SULUR NAKASARI KETENGAHKAN KEUNIKAN TARIAN NEGERI-NEGERI MALAYSIA DI ISTANA BUDAYA


Istana Budaya adalah sebuah pusat kecemerlangan seni yang berupaya menyediakan bakat dan kepakaran tenaga kreatif untuk merealisasikan apa jua bentuk persembahan terutamanya tari, muzik dan teater. 

Menyaksikan sambutan memberangsangkan peminat seni tanah air terhadap program tari seperti “Malaysian Floor Pattern” dan persembahan muzik antaranya “Pesta Muzik Gamelan Sedunia” dan “Konsert OTM Malaysian Diversity”, maka tercetuslah idea untuk mementaskan persembahan yang berkonsepkan penciptaan muzik dan koreografi tari bertajuk ‘Sulur Nakasari’ pada tahun ini. 

Sulur bagi mewakili seni tari yang bakal mengetengahkan keunikan identiti negeri-negeri di Malaysia dan Nakasari pula mengambil unsur gabungan etnik tradisional Malaysia dengan irama muzik dunia (world music) yang kaya dengan pelbagai rentak. 

“Sulur Nakasari”, begitulah uniknya tajuk bagi sebuah pementasan yang bertujuan memberi pendedahan, memupuk minat dan meningkatkan aspirasi masyarakat terhadap pementasan seni tari dan gubahan muzik yang baharu serta tersendiri . 

Program ini melibatkan persembahan 16 gubahan lagu baharu oleh pemuzik-pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang mana 10 lagu tersebut akan diiringi dengan 10 reka cipta koreografi tari oleh koreografer senior Istana Budaya. 

Lagu-lagu yang selebihnya akan dimainkan tanpa iringan tarian. Sulur Nakasari akan dipentaskan selama dua malam pada 23 & 24 Julai 2022, 8:30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket berharga RM15, RM25, RM35 dan RM80 (meet & greet) boleh didapati di laman sesawang Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my bermula 4 Julai 2022 dan di Kaunter Box Office bermula 18 Julai 2022 pada jam 10:00 pagi sehingga 4:30 petang. 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran dan Pengurusan Panggung di talian 03 4026 5555 / 5546 / 5553. 

Orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan ini perlu lengkap divaksin, memakai pelitup muka sepanjang persembahan dan mematuhi SOP MKN serta peraturan sedia ada di Istana Budaya. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dibenarkan menonton dengan syarat ditemani ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi. Pihak Istana Budaya berhak menghalang orang ramai yang bergejala dan tidak mematuhi SOP daripada memasuki premis.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!