MEMENANGI HADIAH BERNILAI RM50K MELALUI KEMPEN IBILIKHUNTER



iBilik, syarikat pengurusan penyewaan terkemuka di Malaysia, merupakan dalang di sebalik kehadiran avatar-avatar penuh misteri yang berkeliaran di jalan-jalan sekitar Bukit Bintang dan Jalan Imbi, dengan pakaian ibarat detektif dan topi, serta lilitan lengan bertuliskan ‘iBilikHunter’. Rakyat Malaysia yang bermata tajam boleh menyapa avatar-avatar ini secara bersemuka untuk memenangi hadiah kredit dompet digital bernilai RM50 ataupun baucar sewaan sebulan percuma untuk iBilikPreferred secara langsung.

Sepanjang kempen iBilikHunter yang akan berlangsung sehingga penghujung September 2022, iBilik akan mengemas kini klu-klu terbaharu melalui entri “Stories” di akaun Facebook, Tiktok dan Instagram mereka buat membantu para pemburu mengesan keberadaan avatar-avatar tersebut.

Kempen sepanjang 3 bulan ini tidak hanya akan berlangsung di jalan-jalan sekitar Lembah Klang, malah juga di media sosial. Para pemburu yang membuat siaran gambar beserta hashtag kempen iaitu #ibilik, #ibilikhunter dan #barudeal, akan berpeluang memenangi sebuah iPad, manakala peserta cabaran TikTok pula akan berpeluang untuk memenangi sebuah AirPod max.

Inisiatif ini adalah berikutan inflasi yang semakin meningkat, yang seterusnya telah memberi kesan kepada kos kehidupan rakyat Malaysia. Sebahagian besar daripada mereka yang terkesan terdiri daripada keluarga muda, mahasiswa dan graduan baharu yang berpindah negeri untuk memulakan perjalanan kerjaya mereka. iBilik sedar akan kepentingan isu ini dan berharap dapat membantu mengurangkan beban para pengguna dari kalangan golongan yang terkesan ini.

“Hasrat kami adalah untuk berhubung dengan rakyat Malaysia, khususnya golongan orang muda. Oleh itu, penting untuk kami berada di platform yang selalu digunakan mereka, dan berhubung melalui aktiviti yang mereka gemari. Selain daripada menganjurkan kempen yang seronok buat para pengguna kami serta orang awam, kami juga ingin menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah untuk para penyewa muda yang baru berpindah ke kota. Dengan pelancaran iBilikPreferred kami tempoh hari, kami rasa kini merupakan masa terbaik untuk para peserta kempen menebus satu bulan sewa percuma untuk rumah-rumah yang disewa melalui iBilik Preferred,” kata Lee Seng Hee, Pengasas Bersama dan CEO iBilik.

iBilikPreferred merupakan sebuah ciri yang membolehkan pengguna mencari rumah sewa yang paling sesuai pada harga mampu milik dengan lebih yakin. Selain daripada menawarkan kemudahan Penasihat Maya, semua penyenaraian di bawah iBilikPreferred mengikut garis panduan 30 langkah yang ketat, bagi memastikan ia dilengkapi dengan perabot dan peralatan yang memberikan pengalaman penyewaan yang selesa untuk para penyewa iBilik.

Selain daripada mesra penganut agama Islam dan tidak memerlukan deposit, kesemua hartanah ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan pembersihan mingguan dan WiFi percuma. Tidak hanya itu, iBilik juga menyediakan pilihan Rent-to-Own untuk mereka yang ingin memiliki rumah tanpa mengeluarkan jumlah yang besar untuk bayaran muka.

“Tujuan kami adalah untuk memastikan bahawa kami memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan membantu mengurangkan kerisauan para penyewa dalam mencari rumah sewa,” tambah Lee.

Dengan rombakan pasukan operasi dan kepimpinannya baru-baru ini, iBilik meneruskan lagi trajektori pertumbuhannya dengan pelbagai rancangan untuk membawa perkhidmatannya ke tahap yang lebih tinggi, seterusnya memastikan tawaran mereka menepati keperluan dan kehendak para pengguna yang sentiasa berubah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ibilik.com.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING