SINOPSIS: 'GUARD KOMANDO' LAKONAN SHAMSUL GHAU GHAU DI SLOT DIANDRA TV9


Perkhidmatan kawalan keselamatan di taman perumahan sudah menjadi keperluan masyarakat kini. Bersediakah Komandudu Adnan lakonan oleh Shamsul Ghau Ghau untuk memikul amanat besar ini? Bagaimana beliau memujuk ketiga-tiga anak lelakinya untuk menyertai misi ini?

Terbaharu di slot Diandra, Guard Komando bakal bersiaran pada 28 Julai 2022, setiap hari Khamis dan Jumaat, pukul 8.30 malam. Ia juga dapat disaksikan dengan strim langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Mp Roslin Md Sharif, nukilan skrip oleh Amin Shakib dan Azmy Ariff dengan menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Shamsul Ghau Ghau, Fendy Bakry, Mark Adam, Jiggy Masin, Ayunie Rizal dan ramai lagi.

Taman Kampung Coh sedang berhadapan dengan kes kecurian yang tinggi. Pak Kassim, penghulu kampung mengadakan mesyuarat dengan beberapa wakil penduduk untuk mencari jalan penyelesaian segera. Mereka sudah banyak berusaha selama ini namun semua usaha itu gagal dilaksanakan dengan berkesan. Kini, Pak Kassim menaruh harapan kepada Komandudu Adnan (Shamsul Ghau Ghau) yang dipercayai mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah ini.


Komandudu menetapkan syarat bahawa dia akan memilih pasukannya sendiri. Jadi, Komandudu telah berjumpa dengan ketiga-tiga anak lelakinya, Kholid (Fendy Bakry), Mansur (Mak Adam ) dan Dollah (Jiggy Masin) untuk bekerja dengannya menjaga sebuah taman. Pada mulanya, mereka bertiga tidak bersetuju kerana masing-masing mempunyai impian dan cita-cita yang lain. Sayangnya, cita-cita mereka tidak kesampaian. Mereka tidak ada pilihan dan terpaksa menuruti kehendak ayah mereka. Nama pasukan iaitu Guard Komando juga unik kerana Komandudu mendapat idea dengan menggabungkan nama pangkal anak-anaknya.

Bermulalah pengembaraan Guard Komando di Taman Kampung Coh. Mereka terus diberikan kepercayaan untuk menyiasat kes kecurian yang berlaku di taman tersebut. Pada masa yang sama, Komandudu juga tegas melatih anak-anaknya tentang asas menjadi pegawai keselamatan. Kehadiran Guard Komando memberi sinar baharu kepada penduduk Taman Kampung Coh apabila mereka berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang berlaku di taman tersebut. Namun, kehadiran mereka tidak disenangi oleh sekumpulan gangster yang semakin sukar untuk melakukan operasi mengganggu penduduk di situ. Adakah Guard Komando betul-betul berkaliber untuk menjaga keselamatan Taman Kampung Coh?


Jangan ketinggalan untuk menonton drama komedi ini, Guard Komando menerusi slot Diandra, setiap hari Khamis dan Jumaat, pukul 8.30 malam bermula 28 Julai 2022 di TV9 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia. Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat untuk info terkini tentang drama kegemaran anda.

Comments

Popular posts from this blog

POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

LOVE IN RESORTS WORLD GENTING - JOEY YUNG THE TOUR ASIA