AONIC DILANTIK SEBAGAI PUSAT PERKHIDMATAN RASMI DJI ENTERPRISE DI MALAYSIA


Aonic (dahulunya dikenali sebagai Poladrone), merupakan rakan kongsi DJI Enterprise sejak 2017 yang kini bergelar Gold Partner, telah dilantik sebagai Pusat Perkhidmatan Rasmi DJI Enterprise pertama di Malaysia. Pelantikan ini meningkatkan keupayaan Aonic untuk menyediakan kepakaran dan perkhidmatan kepada pelanggan perusahaan yang memerlukan sokongan teknikal dan penyelenggaraan dron.

Dengan penjenamaan serba baharu, Aonic mempunyai lima vertikal perniagaan - Pertanian, Perindustrian, Perkhidmatan, Peruncitan dan Akademi, yang bertujuan untuk menyediakan ekosistem yang holistik melangkaui keupayaan terasnya yang berpaksikan dron. Malaysia merupakan pasaran dron yang penting di rantau ini kerana ia dijangka menyumbangkan RM50bil dalam KDNK dan menawarkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030 berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Malaysian Research Accelerator for Technology Innovation (MRANTI).

Dengan pertumbuhan pesat dalam aplikasi dron perindustrian di Malaysia dan negara lain di Asia Tenggara, penyedia penyelesaian semua-dalam-satu itu terus membina pasukan pakar dalamannya yang terdiri daripada pakar R&D, operasi, penyelenggaraan, khidmat selepas jualan, perisian dan latihan. Aonic juga merupakan Remote Pilot Training Organisation (RPTO) pertama yang dilantik CAAM di Malaysia, sekaligus memastikan sokongan latihan untuk memastikan dron dikendalikan dengan selamat dan tepat.

Komitmen menyeluruh untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh dan melengkapkan diri dengan pemahaman mendalam tentang pelbagai industri telah membuka jalan kepada pelantikan Aonic sebagai Pusat Perkhidmatan Rasmi DJI Enterprise yang pertama di Malaysia.

“Syarikat kami bermula dengan berbekalkan semangat untuk membawa keupayaan transformatif teknologi dron kepada para usahawan dan ahli perniagaan yang berbakat. Dengan perkembangan teknologi dron yang digunakan merentasi pelbagai spektrum aplikasi di Malaysia, matlamat kami kini adalah untuk membina satu ekosistem yang kehadapan bagi memajukan ahli perniagaan tradisional. Pelantikan sebagai Pusat Perkhidmatan Rasmi DJI Enterprise yang pertama di Malaysia merupakan bukti komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh yang disesuaikan untuk keperluan perniagaan pelanggan kami,” kata Cheong Jin Xi, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aonic.

“DJI Enterprise memberi fokus untuk mengembangkan teknologi dron dengan menyediakan bukan sahaja penyelesaian yang lebih mudah alih dan cekap, tetapi juga perkhidmatan setempat. Aonic telah membuktikan secara konsisten komitmen mereka untuk memastikan bahawa kami dapat bersama-sama mengukuhkan lagi reputasi DJI dalam menyediakan penyelesaian inovatif kepada perusahaan yang ingin meningkatkan keupayaan operasi harian mereka,” kata Holly Huo, Pengurus Jualan Asia Tenggara, DJI Enterprise.

Pusat servis Aonic tempatan akan menjamin servis penyelenggaraan dan pembaikan yang lebih pantas untuk para pelanggan dengan sokongan pasukan jurutera dalaman Aonic yang dilatih khas oleh DJI. Produk-produk yang dihantar untuk dibaiki di Aonic, sebagai Pusat Servis Rasmi pertama di Malaysia, akan terus diberikan jaminan oleh DJI.

Selain itu, Aonic turut memperkenalkan DJI Mavic 3 Enterprise terbaharu dalam barisan produk DJI Enterprise. Dengan slogan ‘Your Everyday Commercial Drone” (Dron Komersial Harian Anda), model terbaharu ini disasarkan untuk menjadi dron permulaan yang paling berpatutan untuk kegunaan industri.

Mavic 3E dan Mavic 3T

Kedua-dua versi dron ini, Mavic 3E dan Mavic 3T bersaiz padat, boleh dilipat, dengan berat kurang daripada 1,000g, dan menjadikannya mudah untuk dibawa dan digunakan.

Model Mavic 3E direka untuk memenuhi keperluan komersial asas, dan mempunyai kamera bersudut lebar dengan resolusi 20MP dan 56x Hybrid Zoom. Disertai dengan Modul DJI RTK, dron ini mampu menjalankan misi tinjauan dengan kebolehan melakukan pemetaan dengan ketepatan tahap sentimeter, melalui sensor kamera 4/3 inci, Mechanical Shutter dan keupayaan time-sync.

Untuk Mavic 3T, sistem kameranya dilengkapi dengan sensor Thermal beresolusi tinggi (640x512@30Hz) yang menyokong Spot Meter dan Area Measurement, Temperature Alert, Palette dan Isoterma. Ini membolehkan pengendali membuat keputusan yang tepat selepas mengenal pasti objek di lokasi dengan pantas.

Seperti semua dron siri DJI Mavic 3 Enterprise, ia juga dilengkapi dengan pengesan halangan semua arah, sistem Advanced Return to Home (RTH) dan APAS 5.0 sebagai ciri keselamatannya. Ini meningkatkan keyakinan pelanggan bahawa siri ini boleh mengelak halangan dari semua arah dengan selamat ketika dikawal, dan dapat merancang laluan untuk misi dan laluan RTH dengan mudah.

Siri Mavic 3 Enterprise juga dilengkapi dengan beberapa aksesori sokongan untuk memenuhi keperluan yang berbeza. DJI RC Pro Enterprise menampilkan paparan skrin bersaiz 5.5 inci dan 1000 cd/m² untuk memastikan maklumat visual yang lebih baik dengan kecerahan jitu, modul RTK tambahan yang menyokong pelbagai unit sedia berpengkalan RTK, dan pembesar suara tambahan untuk menyampaikan maklumat di lapangan apabila diperlukan.

Maklumat Ketersediaan Dan Pembelian

Pakej standard DJI Mavic 3 Enterprise dilengkapi dengan Alat Kawalan Jauh RC, satu set bateri dan pengecas 100W, Kad SD, USB-C, dwi USB-C, AC, penutup gimbal dan 3 pasang kipas. Sila hubungi kami untuk pembelian atau maklumat lanjut melalui sales.my@aonic.com atau +60 16 285 2900.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Aonic dan DJI: www.aonic.com

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA