DARI PARODI KE SINGLE SENDIRI, DD CHRONICLE BAWAKAN 'DUHAI HATIKU'


Selepas lebih 2 tahun ditubuhkan dan setelah berjaya mengumpul hampir 9 juta tontonan secara keseluruhan melalui channel 4U Entertainment, syarikat butik label muzik baru ini juga telah melamar influencer parodi media sosial, Dd Chronicle untuk bekerjasama dalam menyanyikan karya ciptaan penuh Aiman Sidek yang bertajuk Duhai Cintaku. 

Dd Chronicle merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat-peminat kandungan parodi yang sering viral di saluran-saluran media sosial seperti Youtube, Facebook, Instagram serta Tiktok. Penghibur yang berasal dari Klang, Selangor dan menetap di Sungai Buloh ini mula berjinak-jinak dengan penciptaan kandungan Youtube dan Facebook lebih dari 10 tahun yang lalu. 

Menurut Dd Chronicle, “Saya bermula dalam bidang nyanyian dengan memuat naik lagu-lagu cover untuk tontonan sendiri, keluarga serta kawan-kawan rapat. Tidak disangka-sangka, hantaran video Smule nyanyian lagu Flashlight duet bersama Jessie J beberapa tahun sudah yang telah menarik sejumlah penonton Youtube dan Facebook untuk lebih mengenali serta mengikuti perkongsian-perkongsian saya. Alhamdulillah.” 

Rentetan kejadian tersebut, pada tahun 2019, Dd mencuba pelbagai konten baru untuk saluran Youtube dan Facebook Page beliau. Pada tahun 2020 sekali lagi beliau mencuba konten baru berbentuk parodi yang mula mendapat tempat di hati penonton seawal percubaan pertamanya. Bermula dari itulah nama Dd Chronicle mula meniti di bibir  pengamal sosial media sehingga memperolehi 100,000 subscribers youtube dalam masa sebulan. 


Bercerita tentang minat dalam bidang nyanyian lagi, beliau menceritakan, “Pada tahun lepas saya telah bereksperimentasi menggabungkan nyanyian dan parodi dengan menyanyikan semula lagu Haqiem Rusli, Tergantung Sepi tetapi dengan lirik yang diubahsuai dengan isu semasa pada masa itu. Sekali lagi pengikut Facebook saya berjaya mencecah 500,000 pengikut.” 

Menurut Aiman Sidek, “Saya melihat bakat yang ada pada Dd Chronicle ini sebagai sesuatu yang perlu diberikan perhatian yang serius. Saya jatuh hati dengan nyanyian-nyanyian yang dimuat naik di laman sosial beliau, dan secara kebetulan saya mempunyai sebuah lagu yang baru ditulis yang saya rasakan sesuai untuk beliau.” 

Sejak dilancarkan tidak sampai sebulan yang lalu, jumlah tontonan lagu Duhai Cintaku di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih 10,000 tontonan serta mendapat reaksi positif dari peminat-peminat Dd yang selalu menginginkan Dd untuk membawakan lagu beliau sendiri. 


Untuk mendengar dan menonton lirik video Duhai Cintaku : Duhai Cintaku di Youtube 4U Entertainment - https://www.youtube.com/watch?v=Xh8Bv0T5V0w Duhai Cintaku di Platform Digital - https://bfan.link/duhai-cintaku 

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"