FESTIVAL PANDA PARADISE UNTUK RAIKAN ULANG TAHUN KE-10 FOODPANDA


foodpanda Malaysia meraikan satu lagi kejayaan terbesarnya! 10 tahun beroperasi di pasaran Malaysia, rakyat Malaysia di seluruh negara telah mendapat kegembiraan yang telah dihantar melalui pesanan mereka, tidak kira makanan kegemaran, barangan runcit dan juga keperluan perubatan.

Mengulas mengenai kejayaan ini, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, “Kami berbangga untuk berkongsi bahawa kami adalah platform oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun ke-10 ini. Pencapaian yang luar biasa ini pastinya tidak dapat dikecapi tanpa sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pelanggan, rakan penghantaran dan vendor.”

Tambah beliau, “Tidak dapat dinafikan industri ini telah berkembang dengan pesat sejak 10 tahun lalu dan akan terus maju ke hadapan. Kami telah membina teknologi sendiri selama bertahun-tahun untuk mencipta peralatan dengan menyediakan platform yang inklusif untuk para penghantar, peniaga dan pelanggan. Kami akan terus memainkan peranan penting dalam ruangan q-dagang, mengukuhkan perniagaan tradisional dan berusaha ke arah meningkatkan kemahiran rakan penghantaran. Kami tetap optimis dengan pelbagai peluang dan cabaran yang akan datang dan menantikan 10 tahun yang akan datang.”


Untuk meraikan majlis ini, foodpanda Malaysia telah menganjurkan makan malam di ibu pejabatnya sebagai penghargaan dan berterima kasih kepada semua rakan kongsi di atas sokongan berterusan mereka selama ini. Selain itu, foodpanda Malaysia akan menganjurkan karnival panda paradise bermula dari Jumaat, 12 Ogos hingga Ahad, 14 Ogos ini. Diadakan di tempat letak kereta terbuka Sunway City, berhadapan Sunway Resort, ia diadakan untuk rakyat Malaysia merasai pengalaman luar biasa foodpanda di luar aplikasi.

Walaupun ianya adalah hari jadi foodpanda tetapi ia adalah pesta untuk anda! panda paradise adalah tempat untuk anda melarikan diri daripada kesibukan dan hiruk pikuk kota. Hanya untuk 3 hari, anda boleh meneroka pelbagai jenis makanan yang sedap dan enak, berseronok bermain permainan atau bersantai bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga. Semua dijemput hadir.

Jangan ketinggalan juga untuk menyertai permainan pandamart Sweep, di mana setiap peserta akan mengenal pasti senarai barangan daripada lagu rap yang diperdengarkan sebelum mereka ‘menyerbu’ ke booth pandamart untuk mencari barangan yang telah disenaraikan dalam masa yang telah ditetapkan. Di samping itu, para pengunjung juga boleh memenangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad Air, Samsung Soundbar dan baucer pandamart bernilai RM500 dan banyak lagi untuk cabaran Count The Items dan mencari harta karun.

Sekiranya ini masih tidak cukup mengujakan, para pengunjung juga dapat menyaksikan persembahan bakat tempatan yang menarik serta hidangan lazat dari vendor, seperti aiskrim Wall, ZUS Coffee, Wowffle, Pastryville, Soul Brew, Texas Chicken, Pizza Hut, Chatime, US Pizza, J Co Donuts, Boat Noodles dan banyak lagi. Selain itu Bank RHB, ETIQA dan Sunway Pyramid adalah antara rakan kongsi yang turut serta.

Untuk mengunjungi panda paradise, para pengunjung terlebih dahulu dikehendaki menjadi pelanggan pandapro dan boleh mendapatkan potongan sebanyak 20% ke atas semua barangan di tapak karnival apabila menggunakan kod PANDA10. Untuk pembelian setiap barangan pula para pengunjung perlu memilih kotak Pick-Up melalui aplikasi foodpanda.

panda paradise akan beroperasi pada 12 Ogos 2022, hari Jumaat bermula daripada 5.30 petang hingga 11 malam serta pada hari Sabtu (13 Ogos) dan Ahad (14 Ogos) ia akan dibuka pada pukul 3 petang hingga 11 malam.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA