatkan daya tahan warna terhadap peluh serta cap jari untuk sentuhan estetik yang juga membangkitkan nostalgia terhadap OnePlus One. Varian Jade Fog pula mempunyai kemasan hijau jed berkilat dan rona berkabus, menampilkan gaya estetik yang menonjol dan elegan. 


OnePlus Nord CE 2 Lite 5G : Telefon Pintar 5G OnePlus yang Paling Berpatutan

Prestasi hebat dan lancar 

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G dikuasakan oleh platform mudah alih Snapdragon® 695 5G yang menawarkan pemprosesan okta-teras dengan kelajuan sehingga 2.2 GHz. Cip pemprosesan ini dihasilkan menggunakan proses fabrikasi 6 nanometer yang membantu memberikan prestasi yang berkuasa dan tenaga efisien, serta disokong oleh unit pemprosesan grafik Qualcomm® Adreno™ 619 yang meningkatkan prestasi sehingga 30% daripada generasi sebelumnya. Selain cip pemprosesan, ciri lain termasuklah sehingga 8 GB LPDDR4X RAM dan storan 128 GB. 

Bateri bersaiz besar 5,000 mAh digunakan dalam OnePlus Nord CE 2 Lite 5G yang boleh menjana kuasa untuk peranti sepanjang hari dengan kegunaan untuk permainan, penstriman dan menatal media sosial. Berdasarkan ujian dalaman OnePlus, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G boleh melakukan penstriman video YouTube selama kira-kira 21 jam atau bermain 23 pusingan PUBG Mobile selama 30 minit berturut-turut dengan sekali caj. Mengecas OnePlus Nord CE 2 Lite 5G adalah pantas dan mudah dengan 33W SUPERVOOC yang boleh mengecas semula bateri peranti daripada 1 hingga 50% dalam masa 30 minit sahaja. 33W SUPERVOOC juga menyokong perkakasan pemantauan suhu hasil daripada penggunaan 9 sensor berbeza pada OnePlus Nord CE 2 Lite 5G yang berfungsi memastikan peranti kekal sejuk dan berjalan lancar semasa proses pengecasan. 

Pada bahagian hadapan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G terdapat paparan FHD+ berukuran 6.59 inci dengan kadar segar semula 120 Hz dan teknologi LCD yang memberikan pengalaman tontonan yang lancar dan kuasa efisien. Paparan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G menggunakan sistem pengurusan kadar segar semula dinamik AI yang melaraskan kadar segar semula berdasarkan pada jenis kandungan yang digunakan untuk menambah baik penggunaan kuasa. 

Selain itu, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G juga menyokong enjin permainan HyperBoost yang memperkasakan ciri seperti General Performance Adapter (GPA) Frame Stabilizer yang berfungsi memberikan pengalaman permainan yang lebih stabil dan responsif. GPA Frame Stabilizer bertujuan mengurangkan turun naik kadar paparan apabila bermain pada OnePlus Nord CE 2 Lite 5G dan berfungsi memastikan penurunan kadar paparan berlaku secara beransur-ansur dan bukannya pantas serta mendadak. 

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G turut hadir denga pra pasang OxygenOS 12.1 dan akan menerima 2 kemas kini utama Android serta tiga tahun kemas kini keselamatan. 

Kamera yang lebih pintar 

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G mempunyai tiga kali ganda sistem kamera pada bahagian belakang dengan sensor utama 64 MP, menawarkan saiz piksel yang besar, justeru itu membolehkannya merakam foto yang lebih tajam, terperinci, kurang kabur dan ketidaksempurnaan terutamanya dalam persekitaran cahaya malap. Sensor utama 64 MP berfungsi seiring dengan kamera bantuan kedalaman 2 MP untuk memastikan rakaman pada mod Potret mempunyai kedalaman dan kejelasan yang sangat baik, dengan fokus yang tepat pada subjek. 

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G juga menyokong Nightscape, yang berfungsi pada kamera utama peranti bersaiz 64 MP untuk merakam sehingga lapan rakaman dengan pantas pada pendedahan cahaya yang berbeza dan menggabungkannya dengan kemas untuk menghasilkan foto yang lebih jelas, cerah dan lebih dramatik. 

