TINJAUAN DUREX DEDAH PENINGKATAN AKTIVITI SEKSUAL DI KALANGAN BELIA MALAYSIA


Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia (“Tinjauan Durex”), yang dijalankan di kalangan belia Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun pada April dan Mei 2022, mendedahkan semakin ramai belia melakukan hubungan seks secara aktif. Tinjauan Durex turut mendapati majoriti daripadanya memiliki pengalaman pertama hubungan seks sebelum umur 22 tahun, selain salah faham terhadap jangkitan seksual (STI) dan kehamilan yang masih meluas dalam kalangan masyarakat.

Hasil tinjauan diumumkan pada majlis pelancaran kempen #COMETOGETHER, yang bertujuan menggalakkan lebih banyak dialog terbuka bagi membincangkan isu berkaitan seks. Berdasarkan hasil tinjauan, Durex komited membantu golonga muda Malaysia mendekatkan jurang pengetahuan seksual, melengkapkan dengan maklumat tepat dan membimbing mereka membuat keputusan lebih tepat berkaitan aktiviti seksual.

Hasil Tinjauan Durex dikategorikan kepada beberapa bidang utama, antaranya aktiviti seksual belia Malaysia, perbandingan persepsi dengan realiti, dan tahap pengetahuan kesihatan seksual dan reproduktif. Beberapa penemuan penting diperoleh ketika sesi dialog terbuka menunjukkan:
  • 35.4% belia Malaysia mengaku pernah melakukan hubungan seks berbanding hanya 18.8% pada tahun 2016.
  • 62% belia Malaysia mengakui pertama kali melakukan hubungan seks pada usia 22 tahun ke bawah. Data 2016 adalah 42%.
  • 31% masih mempercayai mitos wanita tidak boleh hamil sewaktu tempoh haid, manakala 20% lagi menjawab mereka ‘tidak pasti’.
  • 31% mengakui tidak tahu adakah wanita boleh hamil selepas melakukan hubungan seks kali pertama.
Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran di Reckitt berkata, “Perbincangan topik kesihatan seksual adalah sangat penting bagi memastikan golongan muda Malaysia mampu membuat keputusan betul berkaitan seksualiti mereka. Taktik ‘menakut-nakutkan’ yang diamalkan sebelum ini tidak lagi berhasil. Melalui kempen #COMETOGETHER, Durex memberikan nasihat ikhlas, maklumat​​ bersesuaian dengan usia mereka dan kemahiran yang diperlukan mereka supaya lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan serta kesejahteraan diri mereka secara menyeluruh.

Menurut Tang, Tinjauan Durex pada April 2022 mendedahkan tahap pemahaman masyarakat mengenai kontraseptif, STI serta stigma dan persepsi berkaitan seks. Ia turut diperluaskan meliputi segmen aktiviti seksual lain seperti ‘sexting’ dan memahami tanggapan golongan muda Malaysia terhadap seks.

“Kami berharap penemuan tinjauan ini akan membuka lebih banyak peluang perbincangan terbuka berkaitan seks dan seksualiti dalam mewujudkan ‘ruang selamat’ kepada golongan muda Malaysia supaya tidak takut berkongsi pengalaman, mendidik diri mereka dan bertanyakan soalan. Lebih banyak maklumat diperoleh, maka lebih matanglah golongan mudaini dalam membuat pilihan yang lebih baik.”

Satu sesi forum perbincangan diadakan sempena majlis pelancaran kempen #COMETOGETHER, membariskan panel-panel yang terdiri daripada Jerome Goh, Pengurus Pemasaran, Durex Malaysia; Siti Aishah, pengasas SPOT Malaysia; Tengku Aira Tengku Razif, Penganalisis Program UNFPA Malaysia; Chan Fun Shin, Kaunselor Berdaftar dan Ahli Terapi Seks; serta Arwind Kumar, pencipta kandungan dan aktivis sosial.


Secara keseluruhannya, semua panel sepakat susulan kebanyakkan maklumat digital yang mudah diakses generasi millennial kini, wujud keperluan mustahak untuk menyediakan akses kepada golongan muda dalam membentuk pandangan lebih tepat kepada seks, hubungan intim dan keselamatan. Panel turut berkongsi idea kreatif bagaimana masyarakat dapat turut serta dalam usaha memberi pendidikan kesihatan seks kepada golongan muda Malaysia agar mereka berupaya membuat pilihan lebih sihat dan selamat.

Dalam maklum balas kempen Durex #COMETOGETHER, Siti Aishah berkata, “Kami percaya Agensi Bukan Kerajaan, Organisasi Masyarakat Sivil, Badan Kerajaan dan pihak berkaitan perlu berkerjasama memastikan kelangsungan usaha ini bagi menonjolkan pentingnya pendidikan berkaitan kesihatan seks dan reproduktif. Kami gembira dapat turut sama dalam kempen ini kerana ia selari dengan kerja-kerja advokasi yang kami lakukan. Kami ingin menggalakkan sikap positif terhadap kesihatan seks dan reproduktif, seiring pembangunan sahsiah dan sosial. Pendidikan keseksualan yang ‘mesra-budaya’ dan dibangunkan secara wajar adalah kunci bagi membantu golongan muda melengkapkan diri dengan pengetahuan yang dapat mencegah STI, isu seksual dan kehamilan tidak terancang.”

Sejak ditubuhkan pada 2015, SPOT Malaysia menggunakan modul yang dibangunkan khas untuk melengkapkan gadis di pelbagai peringkat usia dengan keyakinan diri dan daya tahan supaya mempu membuat keputusan tepat berkaitan kesejahteraan diri mereka.

Tengku Aira Tengku Razif berkata, “UNFPA percaya bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dalam pendidikan kesihatan seksual. Daripada agensi Kerajaan, NGO, sektor korporat sehinggalah individu, kita memerlukan pendekatan menyeluruh dalam mendidik generasi muda kita. Kita mahu remaja memiliki pandangan positif terhadap tubuh dan seksualiti mereka, serta berupaya memecahkan pemikiran tabu melibatkan kesihatan seksual. Oleh itu, kami menghargai usaha Durex Malaysia melancarkan kempen seperti ini.”

Tinjauan Durex 2022 dilaksanakan terhadap lebih 1,000 belia Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Maklumat lanjut berkaitan kempen Durex #COMETOGETHER, sila layari di sini.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.