FRANCAIS KOMEDI AKSI BLOCKBUSTER NO 1 MALAYSIA, ABANG LONG FADIL 3 SEDIA GEGARKAN PAWAGAM TANAH AIR!

 

Francais komedi aksi ‘blockbuster' no 1 Malaysia, Abang Long Fadil kini bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei dengan sekuel terbarunya, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September depan. 

Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan. 

Abang Long Fadil 3 sekali lagi mendapat sentuhan dan idea asal oleh pengarah cukup berkaliber, Syafiq Yusof. Syafiq amat terkenal dengan filem-filem pecah panggung dan digelarkan sebagai pengarah yang sukakan tampilkan ‘twist’’ plot seperti Abang Long Fadil, Misteri Dilaila, KL Special Force, Penunggang Agama. 

Antara kekuatan dan kelainan dalam Abang Long Fadil 3 adalah comeback kumpulan JOZAN, Zizan Razak dan Johan selepas setengah dekad. Malah, menerusi klip teaser filem yang menampilkan kedua-dua pelakon ini telah menerima respon baik dan memperlihatkan keterujaan penonton menanti kehadiran filem ini. 

Selain Zizan dan Johan, turut dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperi Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj. Hampir kesemua pelakon serlahkan adegan aksi yang mengujakan. 

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Melihat reaksi penonton dan kejayaan filem di pawagam sekarang ini, telah membuktikan kepercayaan penonton terhadap filem tempatan sentiasa ada, cuma mereka lebih cenderung menantikan filem yang baik dan berkualiti. Kejayaan filem tempatan itu juga secara tidak langsung turut memberi nafas baru buat pengkarya untuk melangkah lebih jauh. Kini tiba giliran Astro Shaw dan Skop Productions kembali selepas dua tahun dalam percaturan filem tanah air dan bersedia untuk mencipta fenomena tersendiri menerusi Abang Long Fadil 3. Di samping itu, kami juga merangka strategi pemasaran yang kreatif bagi menambahkan lagi keterujaan penonton dalam menantikan filem francais popular ini pada bulan hadapan. Sebagai permulaan, kami telah melancarkan kempen ‘Sama Tak Serupa’. Selain itu, kami rasa amat berbesar hati turut berpeluang menjalinkan kolaborasi bersama penaja-penaja, di samping kerjasama erat bersama pemamer dan mendapat sokongan padu daripada station radio Melayu dan Inggeris Astro, serta portal hiburan nombor 1, Astro Gempak. Kami mengharapkan Abang Long Fadil 3 yang merupakan pembuka untuk Astro Shaw selepas dua tahun, dapat membantu mengubah momentum industri perfileman ke arah satu paradigma yang baru.” 

Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam melahirkan rasa gembira akhirnya filem daripada francais pecah panggung ini akan temui penonton tidak lama lagi. “Kami percaya kini adalah masa yang tepat untuk tampilkan Abang Long Fadil 3 dan menambahkan lagi keyakinan kami apabila melihat sambutan luar biasa penonton serta peminat terhadap filem tempatan baru-baru ini. Abang Long Fadil 3 menjanjikan kelainan di mana ia mempersembahkan arah tuju yang lebih mantap. Peminat francais Abang Long Fadil dapat melihat transisi karya ini daripada filem pertama pada tahun 2014, kemudian sekuel pada tahun 2017 sehingga filem terbaru ini. Malah, kemunculan watak-watak baru juga turut menyerikan dan memberi nafas baru kepada francais ini. Kami harap kehadiran Abang Long Fadil 3 pada 8 September ini mampu merancakkan lagi industri perfileman Malaysia.” Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 9, 10, 11 September dan di Selatan, 16, 17, 18 September di Utara. 

Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. Manakala OST bagi filem Abang Long Fadil 3 adalah ‘Payung’ nyanyian Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. 

Buat peminat boleh turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan buat peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 Ogos nanti. 

Filem ini juga telah mendapat tajaan daripada KLCC selaku penaja lokasi bagi Malam Gala Abang Long Fadil 3 di kawasan Esplanade dan di selaras bersama TGV Cinemas. Selain itu, Suria KLCC turut menaja melalui platform promosi LED Skrin di Concourse, digital outdoor screen di Pintu Masuk Ampang, papan tanda digital di sekitar mall Suria KLCC, perkongsian promosi di media sosial dan eDMs (mesej elektronik melalui emel). 

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. 

Nantikan filem yang bakal mengulangi fenomena pecah panggung, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?