Kamera 16 MP dengan penstabilan imej elektronik atau electronic image stabilisation (EIS) hadir pada bahagian hadapan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G. EIS membantu mengurangkan kekaburan yang disebabkan oleh faktor luaran seperti kenderaan bergerak dan gegaran pada tangan supaya dapat merakamkan foto serta video yang lebih jelas dan stabil. 

Dengan video dwi-paparan, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G membolehkan anda merakam menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak, seterusnya membuka pintu kepada pelbagai idea kreatif baharu semasa merakam video. 

Reka bentuk yang menarik perhatian 

Akhir sekali, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G didatangkan dalam dua warna menarik yang kalis cap jari dan kotoran iaitu Blue Tide serta Black Dusk. Blue Tide menawarkan campuran warna biru dan kuning, manakala Black Dusk pula mempunyai kemasan kabus hitam tanpa kilat. Sisi OnePlus Nord CE 2 Lite 5G adalah lebih rata, yang apabila digabungkan dengan reka bentuknya setipis 8.5 mm, peranti ini selesa untuk dipegang untuk tempoh yang lama baik secara mendatar mahupun menegak. 

OnePlus Buds Pro dan OnePlus Nord Buds 

Membawakan teknologi pembatalan hingar terkemuka industri dan audio premium kepada pengguna di Malaysia, OnePlus juga memperkenalkan dua peranti audio OnePlus yang mempunyai pelbagai ciri serta berkualiti tinggi pada dua harga berbeza yang memberikan nilai hebat iaiu OnePlus Buds Pro dan OnePlus Nord Buds. 

OnePlus Buds Pro merupakan fon telinga pembatalan hingar adaptif pintar atau adaptive noise cancellation (ANC) pertama jenama ini. Fon telinga tanpa wayar yang baharu dan premium ini mengetengahkan sistem pengurangan hingar pintar yang terkemuka dalam industri, kualiti panggilan yang tiada tandingan, prestasi bateri yang dipertingkatkan serta kualiti bunyi yang boleh diperibadikan untuk mencipta pengalaman audio yang benar-benar mengasyikkan dan premium. 

OnePlus Nord Buds pula mengembangkan portfolio dan falsafah produk Nord kepada alat dengar, dengan tawaran teknologi audio yang cemerlang pada harga yang kompetitif dan berpatutan. Dicipta berdasarkan ciri-ciri pilhan komuniti, Nord Buds mempunyai pemacu dinamik titanium 12.4 milimeter, menyokong Dolby Atmos dan menawarkan 30 jam gabungan ulangan dengan sekali cas. 

Harga dan Ketersediaan

OnePlus Nord 2T 5G, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G, OnePlus Nord Buds dan OnePlus Buds Pro boleh dibeli di semua kedai retail OnePlus, pengedar sah OnePlus, laman web rasmi OnePlus, serta kedai utama OnePlus di Shopee dan Lazada bermula 19 Julai. 

Harga jualan OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G masing-masing bermula dari RM1,899 dan RM1,199.

 

OnePlus Nord 2T 5G

RAM

Storan

Warna

Harga

12GB

256GB

Gray Shadow

RM2,099

8GB

128GB

Jade Fog

RM1,899

 

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G

RAM

Storan

Warna

Harga

8GB

128

Blue Tide, Black Dusk

RM1,199

Sementara itu, harga jualan OnePlus Buds Pro dan OnePlus Nord Buds masing-masing bermula dari RM799 dan RM299.

 

OnePlus Buds Pro

Warna

Harga

Glossy White

RM799

 

OnePlus Nord Buds

Warna

Harga

Black Slate, White Marble

RM299

Untuk maklumat lanjut mengenai OnePlus Nord 2T 5G, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G, OnePlus Buds Pro dan OnePlus Nord Buds yang baharu ini, layari laman web rasmi OnePlus, OnePlus Community, atau halaman Facebook dan Instagram OnePlus.

 


Comments

Popular posts from this blog

POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

LOVE IN RESORTS WORLD GENTING - JOEY YUNG THE TOUR ASIA