THE SIL TAMPILKAN PENYANYI BAHARU, ZELLA DALAM BALADA 'AKU ISABELLA'


"Aku Isabella" ciptaan Ell Rock & Raja Faizal menjadi pilihan kedua band THE SIL selepas melancarkan single pertama mereka di Malaysia berjudul ‘’Yang Enak’’. Ahli band THE SIL semuanya berasal dari Jakarta, Indonesia kecuali Ell Rock (vokalis & pemain gitar utama) merupakan anak jati kelahiran Kuching, Sarawak. Mereka dikatakan sedang membina nama di negara seberang dan untuk lagu kedua baru ini mereka bergandingan dengan penyanyi baru – Zella.

"Aku Isabella dihasilkan dengan lebih komersial, bergenre pop balada , easy listening dan tajuknya yang lebih bergenre alternatif rock" – Kata komposer Raja Faizal.

Lagu ini dihasilkan bersama oleh Raja Faizal & Ell Rock yang juga merupakan penerbit utama produksi lagu ini. Raja Faizal sememangnya bernaung di bawah Luncai Emas dalam penjagaan hakcipta karyanya. Beliau sebelum ini pernah menciptakan lagu untuk artis ternama seperti Handy Black (Setia Cinta) , New Boyz (Sahabatku), dan juga lagu raya untuk para DJ Suria FM seperti Halim Othman, Linda Onn dan DJ Lin (Suria Di Pagi Raya & Sebulan Berhari Raya). Lagu pertama ciptaanya ialah untuk kumpulan Candy pada tahun 1998 berjudul Racun Pujangga.

"Saya mula mengenali Datuk M.Nasir sebagai pesilat di Konsert Canggung Mendonan waktu itu ( 1993 /1994 ) . Dan untuk itu lah saya amat dekat dengannya". – Jelas Raja Faizal. Raja Faizal dan Ell Rock mentafsirkan lagu ini adalah jawapan watak Isabella tersebut kepada band legenda Malaysia iaitu kumpulan Search.

Rakaman lagu di buat di NTBH Records, Bekasi, Jakarta. Dengan bakat dan skill hebat dari ahli The Sil, maka terhasillah lagu ini. "Awalnya ahli kurang setuju kerana sudah beza jalur muzik yang dimainkan sebelum ini , namun ianya menjadi apabila diberi guide dan melodi. Lagu ini juga dikatakan diinspirasikan dari karya – karya Datuk M.Nasir"- Jelas Ell Rock. THE SIL terdiri daripada Ell Rock (vokalis & pemain gitar utama) , Sablem (vokalis utama & pemain gitar) , Rio ( Drum ) dan Zella (Vokalis Undangan ).

Zella terdahulunya keluarkan single bersama karya Ell Rock yang berjudul ‘Your Smile On Eyes’ dan untuk single kali ini , Zella berkata ‘’menurut saya lagu ini bagus , dan saya bahagia apabila dipasarkan di Malaysia’’ .

Luncai Emas bertindak sebagai label yang mengedarkan secara jualan digital bagi single ini. Tanggal 7 Julai video klip rasmi ‘Aku Isabella’ telah dilancarkan di youtube Luncai Emas dan telah mencapai tontonan lebih 100 ribu untuk tempoh 2 minggu .


Semoga lagu ‘AKU ISABELLA’ ini dapat memberi satu warna dan nafas yang baru dalam memenuhi katalog lagu-lagu di Malaysia dan seterusnya mampu memberi impak dalam mengeratkan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun atas platform Industri Seni Muzik serantau.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING