TUDUM - ACARA ANTARABANGSA BUAT PEMINAT NETFLIX KEMBALI DI BULAN SEPTEMBER


Tudum: A Netflix Global Fan Event bakal kembali! Acara global yang telah meraih lebih daripada 25 juta tontonan para peminat Netflix di 184 negara di serata dunia bakal menemui anda pada hari Sabtu, 24 September dengan lima acara global dalam tempoh 24 jam!

Saksikan kemeriahan TUDUM yang bakal menampilkan berita-berita eksklusif, klip-klip yang belum pernah dipertontonkan, treler, dan pandangan pertama, serta pelbagai wawancara bersama bintang-bintang dan pencipta kandungan Netflix yang tersohor. Acara maya yang bakal distrimkan secara percuma adalah untuk meraikan para peminat Netflix dan berkongsi berita terkini mengenai lebih 100 buah program, filem dan persembahan eksklusif kegemaran peminat dari serata dunia.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Tudum pada 24 September. Antara acara global yang telah dijadualkan adalah seperti berikut.
  • Jam 10:00 pagi MYT, 23 September, Tudum dimulakan dengan pemgumuman program-program dari negara Korea.
  • Jam 1:30 petang MYT, 23 September 23), para peminat bakal dihidangkan dengan pengumuman program-program dari negara India.
  • Jam 1:00 pagi MYT, 25 September, para peminat bakal menerima berit-berita eksklusif mengenai program dan filem dari Amerika Syarikat dan Eropah, serta pra-tonton program-program dari negara Amerika Latin.
  • Jam 12:00 tengahari MYT, 25 September, bintang-bintang dari Jepun bakal menutup tirai Tudum dengan meraikan acara dengan hiburan dari negara Jepun.
Tudum: A Netflix Global Fan Event bakal distrimkan melalui saluran Netflix YouTube dalam pelbagai bahasa. Layarilah laman web rasmi di Tudum.com/event, untuk berita terkini mengenai acara ini. Tandakan kalendar anda untuk 24 & 25 September!

Ikuti @NetflixMY di Instagram dan juga Facebook!

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM